SJ - 2116 : ABDULLAH BIN SABA' , PERSELISIHAN PARA SAHABAT (

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2116 : ABDULLAH BIN SABA' , PERSELISIHAN PARA SAHABAT (

:salam

1) Sejauh manakah benarnya pendapat yg menyatakan bahawa watak Abdullah bin Saba' adalah rekaan dan dicipta oleh Umar at Tamimi (dikatakan meninggal 170H) yang juga seorang khayalan yang tulis pada zaman pemerintahan Harun al-Rasyid oleh penulis yang tidak diketahui (lihat S. Murtadha Askari, Abdullah bin Saba', Beirut, 1968) dan M. Hashem, Abdullah bin Saba', Benih Fitnah, Jakarta, 1985). Tulisan Saif banyak cerita-cerita dongeng yang tidak masuk akal. Penulis biografi seperti Abu Daud (w.316H), Ibn Abi Hatim, Ibn al-Sakan, Nasai, al-Hakim, Ibn Hajr tidak mempercayai Saif kerana dhaif. Abu Daud menganggapnya seorang pembohong. Jika benar ia dhaif, mengapakah cerita mengenainya dijadikan hujah yg berleluasa dalam perbahasan ilmu?

2) Tentang Perang Siffin dan Perang Jamal - sesetengah Ustaz mendakwa bahawa sahabat-sahabat ini sebenarnya tidak mahu berperang tetapi ingin berdamai. Ini agak ganjil kerana orang yang mahu berdamai seperti Aisyah datang dari Mekah menuju ke Iraq dengan pasukan tentera yang ramai menaiki unta (perhatian: jaraknya adalah jauh dan melalui kawasan padang pasir dan panas matahari) bukan untuk berperang tetapi hanya untuk menyatakan ingin berdamai?) Kemudian berlaku peperangan - ramai yang mati. Kedua-duanya betul kerana ijtihad masing-masing. Begitu juga Perang Siffin kedua-duanya betul kerana itjihad masing-masing.

Akan tetapi terdapat banyak hadith2 shahih dan firman Allah di dalam Al-Quran yg menyebut ttg bahaya pembunuhan. Antaranya:

Hadith Nabi SAW,"Sesiapa yang mencaci orang mukmin adalah fasiq dan
membunuhnya adalah kafir."

Ayat Qur'an," Barang siapa yang membunuh orang mukmin dengan sengaja
maka balasannya adalah neraka dan kekal di dalamnya.dst." (An-Nisa: 93)

"Barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu
membunuh orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi
maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya."(Al-Maidah: 32)

Maka bolehkah ijtihad dilakukan sampai ke tahap membunuh seorang mukmin?
Bolehkan ijtihad dilakukan di atas nas al-Qur'an dan Hadith?

Saya bertanya bukanlah krn saya pendokong fahaman Syiah dsb. Saya cuma ingin mencari kebenaran dalam hal ini supaya saya menjadi yakin bahawa sahabat2 Nabi SAW bukanlah seperti banyak digambarkan oleh cerita2 yg putar alam dan berbelit-belit. Akan tetapi apabila ditanya tetang larangan Allah ttg membunuh di dalam Al-Quran (spt yg terdapat dlm Surah An-Nisa : 93) , hati saya menjadi berbelah bagi. Mana satukah yg harus saya percaya?

Saya harap jawapan Ustaz dapat memberi jawapan dlm persoalan ini. Jazakallah!

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2116: Abdullah bin Saba' dan Perang Jamal & Siffi

Jawab:

1. Abdullah ibn Saba' , Yahudi berkulit hitam dari Yaman yg memeluk Islam di zaman pentadbiran Uthman alAffan ra., bukanlah watak mitos, tapi suatu kebenaran. Bahkan dialah dalang dari banyak kekacauan dan espionage yg mencetuskan kegawatan di kalangan umat salaf yg gemilang itu. Jika anda terbaca tulisan yg cuba menafikan keujudan Ibn Saba' ini, sahlah ia berasal dari aliran Syi'ah yg cuba menutup kerana ajaran saba'iyah amat memalukan Syi'ah (Abdul Qadir Ibn tahir alBaghdadi, al Farq Bayna al Firaq) Hanya Ibn Abil Hadid, seorang ulama mega Syi'ah dalam kitabnya Syarah Nahjul Balaghah (kitab ulung Syi'ism), Jld 8/ms 120 yg mengakui keujudan dan peranan Abdullah Ibn Saba' yg mengasaskan Syi'ah Saba'iyah.
Rumusan: dalam semua kitab sejarah ahli sunnah (ASWJ) menyebut nama Abdullah ibn Saba' dan dalam kitab2 mengenai Syi'ah, pasti akan menyenaraikan aliran Syi'ah Saba'iyah yg diasaskan oleh Ibn Saba' ini.
Ruj yg baik dalam isu ini: Prof Dr alImam Muhammad Abu Zahrah, al madzhaahibul Islamiyah.

