SJ - 2191: APAKAH PEMBAZIRAN YANG SYAITAN LAKUKAN ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2191: APAKAH PEMBAZIRAN YANG SYAITAN LAKUKAN ?

:bash

assalamualaikum wm wb.

saya ingin tumpang bertanya mengenai tafsir al-quran surah al-israak ayat 27 yang membawa maksud,

"sesungguhnya orang2 mubazir itu,adalah saudara syetan dan syetan itu amat ingkar akan Tuhan-nya"

jika syetan juga suka membazir,apa yang syetan bazirkan?

terimakasih.

Re: SJ - 2191: APAKAH PEMBAZIRAN YANG SYAITAN LAKUKAN ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2191 : APAKAH PEMBAZIRAN YANG SYAITAN LAKUKAN ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Osman . Berikut adalah jawapannya berdasarkan sedikit ilmu yang dianugerahkan kepada kami .

Ayat yang menjadi maudhu’ ( topik ) perbicaraan kita hari ini adalah Firman Allah Ta’ala :


Åöäøó ÇáúãõÈóÐøöÑöíäó ßóÇäõæÇú ÅöÎúæóÇäó ÇáÔøóíóÇØöíäö æóßóÇäó ÇáÔøóíúØóÇäõ áöÑóÈøöåö ßóÝõæÑðÇ

Ertinya : “ Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan-syaitan dan adalah syaitan itu sangat mengengkari akan Tuhanya “ ~ Surah al-Israk , ayat 27.

Berikut adalah beberapa huraian terhadap ayat di atas .

[=blue] Menurut Tafsir al-Imam Ibnu Katsir ( rh ) :


( Åä ÇáãÈÐÑíä ßÇäæÇ ÅÎæÇä ÇáÔíÇØíä ) Ãí Ýí ÇáÊÈÐíÑ æÇáÓÝå æÊÑß ØÇÚÉ Çááå æÅÑÊßÇÈ ãÚÕíÊå æáåÐÇ ÞÇá ( æßÇä ÇáÔíØÇä áÑÈå ßÝæÑÇ ) Ãí ÌÍæÏÇ áÃäå ÃäßÑ äÚãÉ Çááå Úáíå æáã íÚãá ÈØÇÚÊå Èá ÃÞÈá Úáì ãÚÕíÊå æãÎÇáÝÊå

[b] Erti : ( “ Dan sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan-syaitan “ ) bermaksud mereka menjadi saudara-mara syaitan-syaitan dek pembaziran ( yang mereka lakukan ) , kebodohan ( kerana tidak melakukan apa yang sepatutnya ) dan juga disebabkan meninggalkan ketaatan kepada Allah Ta’ala serta melakukan penderhakaan kepada-Nya . Dan sebab itulah Allah Ta’ala berfirman lagi ( ertinya ) : ( “ …dan adalah syaitan itu sangat mengengkari akan Tuhannya “ ) iaitu menentang , lantaran syaitan itu telah mengengkari akan nikmat yang diberikan Allah kepadanya dan tidak pula syaitan itu mahu mentaati-Nya , sebaliknya syaitan itu berpaling pula dengan melakukan penderhakaan dan melawan-Nya .

Menurut Tafsir al-Imam at-Tobari ( rh ) :


. ÞÇá ÇáÔÇÝÚí ÑÖí Çááå Úäå: æÇáÊÈÐíÑ ÅäÝÇÞ ÇáãÇá Ýí ÛíÑ ÍÞå¡ æáÇ ÊÈÐíÑ Ýí Úãá ÇáÎíÑ. æåÐÇ Þæá ÇáÌãåæÑ. æÞÇá ÃÔåÈ Úä ãÇáß: ÇáÊÈÐíÑ åæ ÃÎÐ ÇáãÇá ãä ÍÞå ææÖÚå Ýí ÛíÑ ÍÞå¡ æåæ ÇáÅÓÑÇÝ¡ æåæ ÍÑÇã áÞæáå ÊÚÇáì:
Åä ÇáãÈÐÑíä ßÇäæÇ ÅÎæÇä ÇáÔíÇØíä" æÞæáå: "ÅÎæÇä" íÚäí Ãäåã Ýí Íßãåã ............

