SJ-2151: Makan sembelihan klon

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2151: Makan sembelihan klon

:confused:Assalamualaikum Ustaz,
Khabar nya sebuah universiti tempatan ada melakukan kajian mengenai klon dan makhluk yang diklon ialah kambing. Apakah hukum memakan kambing tersebut sekiranya dilakukan penyembelihan mengikut syara'?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2151: Makan sembelihan klon

:wassalam
Jawab:
Teknik pembiakan binatang dan tumbuhan untuk konsumpsi manusia yg semakin ramai termasuk dalam mafhum hadis sahih " engkau lebih mengetahui urusan dunia kamu." Penklonan dalam industri pembiakan kelapa sawit sudah lama dilaksanakan iaitu tissue culture, di mana benih kelapa sawit dihasilkan secara pembiakan tissue dari klon yg terbaik.
Jika manusia mampu mengklon haiwan supaya ia lebih cepat membesar dan dapat memenuhi permintaan pasaran yg semakin pesat, sudah tentu tidak ada sebarang masalah.
(Isu sebenar dalam pengklonan yg mendapat bantahan ahli agama dan moralis seluruh dunia ialah pengklonan manusia bukannya haiwan)
berbalik pada pengklonan haiwan dan tumbuhan, jika disahkan selamat dan tiada side-effect, maka sudah tentu Islam tidak menghalangnya. (Fatwa Qardhawi, edisi 2001, Jld 3) WA