2. Perang Jamal dan Siffin
pembukuan sejarah Islam dilakukan secara sistematik hanyalah di era pemerintahan Abbasiyah. Ini bermakna usaha2 pembersihan sejarah Islam menjadi sulit kerana sudah dicemari pengaruh jahiliyah seperti suku, puak, asobiyah, aliran madzhab dan aliran fahaman (terutama Syi'ah. Kitab terbaik yg melakukan pembersihan terhadap sejarah awal Islam, antaranya kitab karangan alQadhi Abu Bakar Ibn Arabiy, "alAwasyim minal Qawasyim", Syaikhul Islam Ibn Taymiyah , Minhaj asSunnah, Ibn Jarir, Tarikh atTabari, dll; sayangnya kitab2 ini masih belum diterjemah.
Di Malaysia, usaha gigih dari pendakwah muda, Ustaz Asri Yusoff dari maktabah Ibn Qayyim, jika anda melayari link Ahkam, Ibn Qayyim.ahkam, anda akan dapati banyak article mengenai usaha2 ust Asri membersihkan sejarah awal generasi salaf termasuklah fitnah terhadap Umar alKhattab ra, Uthman, Ali-Mu'awiyah dan Ali-Aisyah ra.
2.1 Isu perang Jamal antara Ummul Mukminin dan Amir alMukminin Ali ra. Fatwa Syaikhul Islam (alMuntaqa/223): tindakan ashab alJamal (Aisyah, Talhah dan Zubayr) adalah urusan ijtihad. Seluruh salaf mengiktiraf bahawa Aisyah adalah mujtahid yg tidak dipertikaikan lagi. Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi oleh Ali dan tidak pergi ke Basrah untuk memerangi sesiapa. Aisyah berijtihad pemergian beliau ke Basrah adalah dalam rangka mencari perdamaian umat tapi akhirnya beliau akur pemergian beliau itu satu kesilapan dan beliau termasuk talhah amat menyesalinya. kesilapan Aisyah sebagai mujtahid masih mendapat satu pahala.
2.2 Perang Siffin antara Amir Mu'awiyah dan Amir alMukminin Ali ra: Syaikhul Islam (Minhaj asSunnah 2/219)," Amir Mu'awiyah bukanlah orang yg memulakan peperangan di Siffin. (Perang) ini adalah perang yg pertama berlaku antara dua orang yg paling utama dalam umat. Pada dasarnya mereka tidak pernah mengharapkan berlakunya perang yg begini dahsyat. Bagaimana ia boleh terjadi dan kenapa memerlukan seorang muslim menumpukan sepenuh daya dan usaha menganalisa dan mengambil pelajaran darinya.
Kisah benar disebalik perang Jamal & Siffin boleh didapati dalam kitab2 yg kita sebutkan di atas yg bersih dari sentimen dan jarum Syi'ah, Saba'iyah, Israeliyat. Kitab lain ialah Tarikh al Umam wal Muluk atau Tarikh Tabari pada Jld 4 bermula dari ms 340. WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2116 : ABDULLAH BIN SABA' , PERSELISIHAN PARA SAHAB

SEBAGAI TAMBAHAN BAGI JAWAPAN AL-FADHIL USTAZ THTL DI ATAS


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara Abdulrahman itu . Sebenarnya soalan seperti ini hanya dijawab dengan dua cara sahaja ; iaitu sama ada ( 1 ) – Memberikan jawapannya secara ilmiah dan dibuktikan dengan fakta-fakta yang benar , dan ke- ( 2 ) , iainya dijawab dengan kasar dan keras . Mengapa pula dengan kasar dan keras ? . Sebabnya akan saya kemukakan nanti selepas ini di dalam jawapan kedua .

Baiklah , marilah kita melihat jawapan-jawapannya dengan izin dan taufiq daripada Allah Ta’ala :

( 1 ) – Di dalam sejarah Islam , ada 2 watak yang paling dibenci sekali oleh sekalian umat Islam lantaran kedua-duanya pernah mengetuai golongan munafiqin . Mereka itu ialah { 1 } – Abdullah Bin Ubai Bin Salul dan ke { 2 } – Abdullah Bin Saba’ . . Bezanya , Abdullah Bin Ubai memainkan “ permainan jahatnya “ di zaman Baginda Rasulullah s.a.w masih hidup , manakala Abdullah Bin Saba’ pula memainkan “ watak jahatnya “ di zaman pemerintahan khalifah ketiga dan keempat, Saidina Utsman Bin Al-‘Affan ( r.a ) dan Saidina ‘Ali ( r.a ) . Abdullah Bin Saba’ inilah yang selalu dikaitkan dengan asal-usul ajaran Syi’ah ( termasuk Syi’ah Imamiah , Itsna-‘Ashariyah dan Ja’afariyah ) .

