SJ - 2574 : Penggunaan " SAIDINA " di dalam Tahiyyat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2574 : Penggunaan " SAIDINA " di dalam Tahiyyat

:salam

1.Didalam mazhab manakah yang memansuhkan lafaz 'saidina' dan didalam mazhab manakah yang tidak memansuhkan lafaz ini.

2.Apakah erti yang sebenar lafaz 'saidina'?Adakah ia sebagai satu penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga Nabi Ibrahim AS?

Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2174 : PENGGUNAAN " SAIDINA " DI DALAM TAHIYAT


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2174 : PENGGUNAAN “ SAIDINA “ DI DALAM TAHIYAT

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara fundamentalis yang mengemukakan soalan di atas .

Kami akan menjawab soalan saudara itu secara turutan :

{ 1 } ~ APAKAH ERTI “ SAIDINA “ ITU ? .

{ 2 } ~ APAKAH HUKUM MENYEBUTNYA DI DALAM SELAWAT ( TERMASUKLAH DI DALAM SEMBAHYANG ) ?

Dengan taufiq dan hidayah Allah Ta’ala , beginilah jawapannya :

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

{ 1 } ~ APAKAH ERTI “ SAIDINA “ ITU ? .

Perkataan “ SAI+YI+DI+NA ““ SAIYID “ ( óÓóíøöÏäÇ ) diambil daripada perkataan Arab “ SAIYID “ ( óÓóíøöÏ ) yang diterjemahkan sebagai “ Penghulu “ , dan dalam masa yang sama juga tidak ada halangan untuk kita menterjemahkan perkataan itu sebagai “ Tuan “ “ Baginda “ , “ ketua “ , “ pimpinan tertinggi “ , “ yang paling mulia “ , “ yang layak ditaati “ , “ yang mempunyai kelebihan “ , “ seorang suami “ dan seumpamanya .

Untuk memudahkan perbicaraan , kita peganglah satu pengertian daripada beberapa pengertian di atas . Kita pilih perkataan “ SAIYIDUNA “ itu dengan maknanya sebagai “ TUAN “.

Daripada perkataan itu jugalah lahirnya perkataan “ SIYADAH “ ( ÓöíÇÏóÉ ) yang bermakna : KETUANAN sebagai “ masdar “ ( kata nama terbitan ) .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

{ 2 } ~ APAKAH HUKUM MENYEBUTNYA DI DALAM SELAWAT ( TERMASUKLAH DI DALAM SEMBAHYANG ) ?

Perkara ini menjadi TOPIK PERSELISIHAN ( Khilafiyyah ) di kalangan para cendekiawan Islam semenjak dahulu lagi , yang kemudiannya diwarisi pula oleh generasi kini yang masih tidak-tidak puas berselisih dan bertelingkah .

Golongan Pertama mengatakan bahawa penggunaan “ Saidina “ di dalam sembahyang adalah Bid’ah Dholalah .

Golongan Kedua pula mengatakan bahawa ia adalah Harus , bahkan disunatkan kerana Lebih Beradab dengan Baginda Rasulullah s.a.w .

Berikut adalah penjelasannya secara ringkas daripada kedua-dua pihak :

{ i } ~ PIHAK YANG MELARANGNYA :

Golongan ini mengatakannya sebagai perbuatan yang Bid’ah di dalam beribadah ( Bid’ah Dholalah = Bid’ah yang sesat ) memandangkan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah mengajar umatnya untuk mengucapkan selawat ke atas Baginda s.a.w dengan lafaz “ Saiyidina “ .

Maka setiap ibadah yang tiada contohnya daripada Baginda Rasulullah s.a.w , maka ia adalah tertolak dan sesat ! .

Bahkan di dalam sebuah hadis ada menyatakan :


áÇó ÊõÓóíöøÏõæäöí Ýöí ÇáÕøóáÇÉö

Ertinya : “ Janganlah kamu memanggilku dengan SAIYID di dalam sembahyang “ .

{ ii } ~ PIHAK YANG MEMBENARKANNYA :

Golongan ini mengatakan bahawa hukum mengucapkan “ Saiyidina “ di dalam selawat adalah HARUS , bahkan SUNAT . Ini disebabkan banyak mafhum al-Quranul Karim dan Hadist-Hadist yang menerangkan kelebihan Baginda Rasulullah s.a.w sebagai seorang “ SAIYID “ ( Tuan ) .

