SJ - 2075 : MEMALUKAN ORANG LAIN

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 2075 : MEMALUKAN ORANG LAIN

Assalamualaikum,

Bolehkah kita mengaibkan atau memalukan seseorang yg mmg sah2 dia tidak mengikut syariat Islam atau melakukan perkara yg salah. Sebab dlm hukum syariah Islam sesetgh mazhab(saya tak ingat mazhab mana) kalau di tangkap seseorang itu tidak solat maka di hukum(hukuman takzir) dgn memalukannya dikhalayak ramai. Jadi macam mana. Adakah kita dibenarkan utk memalukan atau membongkar keburukan seseorang itu?

Sekaian Wassalam. WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2075 : MEMALUKAN ORANG LAIN

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Di antara “ Gejala Kegelinciran Lisan “ menurut Etika / Akhlak yang disentuh oleh ajaran Islam melalui ajaran Tasawwuf ialah ; ( 1 ) – Menipu , ( 2 ) – Mengengkari Janji , ( 3 ) – Mengumpat , ( 4 ) – Memuji diri sendiri , ( 5 ) – Berdebat , ( 6 ) – Memaki-hamun dan mencela , ( 7 ) – Mendoakan kecelakaan , ( 8 ) – Berlebih-lebihan bergurau , mempersenda-sendakan dan memperolok-olokkan , ( 9 ) – Memalukan seseorang , ( 10 ) – Mencari-cari rahsia dan ( 11 ) – Gossip liar . Semuanya itu HARAM dilakukan oleh seseorang muslim KECUALI di dalam keadaan dan batas-ketentuan yang dinyatakan olah agama Islam itu sendiri .

Memalukan dan mengaibkan seseorang itu , sama ada ianya orang bukan Islam , dan lebih-lebih lagi ianya seorang Islam , adalah satu perkara yang haram di dalam Islam . Baginda Rasulullah s.a.w telah mengajar kita agar menjaga lidah daripada jenayah seperti itu dengan sabdanya s.a.w :


ÇáúãõÓúáöãõ ÃóÎõæ ÇáúãõÓúáöãö áóÇ íóÙúáöãõåõ æóáóÇ íõÓúáöãõåõ æóãóäú ßóÇäó Ýöí ÍóÇÌóÉö ÃóÎöíåö ßóÇäó Çááøóåõ Ýöí ÍóÇÌóÊöåö æóãóäú ÝóÑøóÌó Úóäú ãõÓúáöãò ßõÑúÈóÉð ÝóÑøóÌó Çááøóåõ Úóäúåõ ßõÑúÈóÉð ãöäú ßõÑõÈóÇÊö íóæúãö ÇáúÞöíóÇãóÉö æóãóäú ÓóÊóÑó ãõÓúáöãðÇ ÓóÊóÑóåõ Çááøóåõ íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö


Ertinya : “ Seseorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain , tidak boleh dia menzaliminya dan tidak boleh dia mengecewakannya . Barangsiapa yang menunaikan keperluan seorang muslim , maka Allah akan menunaikan hajatnya . Dan barangsiapa yang menghilangkan kesusahan seseorang muslim , maka Allah akan menghilangkan kesukarannya daripada berbagai kesukaran di hari kiamat kelak . Dan barangsiapa yang menjaga kehormatan seseorang muslim , Allah akan menjaga kehormatannya di hari kiamat kelak “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari ( rh ) di dalam sahihnya , Kitab Al-Madzolim Wal Ghadab .

Namun perlu difahami juga , mendedahkan penyelewengan dan pengkhianatan seseorang , khasnya seorang pemimpin yang diberikan amanah untuk mentadbir dengan bersih , cekap dan amanah , BUKANLAH merupakan satu dosa , bahkan ianya merupakan satu PERKARA YANG WAJIB . Kerana , jika tidak didedahkan penyelewengan , keburukan sikapnya dan pengkhianatannya , akan terus bermaharaja-lela dan akan ramai lagi manusia yang menjadi mangsa kezalimannya .

