SJ-2395: Hempapan/Tindihan Hantu Ketika Tidur

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2395: Hempapan/Tindihan Hantu Ketika Tidur

:salam
Saya agak keliru dengan istilah Kena Hempap @ Kena Tindih Hantu ketika tidur.

Apakah sebenarnya yang terjadi ketika ini?
Apakah yang menghempapnya?
Apakah punca-puncanya?
Apakah petua-petua untuk mengelaknya?

:wassalam :grin:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2395: Hempapan/Tindihan Hantu Ketika Tidur

:wassalam
Jawab:
Kita sedar apa yg anda ajukan ini tidak mampu dihuraikan dalam beberapa baris jawapan, tapi kami akan berikan kitab2 yg baik utk anda miliki supaya masalah Hantu-polong ini akan semakin jernih dalam masyarakat.

Hantu tidak dikenali dalam alQur'an atau asSunnah, sama juga dgn polong, Pocong, pelesit, hantu Raya, Dracula, Vampire, Werewolf, Pontianak, kuntilanak, dsbnya. Dalam folklores (sastra rakyat ) dalam semua bangsa, Hantu (Ghost/Demon/Evil) ini sudah bercampur dgn metos dan kepalsuan.

Yang benar (rajih), makhluk ghaib yg disebut dlm alQur'an ialah jinn. Jinn ini juga spt manusia, mukallaf, berbangsa-bangsa, bernikah kahwin dan juga beriman dan ada yg kufur. Bahkan ada surah bernama Surah Jinn (surah no 72) dan ada surah anNas (manusia) surah no 114. Unsur kejadian mereka ialah dari api sedangkan manusia dari tanah.
Jika Hantu yg dimaksudkan oleh tokusa itu jelmaan dari mayat, maka ia ajaran sesat kerana syara' tidak pernah menyebutnya melainkan AlQur'an memperbetulkan bahawa jin itu dari api dan manusia dari tanah dan tidak mungkin manusia boleh berubah jisimnya menjadi hantu selepas mati atau jinn bertukar menjadi manusia secara form. Pertukaran sifat (character) bisa berlaku, yakni Jinn boleh berubah menjadi syaitan dan manusia juga boleh bertukar sifat menjadi syaitan. (Dalil: anNas: ayat 4 "(syaitan) dari jenis Jinn dan Manusia"
Jika ada hantu yg muncul dari tubuh manusia atau ruhnya spt reincarnation, itu adalah kepalsuan ajaran animisme.

Apakah Jinn boleh menghempap manusia?
Boleh jika dia mahu sebab:
1. dia makhluk ghaib (Dia dan pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yg kamu tidak boleh melihat mereka) alA'raf:27
2. Ada bangsa Jinn yg kuat dan perkasa, Ifrit (Dalil: Berkata Ifrit dari kalangan Jinn") AQ 27: 39)
3. Jinn juga boleh merasuk manusia, yakni masuk ke dalam tubuh manusia spt mana masuknya kuman dan virus. Ini disahkan oleh dua Imam muhaqiqeen: Syaikhul Islam Ibn Taymiya rh ( Idah adDalalah fi umum arRisalah, pada Majmu Fatawa lil Syaikhul Islam cet Beirut Jld 19), Imam Ibn Taymiyah menggunakan dalil Qurani: surah Fusysyilat : 36 (Jika syaitan mengganggumu dgn suatu gangguan, maka pohonlah perlindungan kepada Allah)
Muridnya, alhafeedz Imam Ibn Qayyim (Tafsir Mu'awwazatyn), "kejahatan dan keburukan menimpa manusia terdiri dari dua jenis:
a. Dosa atau maksiatnya
b. perbuatan orang lain (Jinn adalah salah satunya)

Terapi atau rawatan dari menghindari dari gangguan dan serapan Jin ini dijelaskan dgn terperinci dalm alQur'an dan asSunnah. Jika anda membaca tafsir surah alFalaq dan anNas (mu'awwizatayn) banyak sekali terapi didalamnya. Imam Ibn Taymiyah dalam majmu' Fatawa Jld 19 itu menghuraikan langkah2 preventif mencegah gangguan syaitan termasuk Iman yg mantap, amal yg bersih dari bid'ah.
Specifik dgn masalah diganggu syaitan semasa tidur, amalan salaf sebelum tidur ialah mereka berwudhu' , membaca surah Mu'awwazatayn dan ayat Kursiy (Bukhari hadis no 530 dan Muslim, no 6317, 1707) WA
Buku baru dlm pasaran:
Panduan Menjampi dan mengguna Jinn oleh syaikh Abu Mu'adz Muhammad Ibrahim terjemahan AQHAS, terbitan al-Hidayah press 2001.