Ertinya : Al-Imam asy-Syafi’e ( r.a ) pernah berkata : Pembaziran itu ialah membelanjakan harta pada bukan haknya ( yang sepatutnya ) . Dan tidaklah pula dianggap membazir jika digunakan untuk amal kebajikan – dan inilah dia pendapat majoriti ( dari kalangan ulama’ Tafsir ) . Dan Al-Imam Asyhab ( rh ) pernah meriwayatkan drp Al-Imam Malik ( r.a ) yang mengatakan : Pembaziran itu ialah mengambil harta DARI tempat yang sepatutnya akan tetapi dibelanjakan pula PADA tempat yang tidak sepatutnya dan inilah dia melampaui batas dan ini adalah haram kerana Allah Ta’ala telah berfirman ( ertinya ) : “ Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan “ .Dan perkataan “ saudara-mara “ itu membawa maksud “ saudara-mara dari segi hukum “………….

Menurut Tafsir Al-Imam Jalaluddin al-Mahalli ( rh ) dan Al-Imam al-Hafiz Jalaluddin as-Suyuti ( rh ) :


(Åä ÇáãÈÐÑíä ßÇäæÇ ÅÎæÇä ÇáÔíÇØíä) Ãí Úáì ØÑíÞÊåã (æßÇä ÇáÔíØÇä áÑÈå ßÝæÑÇ) ÔÏíÏ ÇáßÝÑ áäÚãå ÝßÐáß ÃÎæå ÇáãÈÐÑ

Ertinya : ( Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan-syaitan ) ialah ( bersaudara-mara ) dari sudut cara mereka , ( dan erti firman Allah : “ dan adalah syaitan itu sangat engkar akan Tuhannya “ ) ialah disebabkan keengkaran yang amat sangat terhadap nikmat-Nya , dan begitulah juga dengan saudaranya yang membazir itu .

Komentar Kami :

Membazir itu sendiri ada berbagai aneka . Membazir juga ertinya : Mensia-siakan sesuatu yang bermanfaat. Seperti membazirkan harta , membazirkan masa , membazirkan usia , membazirkan peluang yang baik dan seumpamanya.

Sekarang , mari kita sama-sama melihat kembali ayat 27 , Surah Al-Israk di atas !, Allah Ta’ala menutupnya dengan berfirman : æóßóÇäó ÇáÔøóíúØóÇäõ áöÑóÈøöåö ßóÝõæÑðÇ

ertinya : “ Dan adalah syaitan itu sangat mengengkari akan Tuhanya “ .

Manakala pada awal ayat tersebut Allah Ta’ala menyatakan : Åöäøó ÇáúãõÈóÐøöÑöíäó ßóÇäõæÇú ÅöÎúæóÇäó ÇáÔøóíóÇØöíäö

ertinya : “ Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan-syaitan “ .

Maka jika kufur itu sendiri bermakna engkar , ini membawa maksud bahawa lawan pada engkar adalah taat ( mentaati arahan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w ) .

Oleh itu, kaitan di antara awal ayat dengan akhirnya itu membawa maksud wujudnya hubungan di antara syaitan dengan orang-orang yang membazir . Dan apabila begitu, ini bermakna syaitan dan saudara-maranya itu berkait-rapat di dalam sifat sangat suka membazirkan ( mensia-siakan ) ketaatan mereka ( yang sepatutnya dilakukan ) dengan memilih untuk engkar terhadap Allah Ta’ala.

KESIMPULANNYA :

1 - Syaitan membazirkan dan mensia-siakan ketaatan yang sepatutnya mereka lakukan dengan melakukan pula berbagai kederhakaan kepada Allah Ta’ala .

2 - Pembaziran di dalam sudut perbelanjaan juga boleh menyebabkan seseorang itu tergolong dari kalangan syaitan-syaitan .

3 – Syaitan sendiri terdiri daripada 2 jenis ( sbg mana dijelaskan di dlm Surah an-Nas ) . Syaitan-syaitan daripada jenis manusia maka sudah tentulah mereka membazirkan wang dan harta-benda mereka serta mensia-siakan peluang beribadah kepada Allah Ta’ala . Manakala syaitan daripada kalangan Jin pula , sudah tentu mereka membazir di dalam erti kata tidak mahu tunduk-patuh kepada arahan-arahan Ilahi dan mengengkari nikmat Allah Ta’ala yang terbesar , iaitu Islam .

****************************************

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
17 / Dzulqa’edah / 1423 H
18/ Januari / 2003 M

SABTU– Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum