SJ-2263: Duduk saf belakang - tiada pahala jemaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2263: Duduk saf belakang - tiada pahala jemaah

:salam

Semasa kuliah pengajian ada ustaz mengatakan jika kita berada pada saf belakang secara berseorangan semasa sembahyang berjemaah, maka kita tidak dapat pahala berjemaah, sembahyang tetap sah cuma pahala berjamaah tidak dapat.

Jika kita datang lewat pada sembahyang berjemaah(atas sbb tertentu) dan kita berada secara berseorangan pada saf paling belakang maka orang pada saf 'second last' hendaklah melangkah kebelakang utk menemani makmum yg lewat tadi;
manakala saf 'second last' yg kekurangan 1 ahli tadi hendaklah menutup kekosongan tersebut dgn bergerak merapatkannya.

Benarkah pendapat tersebut?
wallahualam. T.kasih

Re: SJ-2263: Duduk saf belakang - tiada pahala jemaah

:wassalam

Pendapat itu tidak tepat. Pendapat yg rajih (lebih benar) ialah:
Jika seseorang makmum mendapati semua saf sudah penuh, maka dia menarik salah seorang di saf hadapan utk dijadikan teman. Perbuatan ini satu kesalahan kerana hadis2 yg menyuruh berbuat demikian adalah dha'ef belaka. (alMuhaddith alAlbania, Silsilah, # 921 dan 922)
Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alIkhtiyarat al Ilmiyah, 42) menyebut yg diperintah oleh seseorang yg masbuk dan mendapati semua saf sudah penuh ialah mencari ruang kosong dan menampalnya. Jika tidak ada hendaklah ia solat seorang diri di belakang saf. almarhum Mantan Mufti KSA, Syekh Baz (ta'aliq fathul Bari 2/213) pendapat yg rajih ialah tidak boleh membuka lobang pada saf (menarik orang dari saf), yg benar ialah menampal lobang pada saf. WA