SJ-2325: Wudhu' (2): Anggota kaki-muka-rambut

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2325: Wudhu' (2): Anggota kaki-muka-rambut

:salam

terima kasih kerana menjawab soalan sebelum ini. di sini ada beberapa soalan lanjutan dari itu

1. adakah arah basuhan itu turut penting bagi basuhan kaki?
2. adakah terdapat arah basuhan bagi anggota muka dan rambut?
3. jika arah basuhan itu tidak diikuti, adakah tidak sah wudhu?

terima kasih :D

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2325: Wudhu' (2): Anggota kaki-muka-rambut

:wassalam
afwan
Jawab:

1. Tatacara basuhan kaki.

a. Firman Allah SWT:" dan basuhlah kedua-dua kakimu sampai meliputi dua buku lali.." (AQ 5: 6)
b. HR Muslim (Sahih: 1/246) dari Abu Huraira ra," kemudian dia (Abu Hurairah) membasuh kaki kanan sehingga dia meratai betis (buku lali), kemudian dia membasuh kaki kiri sehingga dia membasahi betis." Abu Hurairah berkata,"beginilah aku lihat cara RasuluLlah saw melakukannya."

c. HR Abu Daud (Muhaddith Albani: Sahih alJaami': 4576)," adalah Nabi saw apabila berwudhu', baginda menggosok dan meratakan air pada jari2 kedua kakinya dgn jari kelingking."

d. Hr Abu Daud dan ashab Sunan dari Laqit ra ( Sahih alJaami': 940)," sempurnakanlah basuhan wudhu' dan selatkan celah2 di antara anak2 jari."

Komentar Imam Syun'ani (Subulus-Salam: 1/48): yg wajib ialah menyelat-nyelat anak2 jari dan wajib juga membasuh hingga buku lali.
Arah basuh itu tidak wajib. Tapi mencontohi sunnah Nabi saw yaitumemulai dgn menyelati jari2 dan meratakan hingga buku lali adalah baik sekali diikuti. (Fahd asySyuwayyib, Sifat Wudhu' anNabiy saw. diselia oleh Muhaddith albani)

2. 1 Tatacara basuhan muka
Tidak ada petunjuk mengenai arah basuhan. Hadis Bukhari (Fathul Bari:11/312) dan Muslim (sahih:226) dari Himran bin Abaan ra," kemudian beliau (Nabi saw) membasuh mukanya tiga kali."

Adapun yg ditekankan dalam hal membasuh muka ialah meliputi kawasan apa yg ditakrifkan sebagai muka (face boundary): meliputi tempat tumbuh rambut (gigi rambut) hingga tulang dagu dan dagu serta pangkal telinga (ibid)

2.2 Tatacara basuhan rambut
Terdapat khilaf fiqhi mengenai apakah disapu sebahagian kepala atau seluruh kepala. Imam alHafeedz Ibn Qudamah (alMughny: 1/112) kalimah "biruusikum" dalam ayat 6 alMaidah mengikut pakar bahasa Arab bermaksud seluruh kepala bukan sebahagian. Pendapat yg disapu seluruh kepala juga menjadi pilihan ahli tahqeeq, alhafeedz Syawkani (Nailool Awthor: 1/193)
Dalil: Bukhari (Fathul Bari: 1/251), Muslim (sahih: # 251), Termidzi (Sunan: 1/#28) dari Abdullah bin Zayd ra, "bahawa Nabi saw menyapu kepalanya dgn kedua-dua tangannya. Beliau memulakan dgn bahagian hadapan kepala dan menyapu hingga ke belakang kepala baginda, kemudian di ulangi kedua-dua tangan (dari belakang) membawa ke hadapan kepala."
Itulah tatacara yg dipersetujui oleh ahli hadis.

3. Wudhu' sah tapi tidak mendapat pahala sunat jika menyalahi tatacara Nabawi spt yg diriwayatkan oleh hadis2 sahih. WA