:salam
Maksud al-Quran Surah al-Furqan ayat 47 :-
" Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha. "
Apakah mereka yang bekerja malam melanggar fitrah manusia?
:wassalam
:wassalam
Jwb:
Kema'afan dipinta kerana backlog soal-jawab. Ini tidak dapat dielakkan kerana percutian CNY dan server down (thtl)
Mengenai sepotong ayat: AQ 25: 47 itu, ia antara ayat2 yg agak common dalam alQur'an menceritakan fenomena alam.
Lihat: anNaba': 9-11; Anbiya': 33; alQasyasy: 73; alMu'min: 61; Fusysyilat: 37, dan banyak lagi.
Jumhur ahli tafsir berpendapat penciptaan malam dan siang itu adalah rahmat Allah SWT kepada manusia. Sebagai Pencipta, Dia telah mengatur siang utk kerja dan malam utk berihat, maka digilirkan malam dan siang itu sebagai rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
Maka boleh dikatakan sudah menjadi fitrah atau biologi kepada manusia secara umumnya, kerja dari 8 pg-5 ptg, dan berehat sebelah malamnya. Mana-mana orang terpaksa bekerja shif malam, atau security, maka tidaklah berterusan bekerja malam kerana mudharatnya dan ia dikenakan pula peraturan OSHA (occupational safety and health administration), di mana syarikat dan organisasi hendaklah membuat sistem rotation kerja yg tidak memudharatkan kesihatan pekerjanya. WA