Memang benar sekali apa yang telah dinyatakan oleh Al-Fadhil Ustaz thtl di atas ; “Jika anda terbaca tulisan yg cuba menafikan keujudan Ibn Saba' ini, sahlah ia berasal dari aliran Syi'ah yg cuba menutup kerana ajaran saba'iyah amat memalukan Syi'ah “ .

Apatah lagi buku yang saudara baca itu : ( 1 ) – “Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran, 1360 H “ dan buku ke ( 2 ) - M. Hashem, Abdullah bin Saba', Benih Fitnah, Jakarta, 1985) – kedua-duanya ditulis oleh penulis Syi’ah yang berfahaman “ Rafidhah “ ( yang melampau dan mengkafirkan sebahagian besar Para Sahabat r.a ) . Apakah daripada Syi’ah kita harapkan fakta-fakta yang dipenuhi kebenaran !!?? .

Baiklah , kisah Abdullah Bin Saba’ ini memang disentuh oleh Saif bin Umar Tamimi yang disebut pertama kali dalam bukunya berjudul “ Al-Futuh Al Kabir Wa Ar Riddah “ dan “ Al-Jamal Wamasiri Ali Wa Aisyah “ (170 H) , dan kaum Syi’ah cuba menyatakan bahawa Saif ini tidak boleh diterima hujahnya sebab beliau adalah seorang yang lemah di dalam bidang hadist . Apakah benar Saif ini tertolak dan sekaligus kisahnya mengenai wujudnya seorang yang bernama Abdullah Bin Saba’ perlu ditolak mentah-mentah ? .

Berikut ini adalah kata-kata tokoh “ Jarh Wat Ta’adil “ ( Ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah penerimaan seseorang periwayat ) mengenai Saif Bin Umar At Tamimi :

Berkata Al-Imam Al-Hafiz Adz Dzahabi : “ Dia ( Saif ) adalah ahli sejarah yang mengetahui" (“ Mizan 'Itidal “ : 2/255).

Berkata Ibnu Hajar :” Lemah dalam Hadits, pakar (rujukan) dalam sejarah" ( “ Taqriibut Tahdziib “ no :2719).

Oleh itu yang dimaksudkan bahawa “ Saif adalah seorang yang lemah riwayatnya “ adalah di dalam bidang ilmu hadits , akan tetapi di dalam bidang ilmu sejarah , beliau adalah seorang tokohnya .

Fahamilah ! , Metode Ilmu Hadits sememangnya berbeza dengan Metode Penulisan Sejarah . Lantaran itulah di antara ilmu yang perlu diketahui oleh umat Islam , khasnya mereka yang bercita-cita menjadi seorang yang ‘alim ( ulama’ ) mestilah mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kedua-duanya seperti “ Manahij Al-Muhadditsin “ ( Metode Ahli-Ahli Hadist ) , “ At-Tarikh Al-Muqaran “ ( Perbandingan Sejarah ) , “ Ulumul-Hadist “ ( Ilmu Mustolah Hadist ) selain daripada menekuni ilmu-ilmu alat yang berkaitan-rapat dengan Al-Quran dan Sunnah yang sahih , sebab apa jenis ilmu pun mestilah ditimbang menurut neraca Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah As-Sohihah .

Secara ringkasnya saya akan menaqal ( memindahkan ) kembali penjelasan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Yusoff Al-Hafiz mengenai perbezaan di antara metode penulisan Hadist dengan Sejarah Islam , kata beliau :

“ ……Kitab sejarah sifatnya berbeza dengan dengan kitab hadith . Ia memuatkan semua macam riwayat, sama ada yang sahih, dhai’f hatta yang maudhu’ sekalipun . Pengarangnya tidak boleh dipersalahkan kerana mengemukakan riwayat-riwayat yang seperti itu , kerana mereka telah menyempurnakan tanggung-jawab mereka sebagai ahli sejarah yang patut disanjung kerana memuatkan semua cerita, baik yang pro atau kontra , di samping tidak mengabaikan sudut isnadnya ( sanadnya ) supaya orang-orang yang ahli dapat menilainya kemudian . Kita hanya dapat menganggap mereka sebagai orang yang tidak bertanggung-jawab apabila mereka hanya mengemukakan cerita-cerita tanpa isnad “ ~ Lihat ms 67 , buku “ SYI’AH RAFIDHAH “ oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad ‘Asri Yusoff , terbitan Pustaka Bisyarah , Kubang Kerian , Kelantan D.N , Cetakan ke-2 , 1992 .

Ada beberapa lagi perbezaan di antara metode penulisan Ilmu Hadis dengan Ilmu Sejarah Islam walaupun kedua-duanya itu saling berasal daripada satu sumber iaitu sumber riwayat .
Sekarang sudah tersedia di depan mata saudara yang budiman dua jawapan , satu jawapan yang menafikan kewujudkan sejenis “ spesis dan makhluk “ yang bernama Abdullah Bin Saba’ . Penafian ini didalangi oleh golongan Syi’ah .