Walaupun ayat-ayat al-Quranul Karim dan hadist-hadist itu tidak menganjurkan agar diucap perkataan “ SAIYIDINA “ secara langsung , akan tetapi disebalik mafhum ayat-ayat al-Quranul Karim itu dan juga hadist-hadist Baginda Rasulullah s.a.w terdapat anjuran bagi kita mengucapkan lafaz “ Saiyyidina “ .

Baginda Nabi Muhammad s.a.w membawa risalah yang umum untuk semua bangsa dan etnik , malahan untuk bangsa Jin juga . Dan umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat yang paling ramai berbanding dengan umat-umat bagi nabi-nabi dan rasul-rasul selain Baginda s.a.w !!! .

Bukankah ini merupakan satu kelebihan yang hanya dimiliki satu-satunya oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang penutup segala nabi dan rasul a.s dan juga sebagai seorang penghulu / ketua bagi segala nabi dan rasul a.s ??? .

Bukan itu sahaja , umat Islam memanggil Baginda Rasululllah s.a.w sebagai “ SAIYIDINA “ ( Tuan kami ) bukanlah sekadar bertaqlid buta , malahan panggilan ini sendiri dianugerah oleh Allah Ta’ala kepada diri baginda s.a.w .

Cuba Pelajari firman Allah Ta’ala tatkala menceritakan kisah kedatangan Saidina Jibril a.s selaku “ pembawa wahyu “ kepada Nabi Zakaria a.s . Wahyu yang dibawa itu mengandungi berita gembira bahawa Nabi Zakaria a.s akan dianugerahkan anak yang juga bakal menjadi seorang nabi sebagaimana baginda a.s .


ÝóäóÇÏóÊúåõ ÇáúãóáÂÆößóÉõ æóåõæó ÞóÇÆöãñ íõÕóáøöí Ýöí ÇáúãöÍúÑóÇÈö Ãóäøó Çááøåó íõÈóÔøöÑõßó ÈöíóÍúíóÜì ãõÕóÏøöÞðÇ ÈößóáöãóÉò ãøöäó Çááøåö æóÓóíøöÏðÇ æóÍóÕõæÑðÇ æóäóÈöíøðÇ ãøöäó ÇáÕøóÇáöÍöíäó

Ertinya : “ Maka , dia ( Nabi Zakaria a.s ) pun dipanggil oleh malaikat ( Saidina Jibril a.s ) sedangkan dia ( Nabi Zakaria a.s ) sedang berdiri sembahyang di mihrab . ( Kata Saidina Jibril a.s kepada Nabi Zakaria a.s ) : Sesungguhnya Allah memberikan berita gembira kepadamu dengan kedatangan anakmu yang bernama Yahya yang akan membenarkan kalimat yang datang daripada Allah , dan dia juga adalah seorang TUAN / PENGHULU ( yang menjadi ikutan ) , yang menahan diri ( drp hasutan hawa nafsu ) dan juga seorang nabi dari kalangan orang-orang yang soleh “ ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 39 .

Lihatlah , kalaulah Nabi Yahya a.s yang hanya membawa risalah kerasulannya kepada umatnya yang terhad ( Bani Israel ) , boleh dipanggil “ SAIYID “ ( Tuan ) maka betapa pula dengan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi rahmat sekalian alam dan juga sebagai nabi dan rasul untuk semua bangsa manusia dan jin !? .

