SJ-2200: kesan murtad

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2200: kesan murtad

Assalamulaikum..
Soalan saya :
1. seorang yang murtad tetapi bukan dengan sebab masuk agama lain, tetapi murtad dgn mengatakan "solat 5 waktu tak wajib", bila disuruh oleh isterinya supaya solat. apakah kesan terhadap perkahwinannya. batal atau tidak? apa yang perlu dilakukan olehnya berhubung perkahwinannya. untuk pengetahuan ustaz, dia solat, tapi kadang-kadang tidak cukup 5 waktu..dia mengatakan solat itu tidak wajib utk bergurau dgn isterinya.
2. Apakah hukumnya seseorang itu berniat " kalau aku tidak lulus spm, aku murtad". adakah dia murtad pada saat dia itu berniat, atau murtad hanya selepas gagal spm.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2200: kesan murtad

:wassalam
Jawab:
Melihat pada nada soalan itu, ini adalah realiti akhir zaman. Sepatutnya kita tidak memerah otak mencari hukum atas kejahilan ini, tapi atas dasar ruh keIslaman kita masih mampu menjelaskan hukumnya iA

1. Sesiapa yg menyangkal kefardhuan solat 5 waktu adalah kufur secara ijma' (anNawawi, syarah Muslim, 1/259). Ini bermakna isteri hendaklah mengadukan kelakuan suaminya kepada ahli yg senior dalam keluarganya memohon tindakan jika nasihatnya tidak dipedulikan suaminya lagi. Jika semua buntu dan suaminya enggan solat dan menafikan hukum fardhunya, maka hendaklah mengadu kepada Hakim. Imam Ibn Taymiyah (dinukil oleh Imam Ibn Qayyim, Ahkam asSolat)
adalah yg paling keras, isteri hendaklah pulang kepada keluarganya dan tidak boleh tinggal dengan suami yg murtad.
Jika dia bermain-main dan berseloroh, ingatkan dia, solat bukan hukum main-main, menafikan solat dgn lisan dan amal adalah thabit murtad di sisi syara'. Perbahasan hukum meninggalkan solat dgn sengaja atau menafikan kefardhuan solat amat detail sekali perbahasannya dan kami tidak ada banyak waktu dan ruang utk membahaskannya di sini.

2. Niat itu tidak sah dan batal dan orang yg berniat demikian telah melakukan dosa besar. Ini kerana haram berniat atau nazar dalam perkara yg maksiat apatah lagi yg murtad. Hendaklah dia taubat dgn sebenar-benar taubat. Allah SWT tidak boleh diperas ugut dgn ancaman murtad kerana Allah tidak berhajatkan manusia, manusialah yg berhajatkan akan Dia. Dia memberi kejayaan (dgn izin-Nya) jika diambil segala asbab atau usaha. (Fiqh alManhaji) WA