Kedua , sejumlah kata-kata golongan Ahlus Sunnah yang memang mengatakan bahawa pernah wujud di bumi ini seorang yang bernama Abdullah Bin Saba’ dan dialah sumber ajaran Syi’ah .

Saudara berhak mencari jawapan yang mana satukah mengandungi kebenaran , Cuma saya ingin bertanya : “ Apakah kebenaran yang boleh kita yakini dan diharapkan daripada golongan Syi’ah yang menjadikan TAQIYYAH itu sebagai syiar agama mereka !? “ .

****************************************

( 2 ) – Menurut pengalaman kami , biasanya soalan seperti soalan kedua saudara di atas akan dijawab oleh tuan-tuan guru di pondok dengan cara yang keras ataupun kasar , contohnya dengan melempar si penyoal itu dengan puntung kayu dan seumpamanya . Mengapa pula ? . Sebab mengungkit-ungkit kembali kisah pertikaian Para Sahabat ( r.a ) bukanlah satu perkara yang dituntut di dalam Islam , bahkan ianya merupakan satu jenayah besar pula jika “ tidak kena dengan caranya “ .

Tapi saya percaya Saudara Abdulrahman tidaklah bermaksud itu , Cuma untuk mencari kebenaran sahaja , kan ? . :smirk:

Baiklah , saya akan menaqalkan semula kata-kata para ulama’ silam mengenai permasalahan ini .


KATA AL-IMAM ASY-SYEIKH IBRAHIM AL-LIQANI AL-MALIKI ( RH ) , PENGARANG KITAB “ JAUHARAH AT-TAUHID “ DI DALAM BAIT MATANNYA YANG KE – 80 , KATA BELIAU ( RH ) :


æ Ãæá ÇáÊÔÇÌÑ ÃáÐí æÑÏ # Åä ÎÖÊ Ýíå æ ÃÌÊäÈ ÏÇÁ ÇáÍÓÏ

Ertinya : “ Dan ( adapun ) perselisihan pertama yang berlaku ( di kalangan sahabat r.a ) , jika kamu masuk menyelam ( ke dalam perbahasan tersebut ) , maka jauhilah racun ( penyakit ) hasad-dengki ( dengan cara menjaga lisan kamu daripada mengkritik salah-seorang daripada para sahabat r.a itu ) .” .

Saya memuji usaha saudara Abdulrahman untuk mencari-cari kebenaran , akan tetapi :

1 – Apakah kebenaran dan faedah untuk umat Islam dengan cara mengungkit-ungkit kisah lama Para Sahabat ( r.a ) itu ? .

2 – Apakah kebenaran yang diperolehi daripada buku-buku Syi’ah , tulisan-tulisan mereka dan termasuk halaman-halaman web mereka yang mengungkit-ungkit kembali kisah silam tersebut ? .

Bukankah mereka itu semuanya adalah “ Radhiyallahu ‘Anhum “ ( Golongan yang diredhai oleh Allah ) ? . Apalah gunanya kita selaku manusia yang masih belum tahu kesudahan kita mengkritik ataupun masuk-campur di dalam pertikaian manusia yang telah dijamin oleh Allah Ta’ala dengan syurga-Nya !? .

Ketahuilah ! , Para Sahabat ( r.a ) menurut aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah , semuanya telah mencapai tahap “ RADHIYALLAHU ‘ANHU “ ( ÑÖí Çááå Úäå )

.Ini berdalilkan firman Allah Ta’ala :


æóÇáÓøóÇÈöÞõæäó ÇáÃóæøóáõæäó ãöäó ÇáúãõåóÇÌöÑöíäó æóÇáÃóäÕóÇÑö æóÇáøóÐöíäó ÇÊøóÈóÚõæåõã ÈöÅöÍúÓóÇäò ÑøóÖöíó Çááøåõ Úóäúåõãú æóÑóÖõæÇú Úóäúåõ æóÃóÚóÏøó áóåõãú ÌóäøóÇÊò ÊóÌúÑöí ÊóÍúÊóåóÇ ÇáÃóäúåóÇÑõ ÎóÇáöÏöíäó ÝöíåóÇ ÃóÈóÏðÇ Ðóáößó ÇáúÝóæúÒõ ÇáúÚóÙöíãõ


Ertinya : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar “ – Ayat 100 , Surah At-Taubah .


áóÞóÏú ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäö ÇáúãõÄúãöäöíäó ÅöÐú íõÈóÇíöÚõæäóßó ÊóÍúÊó ÇáÔøóÌóÑóÉö ÝóÚóáöãó ãóÇ Ýöí ÞõáõæÈöåöãú ÝóÃóäÒóáó ÇáÓøóßöíäóÉó Úóáóíúåöãú æóÃóËóÇÈóåõãú ÝóÊúÍðÇ ÞóÑöíÈðÇ


Ertinya : “ Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon , maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya) “ – Ayat 18 , Surah Al-Fath .

Tepatlah kata-kata seorang ‘alim yang apabila beliau ditanya mengenai “ Siapakah yang benar di dalam pertikaian Para Sahabat r.a itu dan apakah sikap kita di mengenai pertikaian itu ? “ . Maka beliau pun menjawab dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang dipetik daripada ayat 134 daripada Surah Al-Baqarah :


Êöáúßó ÃõãøóÉñ ÞóÏú ÎóáóÊú áóåóÇ ãóÇ ßóÓóÈóÊú æóáóßõã ãøóÇ ßóÓóÈúÊõãú æóáÇó ÊõÓúÃóáõæäó ÚóãøóÇ ßóÇäõæÇ íóÚúãóáõæä
ó


Ertinya : “ Itulah dia umat yang telah pun berlalu , bagi mereka apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu pula ialah apa yang kamu usahakan. Dan kamu tidak akan ditanya mengenai apa yang telah mereka lakukan “ .

Si Alim itu meneruskan kata-katanya : “ Allah Ta’ala telah pun menyelamatkan pedang-pedang kita daripada terlibat dengan darah-darah yang tumpah di dalam peristiwa itu . Maka , bukankah lebih patut kita menyelematkan ( membersihkan ) pula lidah-lidah kita daripada mengungkit-ungkit persitiwa itu !!?? “ .

Tindakan mengkritik salah seorang Para Sahabat ( r.a ) itu secara tidak langsung adalah mengkritik peribadi Baginda Rasulullah s.a.w , dan mengkritik batang-tubuh dan segala yang berkaitan dengan Baginda s.a.w adalah satu jenayah besar yang tidak boleh dimaafkan oleh setiap umat Islam , dan sekaligus ianya membawa kepada kemurtadan ! . Tindakan itu samalah dengan seorang yang berkata selepas menikmati segelas air yang disediakan oleh isterinya dengan berkata : “ Tak sedap pun air ni ? “ . Walaupun air itu yang dikritik tetapi sebenarnya yang dikritik ialah isterinya yang membuat air itu ( “ Tak sedap pun air yang awak buat nih “ ) .

Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amaran kepada kita mengenai bahayanya mengkritik para sahabat r.a . Di antara pesanan-pesanan Baginda Rasulullah s.a.w :

Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö Èúäö ãõÛóÝøóáò ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Çááøóåó Çááøóåó Ýöí ÃóÕúÍóÇÈöí Çááøóåó Çááøóåó Ýöí ÃóÕúÍóÇÈöí áóÇ ÊóÊøóÎöÐõæåõãú ÛóÑóÖðÇ ÈóÚúÏöí Ýóãóäú ÃóÍóÈøóåõãú ÝóÈöÍõÈøöí ÃóÍóÈøóåõãú æóãóäú ÃóÈúÛóÖóåõãú ÝóÈöÈõÛúÖöí ÃóÈúÛóÖóåõãú æóãóäú ÂÐóÇåõãú ÝóÞóÏú ÂÐóÇäöí æóãóäú ÂÐóÇäöí ÝóÞóÏú ÂÐóì Çááøóåó æóãóäú ÂÐóì Çááøóåó íõæÔößõ Ãóäú íóÃúÎõÐóåõ


Daripada Abdullah Bin Mughaffal , dia berkata : “ Telah bersabda Rasulullah s.a.w : Takutlah kamu kepada Allah ! Takutlah kamu kepada Allah ( daripada mencela dan mengkritik ) sahabat-sahabatku . Takutlah kamu kepada Allah ! Takutlah kamu kepada Allah ( daripada mencela dan mengkritik ) sahabat-sahabatku . Janganlah kamu jadikan mereka itu sebagai sasaran ( untuk dilemparkan kritikan ) selepas kewafatanku . Maka sesiapa sahaja yang mencintai mereka , maka bererti dia mencintaiku yang mencintai mereka itu , dan siapa yang membenci mereka , maka itu bererti dia juga membenci diriku ( sekaligus ) menjadikan dia turut membenci mereka ( sahabat-sahabatku ) . Dan sesiapa sahaja yang menyakiti mereka , bererti dia telah menyakiti diriku , dan sesiapa yang menyakiti diriku maka dia juga ( telah cuba untuk ) menyakiti Allah , dan sesiapa sahaja ( yang cuba ) menyakiti Allah , maka hampir-hampir sahaja dia akan ditimpakan bala di dunia dan di akhirat “ ~ diriwayatkan oleh Imam At-Turmudize , di dalam sunannya , hadist ke-3871 , Abwab Manaqib ‘An Rasulillah s.a.w .


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóÇ ÊóÓõÈøõæÇ ÃóÕúÍóÇÈöí áóÇ ÊóÓõÈøõæÇ ÃóÕúÍóÇÈöí ÝóæóÇáøóÐöí äóÝúÓöí ÈöíóÏöåö áóæú Ãóäøó ÃóÍóÏóßõãú ÃóäúÝóÞó ãöËúáó ÃõÍõÏò ÐóåóÈðÇ ãóÇ ÃóÏúÑóßó ãõÏøó ÃóÍóÏöåöãú æóáóÇ äóÕöíÝóåõ


Ertinya : Daripada Abu Hurairah ( r.a ) dia berkata : “ Telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w : Janganlah kami semua mencela-cela sahabat-sahabatku ! . Janganlah kami semua mencela-cela sahabat-sahabatku ! . Demi diriku yang berada di dalam Genggaman-Nya , jika salah-seorang kamu cuba bersedekah emas sebanyak bukit Uhud sekalipun , tentu dia tidak akan dapat menandingi sukatan ( sedekah yang dilakukan oleh ) kedua-dua tapak tangan ( sahabat-sahabatku ) ataupun sebelah tapak tangan mereka itu “ ~ Hadist sahih riwayat Al-Imam Al-Bukhari ( rh ) dan Imam Muslim ( rh ) di dalam Fadhoil As-Sohabah .

KATA AL-IMAM IBNU HAJAR AL-HAITAMI ( RH ) DI DALAM “ AS-SOWA’IQUL MUHRIQAH “ :

“ Ketahuilah ! . Sesungguhnya perkara yang telah disepakati ( ijmak ) oleh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ialah wajib ke atas setiap orang Islam membersihkan ( memuji ) sekalian para sahabat ( r.a ) dan menyatakan bahawa mereka itu ( r.a ) semuanya mempunyai sifat ‘adalah ( adil ) . Dan ( wajib juga ) menahan diri daripada mencela mereka serta wajib pula memuji-muji mereka “ .

“ Apabila Allah Ta’ala sendiri telah mengakui bahawa merekalah ( para sahabat r.a ) sebaik-baik umat , maka wajiblah setiap orang mempercayai demikian itu dan beriman dengannya , kerana jika tidak ( mempercayai dan beriman ) maka jadilah orang itu sebagai orang yang mengengkari Allah dengan tidak mempercayai firman-firman-Nya . Dan tidak diragui lagi , sesiapa sahaja yang ragu-ragu dengan hakikat yang dinyatakan oleh Allah , ataupun Rasul-Nya , maka jadilah dia KAFIR dengan ijmak seluruh umat Islam “ .

“ Imam Malik Bin Anas ( rh ) pernah berkata : Kami pernah mendengar sebuah kisah yang menyatakan bahawa orang-orang Kristian apabila mereka melihat Para Sahabat r.a yang membuka negeri Syam , orang-orang Kristian itu berkata : Demi Tuhan ! Para Sahabat ini jauh lebih baik daripada Para Hawariyun yang kita dapati ( kisah ) di dalam kitab suci kita ! “ .

“ Telah berkata Al-Imam Abu Zar’ah Ar-Razi ( rh ) – salah seorang guru terkemuka bagi Imam Muslim ( rh ) - : Jika kamu bertemu dengan seseorang yang mengkritik salah-seorang daripada para sahabat Rasulullah s.a.w , maka ketahuilah itulah dia orang yang zindiq ! , kerana Rasulullah s.a.w adalah benar , Al-Quran juga adalah benar , apa yang dibawa olehnya Rasulullah s.a.w adalah benar , dan semuanya itu dibawa kepada kita oleh Para Sahabat ( r.a ) . Maka sesiapa sahaja yang cuba mengkritik mereka ( r.a ) , maka tiadalah lain niatnya yang sebenar melainkan dia hendak meruntuhkan Al-Quran dan As-Sunnah . Maka mencela orang yang cuba mengkritik para sahabat ( r.a ) adalah LEBIH SESUAI , dan menghukumnya sebagai orang yang cuba menyebarkan fahaman Zindiq , sesat , dusta dan mengandungi kerosakan adalah LEBIH TEPAT DAN LEBIH PATUT ! “ .

KATA IMAM ABDUL QAHIR AL-BAGHDADI DI DALAM KITABNYA : “ AL-FARQU BAINAL FIRAQ “ :

Al-Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi ketika membahaskan “ Usul-Usul yang telah disepakati ( ijmak ) oleh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah “[/] [/b]telah menyebut di dalam Usul ke-15 : Hukum-hakam yang berkaitan dengan golongan yang memusuhi agama Islam “ . Kata beliau ( rh ) :

“ Dan adapun golongan hawa-nafsu ( yang sesat ) ~ drp golongan Al-Jarudiyyah , Al-Hishamiyyah , An-Najjariyyah , Al-Jahmiyyah dan Al-Imamiah yang telah mengkafirkan golongan para sahabat ( r.a ) yang utama , dan golongan Al-Qadariah yang telah meninggalkan kebenaran , Al-Bakariah yang dinisbahkan kepada Bakr Bin Ukht Abdil Wahid , Ad-Dharariyyah , Seluruh Golongan Al-Musyabbihah dan juga Al-Khawarij , maka kami mengkafirkan mereka sebagaimana mereka itu semua turut mengkafirkan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah . Dan tidak boleh disembahyangi jenazah-jenazah mereka dan tidak boleh juga berimamkan mereka “ .

