SJ-2556: Mati kerana cinta dianggap syahid???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2556: Mati kerana cinta dianggap syahid???

Assalamualaikum...
Saya telah membaca karangan astora jabat pada majalah al-Islam bulan Mei, beliau mengatakan bahawa :nabi saw bersabda:barang siapa yang bercinta,lalu dia mati, dan tidak melakukan sebarang maksiat kepada kekasihnya,lalu dia mati syahid. Adakah hadis ini shahih? Adakah apa yang dikatakan oleh astora jabat itu benar? Apakah pendapat al-Ahkam mengenai persoalan ini? :confused:

Re: SJ-2556: Mati kerana cinta dianggap syahid???

:wassalam
Jawab:
Jikalau Nabi saw berkata demikian, maka sudah tentu nabi saw lebih utama disambut sebagai Bapa hari Valentine. Generasi salaf assoleh tidak mengenal cinta-cintun, Laila-Majnun, Romeo-Juliet, Uda dan Dara, Dara dan Taruna, cinta dalam debu, cinta syahdu, jerat percintaan, dsbnya. Tidak ada istilah "cinta tanpa maksiat" seperti yg didakwa.
Antara Hadis2 yg sempat saya tela'ah mengenai sebab mati syahid ialah:
a. HR Abu Daud, alHakim dan albaihaqee," (sabda) Sesiapa yg keluar di jalan Allah, lalu mati atau terbunuh, maka is mati syahid." (disahihkan oleh alMuhaddith Albany)

b. HR anNasa'iy," sesiapa yg mati dalam rangka menuntut haknya, ia syahid." (Albani, sahih)

c. HR alBukhari-Muslim," siapa yg mati kerana mempertahankan hartanya, dia mati syahid."

Tapi hadis yg mempunyai matan spt yg dinukilkan oleh Astora tidak saya temui. WA