SJ-2157: Definisi orang beriman yang sebenar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2157: Definisi orang beriman yang sebenar

Terdapat ramai orang yang melakukan solat, berdoa dan melakukan ibadat, tetapi tujuannya yang utama ialah supaya Allah memberi kesenangan serta kesejahteraan kepada keluarganya. Biasanya fokus ibadat mereka ialah tentang keselamatan diri dan keluarga, dimurahkan rezeki, dilindungi dari khianat manusia. Bukankah ini boleh dikaitkan dengan ayat di dalam surah al-Baqarah mengenai manusia yang berdoa kepada Allah supaya mendapat kesenangan di dunia, dan mereka tiada bahagian di akhirat? Kalau ditanya pun, mereka akan menjawab yang mereka meletakkan keluarga atau kareer sebagai objektif terbesar (Nombor Satu) di dalam hidup. Mereka melakukan ibadat supaya tujuan duniawi (keluarga/kareer) dicapai. Apabila kehilangan sedikit sahaja perkara yang mereka idami tersebut, barulah terserlah betapa cinta dan sayang mereka kepada dunia ini. Di negara barat, masyarakat memanggil orang ini `a good Christian', `religious' atau `spiritual' kerana mereka mementingkan keluarga, nilai-nilai murni, moral dll. Tetapi, adakah orang begini boleh digelar `a good Muslim' kerana objektif utama mereka bukan kehidupan di akhirat. Biasanya walaupun kuat melakukan ibadat dan berakhlak baik, penganut fahaman ini kurang memberi tumpuan kepada aspek Tawhid.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2157: Definisi orang beriman yang sebenar

Jawab:
Neraca "Good Christians" atau Born Again Christians tidak boleh lagi dijadikan kayu pengukur untuk menyukat standard "good Muslims'.
Dalilnya: "sesungguhnya orang2 mukmin, orang2 Yahudi, orang2 Kristian dan orang2 Syabi'een (kaum yg mendiami Mawsool, Iraq), siapa saja di antara mereka yg benar2 beriman kpd Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tida ada kekhuatiran terhadap mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati." AQ:2:62. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Jawabus sahih, 2/212) menjelaskan tiada lagi Good Kristians dan Good Jews selepas kebangkitan Muhammad saw melainkan jika mereka mengikuti Islam yg dibawa baginda. Good Kristians dan Good Jews atau Syabi'een itu merujuk kepada sebelum terutusnya Nabi saw. Ayat ini telah dimansuh oleh AQ 3: 85.

Adapun standard good Muslim ialah muslim yg melaksanakan apa yg disebut dalam hadis kedua dalam Matan arbaeen anNawawiyah yg dikeluarkan oleh Imam Muslim dari Amir alMukminin Umar alKhattab ra. "bahawa Islam itu dibina atas 5 perkara dan selepas itu iman atas enam perkara.
Juga dalam surah alHujurat: 14
Maka a good muslim ialah yg melaksanakan lima foundasi itu: ucap syahadah, mendirikan solat, puasa Ramadhan, keluar zakat dan menunaikan Haji. (Fatwa Syaikh Salleh alUthymeen, Fatawa anil Iman wa Arkaanih) WA