KESIMPULAN :

( 1 ) – Abdullah Bin Saba’ adalah seorang yang benar-benar wujud di dalam lipatan hitam sejarah umat Islam . Beliaulah tokoh pembangun gerakan Syi’ah yang kemudiannya menjadi sebuah mazhab dan akhirnya menjadi sebuah agama tersendiri .

Golongan Syi’ah yang bermati-matian menafikan hubungan mereka dengan tokoh tersebut adalah laksana para pengikut Kristian yang cuba menafikan St. Paul sebagai pembangun dan pengaasa sebenar agama mereka .

( 2 ) – Para Sahabat ( r.a ) semuanya adalah adil dan tidak layak dikritik sedikit pun . Usaha membangkit-bangkitkan kembali perselisihan di kalangan mereka ( r.a ) adalah satu perkerjaan yang sia-sia dan tidak berfaedah sedikit pun .

Mengkritik salah-seorang daripada mereka tidak akan menyebabkan kita menjadi ahli syurga sedikit pun malahan ianya laksana “ menempah tiket “ di dalam neraka Allah Ta’ala .

Mengkritik salah-seorang daripada mereka juga bermakna mengkritik Baginda Rasulullah s.a.w , dan mengkritik Rasul Junjungan kita s.a.w itu bermakna mengkritik Allah Ta’ala , Tuhan kita . Dan orang yang melakukannya , tidak syak lagi telah menjadi kafir dan murtad ~Wal’iyadzubillahi Min Dzalik ! .

( 3 ) – Kebenaran yang hakiki ialah Al-Quran Al-Karim dan Sunnah yang sahih , dan apa jua ( termasuklah fakta-fakta sejarah ) yang bertentangan dengan dasar dan panduan yang dibawa oleh kedua-dua sumber tertinggi perunangan Islam itu adalah BATIL DAN TERTOLAK SAMA-SEKALI ! .

( 4 ) – Kebenaran yang hakiki juga ialah beriman dengan keadilan seluruh Para Sahabat ( r.a ) kerana itulah yang telah dijelaskan oleh Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah As-Sohihah , dan mengungkit-ungkit kembali pertikaian mereka ( r.a ) adalah satu kebatilan yang tidak boleh dimaafkan lagi oleh setiap mukmin .

( 5 ) – Melayari halaman-halaman web Syi’ah ataupun membaca tulisan-tulisan mereka dan apa sahaja usaha untuk mempercayai fahaman tersebut adalah sekaligus merupakan satu usaha untuk cuba meruntuhkan kesucian agama Islam yang tersebar dengan usaha dan jasa-murni Para Sahabat ( r.a ) .

( 6 ) – Syi’ah adalah satu aqidah dan agama yang telah jelas tertolak dan sesat lagi menyesatkan . Dan setiap unsur Syi’ah mestilah diperangi habis-habisan . Dan kami di al-ahkam online tidak akan redha kepada sebarang usaha untuk menyebarkannya , bahkan kamilah yang akan bersama-sama saudara-saudari kami semua “menelanjangkan “ kesesatan-kesesatan Syiah .

**************************************
T A M B A H A N & P E M B E T U L A N :

Menurut jawapan Al-Fadhil Ustaz thtl ( ha ) :


Quote:
Di Malaysia, usaha gigih dari pendakwah muda, Ustaz Asri Yusoff dari maktabah Ibn Qayyim, jika anda melayari link Ahkam, Ibn Qayyim.ahkam, anda akan dapati banyak article mengenai usaha2 ust Asri membersihkan sejarah awal generasi salaf termasuklah fitnah terhadap Umar alKhattab ra, Uthman, Ali-Mu'awiyah dan Ali-Aisyah ra

Komen saya : Saya kira Al-Fadhil Ustaz thtl TERsilap sedikit di dalam responnya ini di dalam memberikan info mengenai tokoh tersebut . Yang sebenarnya , Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asri Bin Yusoff Al-Hafiz ialah pengasas “ Darul Quran Was Sunnah “ di Kubang Kerian , Kelantan Darul Naim . Beliau pernah mendapat pendidikan yang agak lama ( 10 tahun ) di India ( termasuklah dengan belajar secara perseorangan daripada beberapa maulana dan ulama’ terkenal di sana ) . Dan beliaulah merupakan anak Malaysia yang paling gigih membongkar kesesatan dan penipuan Syi’ah , selain daripada beliau turut sama dianggap salah-seorang pakar hadits yang ternama di negara kita . Kalau tidak silap saya , usia beliau sekarang sekitar 43 tahun ( sama dengan Ust thtl ke ni ? ) .