Permasalahan memalukan seseorang itu , samalah juga dengan permasalahan mengumpat . Asal-usul kedua-duanya ini adalah HARAM kecuali di dalam beberapa keadaan yang dibenarkan syariat – sebagai mana dinyatakan oleh Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) di dalam “ Ihya’ Ulumiddin “ dan Al-Imam An-Nawawi ( rh ) di dalam “ Riyadhus Solihin “ - iaitu :

1 – Mengadu mengenai kezaliman seseorang .
2 – Sebagai cara untuk mengubah kemungkaran dan menasihati seseorang yang berbuat dosa .
3 – Untuk memohon fatwa mengenai sesuatu hukum dan permasalahan .
4 – Menyelamatkan orang-orang Islam daripada kejahatan seseorang dan menasihati mereka .
5 – Membongkar penyelewengan seseorang yang melakukan kefasiqkan dan bid’ah secara terang-terangan .
6 – Untuk lebih memudahkan pengenalan .

Maka di dalam keenam-enam situasi di atas , MENGUMPAT DAN MEMALUKAN seseorang itu dibenarkan , dengan syarat niat utama hendaklah kerana Allah Ta’ala dan menjaga batasan-batasannya , agaryang diharuskan itu tidak pula bertukar menjadi haram !.

Hukuman Ta’azir ( Denda ) yang dilakukan oleh seseorang hakim @ pemerintah yang berkuasa menjalankannya , TIDAKLAH DIANGGAP SEBAGAI memalukan seseorang itu dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat . Seseorang hakim itu , hendaklah memilih apakah hukuman ta’azir terbaik untuk seseorang pesalah itu . Contohnya : Jika ditetapkan seseorang yang mencuri ( yang tidak memenuhi sebab untuk dijalankan hukum hudud ke atasnya ) dihukum agar diarak di atas sebuah lori , dan dipertontonkan kepada khalayak umum , maka hukuman seperti ini tidaklah bercanggah dengan Islam . Ini disebabkan dengan cara ini , masyarakat akan menjadi lebih takut untuk melakukannya ataupun cuba-cuba melakukannya dan penjenayah itu akan menjadi seorang yang insaf ! .

Maka selagi memalukan ataupun mengumpat seseorang di dalam batas-batasan yang dibenarkan syariat , maka selagi itulah ianya boleh dilakukan. Akan tetapi jika tidak , maka hukumnya kepada kepada asal iaitu HARAM .

Seseorang muslim itu juga mestilah ingat akan amaran-amaran daripada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w mengenai bahayanya gelaja kegelinciran lisan ini . Firman Allah Ta’ala di dalam ayat ke-6 , Surah Al-Hujurat :

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ Åöä ÌóÇÁßõãú ÝóÇÓöÞñ ÈöäóÈóÃò ÝóÊóÈóíøóäõæÇ Ãóä ÊõÕöíÈõæÇ ÞóæúãðÇ ÈöÌóåóÇáóÉò ÝóÊõÕúÈöÍõæÇ Úóáóì ãóÇ ÝóÚóáúÊõãú äóÇÏöãöíäó


Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! , Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq dengan membawa satu berita , maka hendaklah kami menyelidikinya terlebih dahulu , ( agar tidak ) kamu menganiyai sesuatu kaum disebabkan kejahilan kamu , lalu jadilah kamu nanti orang-orang yang menyesal di atas apa yang telah kamu kerjakan “ .

Baginda Rasulullah s.a.w juga telah menegaskan :


ßóÝóì ÈöÇáúãóÑúÁö ßóÐöÈðÇ Ãóäú íõÍóÏøöËó Èößõáøö ãóÇ ÓóãöÚó


Ertinya : “ Cukuplah seseorang itu sudah boleh dianggap telah melakukan satu penipuan , apabila dia menceritakan apa sahaja yang didengarnya ( tanpa meneliti apakah benar ataupun tidak cerita itu ) “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim ( rh ) dan Imam Abu Daud ( rh ) .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa menyelamatkan kita semua daripada sebarang akibat buruk yang berlaku disebabkan oleh gejala kegelinciran lisan . Amin Ya Rabbal ‘Alamin ! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – BIDAYATUL HIDAYAH ~ Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) - Darul Sodir , Beirut .

2 – AL – ISYA’AH ~ Abdullah Bin Abdul Hamid Al-Atsari – Dar Ibnu Khuzaimah ( rh ) , Riyadh .

3 – BUHUTS FI ‘ULUMIL HADIST ~ Dr. Ismail Abdul Wahid Makhuf – Teks pengajian Al-Azhar Asy-Syarif.

4 – KULIAH MAU’IDZOH AL-MUKMININ I ~ Tuan Guru Datuk MB Kelantan D.N – Pondok Online .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

9 / Syawal / 1423 H
14 / Disember / 2002 M

Sabtu – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum