SJ-2081: [U] bid'ah

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-2081: [U] bid'ah

:confused:assalamualaikum,

Saya nak tanya pasal bid'ah. Saya dah browse kesemua (kot) pesoalan mengenai bid'ah. Tapi saya masih keliru mengenai bid'ah. Di antara perkara yg saya masih keliru, bid'ah ada tangga dia. Bid'ah besar dan kecil. Tapi bid'ah juga ada bid'ah dholalah dan hasanah.
Perkara ini telah memeningkan saya dan saya pasti masih ada org awam yg sepeti saya. Boleh tak kiranya pihak tuan menghuraikan secara terperinci agar dapat saya memahami mengenai bid'ah. Kerana amalan bid'ah ni terlalu byk sampaikan kita sendiri tak tau apa yg kita amalkan tu bid'ah.
Dan kalau boleh, nyatakan contoh semasa berkaitan bid'ah yg diterangkan nanti. Sekian Wassalam...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2081: [U] bid'ah

:wassalam
Jawab:
[U] = subjek ulangan

Topik Bid'ah vs Sunnah merupakan polemik yg popular di Ahkam Online dan kami sering menjelaskan dari masa ke semasa. Tapi kita tidak akan jemu menjelaskan berkali-kali demi kefahaman yg soheh di kalangan penjaring.

Ada tiga istilah besar yg menjadi punca kekeliruan kalimah seputar pengajian Fiqh: iaitu Khilafiah, Bid'ah dan Maslahat. Tiga istilah ini sering becampur aduk, menyebabkan masyarakat keliru hingga ada yg percaya apa yg dikatakan bid'ah itu kemungkinan Khilaf dan ada pula bid'ah yg memberi maslahat.
Salah satu jalan keluar dari kesamaran ini ialah mendapatkan tulisan2 fuqaha' yg neutral spt tulisan Dr Qardhawi (Sunnah wal Bid'ah, terbitan Maktabah Wahbah Cairo, 1999) Buku ini nipis dan menghuraikan dgn mudah sekali. Juga terdapat sebuah buku tempatan kupasan Ustaz Basri Ibrahim dari KUSZA yg khusus menulis buku dgn jodol Khilafiah, Bid'ah dan Maslahah.

Huraian Ringkas 3 istilah asas:
a. Khilaf/Khilafiah.. Khilaf maksudnya tidak bersependapat hukum di kalangan fuqaha' disebabkan interpretasi berbedza terhadap nas-nas syara' yg umum, maka lahirlah pendapat Imam dan aliran atau madzhab. Khilafiah ada yg harus (dibenarkan) dan ada khilafiah yg haram. Khilafiah yg haram itu menyamai bid'ah kerana ia mentafsir hukum bukan berdasarkan nas bahkan dari akal sendiri atau hawa nafsu.
Cth: Batal wudhu' kerana menyentuh perempuan. Semua pendapat Imam dan madzhab dalam khilaf bab menyentuh perempuan ini bukan bid'ah.
Cth khilaf yg haram ialah pendapat anti-Hadis yg mengatakan koleksi hadis itu dusta dan berasal dari syaitan

2. Bid'ah
Definasi terbaik ialah pendapat asySyatibi, fuqaha' kelahiran Granada, Sepanyol dlm kitabnya al 'Itisom, yakni perbuatan melampau dalam beragama, yakni mencipta cara yg berlebihan dlm beribadah. (I'tisom, 1/37) Dalilnya: HR Bukhari-Muslim dari Aisyah ra, "sesiapa yg mencipta hal yg baru dalam agama kita, maka ia tertolak."
Cth: seorang yg ingin membujang sampai mati, seorang yg solat dibawah panas matahari, tawaf di kuburan orang soleh, solat 200 raka'at malam Nisfu Sya'ban.
Adapun terdapat fuqaha' yg membahagikan ada bid'ah dhalalah dan bid'ah hasanah; atau bid'ah wajib, mubah, makruhah, mustahib itulah menjadi punca kekeliruan orang awam. pembahagian ini tidak boleh disibarkan kepada orang awam kerana ia dimasukkan pula dlm tajuk Maslahat. (Ibn Taymiyah, Iqtidha', 270; asySyatibi, al_I'tisom 1/188-211)

3. Maslahah pula menurut asySyatibi (ibid) ialah "menarik manfa'at/kebaikan dan menolak mudharat/kerusakan" atau Maslahah duniawiyah. Semua pengklasan bid'ah hasanah, wajibab, mandubah, itu semua berhak dimasukkan dalam tajuk Maslahah. Ia bukan melibatkan ibadah khusus tapi mengenai kemaslahatan manusia di dunia. Cth: Komputer, ICT, bidang kejuruteraan, bio-teknologi, pembangunan materil, lebuhraya, pelaburan ekonomi, dsbnya.

Rumusan:
1. Khilafiah: perselisihan ulama' dalam masalah iktikad dan fiqih kerana perbedzaan tafsiran terhadap nas; ada khilaf yg dibenarkan dan dicegah
2. Bid'ah: perbuatan mencipta teknik dan cara baru dalam beragama atau ibadah. Pembahagian bid'ah kpd dhalalah dan hasanah atau wajib, makruh, haram dan harus adalah tidak wajar. Tapi kategori berat dan ringannya bid'ah di sisi syara' ujud kerana menyamai kadar spt dosa dan kesalahan manusia, ada dosa besar dan dosa kecil, maka Bid'ah yg besar dan bid'ah yg kecil adalah dibolehkan.
3. Maslahah ialah apa jua usaha dan rekacipta untuk mendapat nikmat yg maksima dari urusan keduniaan dan menolak kerosakan terhadap manusia sejagat.

Jalan selamat:
1. Jalan keluar dari kemelut Khilafiah ialah keluar dari belenggu kejahilan dan taksub madzhab. Budaya sekarang ialah keterbukaan dan global fiqh ialah kajian perbandingan madzhab dan Imam dan carilah pendapat yg rajih (terkuat)

2. Jalan keluar dari Bid'ah ialah mendalami asSunnah dan meneliti tahqeeqan fuqaha' yg muktabar dalam bidang hadis/sunnah. Hasil tangan alBukhari-Muslim, syarah sahih Muslim dan Bukhari dan kitab sunan yg lain; juga hasil kerja pakar Takhrij Hadis spt azZahabi, asySyuyuti dan yg terbaik abad kita spt Albani. Juga meneliti kitab2 madrasah salafiya spt kitab alManar (Rashid Ridha) dan koleksi Fatwa alAzhar.

3. Budaya kreativiti/inovatif/kreativiti umat Islam sudah lama padam dlam urusan materil dan keduniaan. Kita lebih kepada masyarakat konsumer/pengguna dan sudah hilang sifat mencipta kita. Kita mengguna senjata buatan Barat dan hatta makan hasil ternakan dan tanaman mereka juga. Tidak ada bid'ah dalam urusan keduniaan. WA