Manakala “ Asri “ kedua pula ialah Al-Fadhil Ustaz Asri Zainul Abidin , yang merupakan pengasas kepada kewujudan “ Dewan Pengajian Imam Ibnul Qaiyim Al-Jauziyah “ di Pulau Pinang . Beliau merupakan anak tempatan yang berkelulusan daripada Jordan , USM dan UIA ( Ph. D ) . Nama beliau begitu tersohor selepas beliau berjaya “ mematahkan “ hujah-hujah rapuh Astora Jabat di dalam satu “ sayembara “ ( muzakarah ) di negeri Pulau Pinang beberapa tahun lalu . Beliau juga , sering menulis mengenai penipuan Syi’ah dan kedurjanaannya. Usia beliau ( kalau tidak silap saya ) ialah 30 tahun .

Kita bersyukur kepada Allah Ta’ala yang masih memelihara ilmu dan hayat para ulama’ seperti kedua-dua tokoh di atas , dan kita juga bersyukur kerana di dalam al-ahkam online ini ada beberapa tulisan yang telah ditulis oleh kedua-dua ulama’ muda tersebut . Silakan ke Ruangan Artikel untuk mendapatkan tulisan kedua-dua tokoh cemerlang tersebut ataupun terus ke Web Dewan Pengajian Al-Imam Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah ( rh ) !!! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

ÇáãÎÊÕÑ ÇáãÝíÏ Ýí ÔÑÍ ÌæåÑÉ ÇáÊæÍíÏ


Oleh : Asy-Syeikh Dr. Nuh ‘Ali Salman Al-Qudhah
( Bekas Mufti Angkatan Tentera Jordan dan Pensyarah di Universiti Yarmouk , Jordan )
lihat halaman 150 – 152 .
Terbitan : Dar Ar-Razi , ‘Amman , Jordan .

ÔÑÍ ÌæåÑÉ ÇáÊæÍíÏ


Oleh : Al-Imam Asy-Syeikh Ibrahim Bin Muhammad Al-Baijuri
Halaman 149
Terbitan : Darul Kutub Al-‘Ilmiah , Beirut .

ÊÍÝÉ ÇáÃÍæÐí ÔÑÍ ÌÇãÚ ÇáÊÑãÐí


Oleh : Al-Hafiz Al-Imam Al-Mubarakfury Al-Hindi
Jilid ke-10 , Hadis ke-3870 & 3871.
Cetakan : Darul Fikr , Beirut .

ÊÞÑíÈ ÇáÊåÐíÈ


Oleh : Syeikhul Islam Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqolani
Ms 259 , Nota ke – 2719
Cetakan : Maktabah Al-Quran , Kaherah .

ÇáÝÑÞ Èíä ÇáÝÑÞ


Oleh : Al-‘Allamah Al-Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi Al-Isfaraini
Ms 357
Cetakan : Al-Maktabah Al-‘Asriyyah , Beirut .

ÇáÕæÇÚÞ ÇáãÍÑÞÉ


Oleh : Al-Imam Ibnu HajarAl-Haitami
Halaman 315 - 319
Terbitan : Darul Kutub Al-‘Ilmiah , Beirut .

SYI’AH RAFIDHAH : DI ANTARA KECUAIAN ULAMA’ DAN KEBINGUNGAN UMMAH
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asri Yusoff
Ms 67 ,
Terbitan : Pustaka Bisyarah , Kubang Kerian , Kelantan D.N

[b] MAQUULAT ‘ASR
Himpunan Tulisan Ustaz Muhammad Asri Yusoff .
Tanpa Terbitan & Tahun Cetak

KAMUS PENGETAHUAN ISLAM
Oleh : Haji Dasuki Haji Ahmad
Terbitan : YADIM ( 1976 )

http://www.geocities.com/salafyoononline/edisi9/lepas0.htm

http://www.alislam.or.id/aliranislam/arsip/00000050.html

[url=http://www.alfurqaan.coolfreepage.com/tahdzir.php?klik=yes&entri=Mengupa...(%20hal%201%20).htm]http://www.alfurqaan.coolfreepage.com/tahdzir.php?klik=yes&entri=Mengupas%20Syiah%20(%20hal%201%20).htm[/url]

http://www.klikdt.com/kajian/sejarah/dunia/firqoh_firqoh_dalam_tubuh_umat_islam.htm


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå


24 / Syawal / 1423 H
29 / Disember / 2002 M

AHAD – Bandaraya Kaherah [/b]

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2116 : ABDULLAH BIN SABA' , PERSELISIHAN PARA SAHAB

:wassalam dan JKK kpd Ustaz Pendekar
Memang ternyata silapnya atas dua Ustaz Asri tsb. yang thtl maksudkan kedua-duanya Ust Asri Yusof Kubang Krian dan Ustaz Asri ZA maktab Ibn Qayyim. Cuma tersilap type nama bapa mereka.
Ini macam kes Ibn Hajarlah, satu Ibn Hajar Asqalani dan satu lagi Ibn Hajar alhaithami. satu lagi Ibn Arabi pun ada dua juga.
JKK di atas tahqeeqan tsb
Ini untungnya Ahkam Online ada dua moderator Fiqh (3 termasuk Sifu Zain)
:blowingup