SJ-2448: Ayah meninggalkan Hutang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ-2448: Ayah meninggalkan Hutang

:salam

[Di kirim melalui Ust Pndekar]
A’kum wrt.

Tuan,

Ayah saya telah meninggal dunia pada tahun 1997. Pada awal tahun sudah i.e. 2002,

Seseorang telah mendakwa melalui pihak ketiga bahwa alahyarham ayah saya masih berhutang dgn

Dia. Malangnya pihak ketiga tersebut tidak mempunyai maklumat lengkap berkenaan sipendakwa.

Hanya maklumat latar belakang kerja dan kawasan tempat tinggal sahaja yg saya ada.

Usaha telah dilakukan untuk mencari orang tersebut dengan menggunakan maklumat dari pihak ketiga tersebut.

Tetapi orang jemaah di masjid kampung sipendakwa tinggal mengatakan tidak ada org yang seperti didakwa.

Nama kampong dan kawasan rumah pendakwa itu dikatakan sekitar kawasan masjid seperti dibertahu oleh

pihak ketiga.

Saya telah meminta jemaah kampong tersebut untuk memaklumkan kepada saya kalau ada sesiapa yang

mengetahui berkenaan orang tersebut.

Saya minta nasihat tuan apakah langkah lain atau selanjutnya untuk saya ambil kerana

ini adalah tanggungjawab saya sebagai waris/anak kepada alahyarham.

Jazakallah khiaran kathira. Wassalam.

SNbM

Re: SJ-2448: Ayah meninggalkan Hutang

:wassalam

Jawab:

Hutang wajib dibayar. Tugas anda sekarang ialah membuat siasatan rapi terhadap pihak ketiga dan orang yg menuntut hutang itu. Jika anda berpuas hati bahawa dakwaan itu palsu dan tiada asas, lupakan saja. WA