:salam
Saya pernah terdengar ustazah saya ketika sedang belajar dahulu yang menyebut.. Lelaki Dilahirkan Untuk Mentaati Ibunya dan Perempuan DiLahirkan untuk Mentaati Suaminya
Adakah ungkapan diatas ada disebut dalam al-quran mahupun hadith?
Pada lelaki, diketahui memang diwajibkan patut pada ibunya ( Berdasarkan jawapan dari kepentingan ibu atau bapa , tetapi sekarang, bagi perempuan pula, manakah yang lebih penting diantara Suami ataupun Ibu?
:wassalam
P/S: maafkan jika soalan ini telah diajukan... :grad
:wassalam
Jawab:
Memang benar, persoalan ini sudah diajukan beberapa kali sebelum ini. Kita membahaskan dibawah tajuk Sifat TAWAZUN (keseimbangan) seorang mukmin dalam kehidupannya.
Adapun dalil yg anda kemukakan," lelaki dilahirkan utk menta'ati ibunya, sang isteri dilahirkan utk menta'ati suaminya." nampak terlalu 'blunt' atau direct yg tidak pasti kesahihannya. Ia kelihatan seperti ungkapan penya'ir dan ungkapan penyair ini tidak boleh diambil pada zahirnya sahaja.
Misalnya sya'ir dan puitis antara lelaki dan perempuan yg dilamun cinta:" engkau dilahirkan utk menyintai ku"
Selalunya mereka yg mengajukan soalan2 begini mengalami atau melihat dalam dunia realiti terdapat penyelewengan atau amalan berat sebelah, di mana ada suami yg buruk amat mementingkan ibunya dan mengabaikan isteri dan anak2nya atau isteri yg selalu ingin bersama ibunya dan mengabaikan suaminya. Ini macam kisah poligami jugak, kebanyakan pengamal poligami sering mengabaikan kebajikan isteri pertama dan menumpukan kepada isteri muda.
Kepincangan ini bukan disebabkan syari'at tapi pengamal syari'at itu.
Fakta yg rajih dan disepakati ialah sang isteri memang kena mengutamakan keta'atan pada suaminya. manakala suami mengutamakan keta'atan dan kebaktian pada ibubapanya.
Pokoknya itu hanya dasar, tapi dari aspek pelaksanaan: ia memerlukan fiqh muwazanat (fiqih keseimbangan) dan fiqh awlawiyat (keutamaan). Ia kena diambil semua variables (faktur) kehidupan melibatkan status ekonomi, taraf kesihatan ibubapa, umur, tanggungan. Jika ibubapa isteri sudah uzur dan dalam keadaan dha'ef sedangkan ibubapa suami masih sihat dan kukuh ekonominya, maka suami dan isteri hendaklah melebihkan sedikit kebaktian pada ibubapa isterinya. Ibubapa kedua-dua belah pihak pula tidaklah banyak mencampuri urusan hidup anak2 mereka dan impose atau menuntut keta'atan dan kebaktian yg diluar kemampuan anak2nya. Inilah cara Islam melihat ibu kepada masalah bukan rantingannya. Fatwa Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat. WA