Pelajarilah pula sabda-sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang sudah tentu tidak akan keluar daripada mulut Baginda s.a.w yang mulia itu melainkan itu semua adalah berdasarkan wahyu Ilahi . Sabda Baginda s.a.w :


Úä ÃóÈõí åõÑóíúÑóÉó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóäóÇ ÓóíøöÏõ æóáóÏö ÂÏóãó íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö æóÃóæøóáõ ãóäú íóäúÔóÞøõ Úóäúåõ ÇáúÞóÈúÑõ æóÃóæøóáõ ÔóÇÝöÚò æóÃóæøóáõ ãõÔóÝøóÚò

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a dia berkata : Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Daripada Saidina Abu Hurairah r.a dia berkata : Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Aku adalah TUAN / PENGHULU anak-anak Adam ( manusia ) pada hari qiamat kelak dan orang yang pertama sekali dibuka kuburnya ( bangkit daripada kubur ) , dan akulah orang yang pertama yang memberi syafa’at dan orang pertama yang mendapat syafa’at ( daripada Allah Ta’ala ) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh { 2 / 2278 } , al-Imam Abu Daud rh { 4 / 4673 } , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh { 2 / 540 } dan al-Imam as-Suyuthi rh ( al-Jamie’ as-Soghir : 2692 ) .


Úóäú ÃóÈöí ÓóÚöíÏò ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóäóÇ ÓóíøöÏõ æóáóÏö ÂÏóãó íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö æóáóÇ ÝóÎúÑó æóÈöíóÏöí áöæóÇÁõ ÇáúÍóãúÏö æóáóÇ ÝóÎúÑó æóãóÇ ãöäú äóÈöíøò íóæúãóÆöÐò ÂÏóãó Ýóãóäú ÓöæóÇåõ ÅöáøóÇ ÊóÍúÊó áöæóÇÆöí æóÃóäóÇ Ãóæøóáõ ãóäú ÊóäúÔóÞøõ Úóäúåõ ÇáúÃóÑúÖõ æóáóÇ ÝóÎúÑ

Ertinya : “ Akulah TUAN / PENGHULU segala anak ( Nabi ) Adam pada hari qiamat dan tanpa bermegah-megah ( yakni aku katakan ini bukalah untuk bermegah-megah tetapi ia adalah hakikat drp Allah Ta’ala ) . Dan di tanganku inilah kelak akan berada panji segala puja-puji ( untuk Allah Ta’ala ) dan tidalah aku bermegah-megah . Dan tidak ada seorang pun daripada kalangan sesiapa pun – sama ada Nabi Adam a.s ataupun selainnya – melainkan mereka itu semua akan berada di bawah panjiku itu . Dan akulah juga orang pertama yang dibongkar tanahnya ( kuburnya ) dan tidaklah pula aku bermegah-megah …….. “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh ( 3 / 2 ) , al-Imam at-Tirmidzi rh ( 5 / 3615 ) , al-Imam Ibnu Majah rh ( 2 / 4308 ) dan al-Imam as-Suyuthi rh ( al-Jamie’ as-Soghir : 2693 ) .

Selain itu , di dalam hadist-hadist dan sirah yang menceritakan perihal kelebihan Para Sahabat r.a terdapat banyak bukti bahawa Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah memberikan gelaran “ SAIYID “ ( Tuan / Penghulu ) kepada beberapa orang para sahabat r.a . Diantaranya ialah untuk :

( 1 ) ~ Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina ‘Umar al-Khattab r.a ~ ( H.R Imam at-Tirmidzie rh ) .

( 2 ) ~ Saidina Hassan r.a dan Saidina Hussein r.a ~ ( H.R Imam at-Tirmidzie rh dan Imam al-Hakim rh ) .

( 3 ) ~ Saidina Sa’ad Bin ‘Ubadah r.a ~ ( H.R Imam Ibnu Atsir rh di dalam “ an-Nihayah “ ) .

( 4 ) ~ Saidina Sa’ad Bin Mu’adz r.a yang digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai seorang TUAN bagi kaum Ansor ( lalu diperintahkan agar Kaum Ansor r.a bangun menghormati Saidina Sa’ad r.a ini ) ~ ( H.R al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam al-Khottobi rh ) .

Jadi , kalau “ SAIYID “ ini sendiri boleh digelar untuk Para Sahabat r.a , maka betapa pula untuk diri Baginda Rasulullah s.a.w sendiri yang menerima anugerah “ SAIYID “ ini daripada Allah Ta’ala sendiri sbg mana dalil-dalil di atas !!?? .

Itulah dia dalil-dalil yang menjadi sumber kepada umat Islam untuk memanggil Baginda Rasulullah s.a.w sebagai “ SAIYIDINA “ dan ternyata umat Islam di dalam hal ini bukanlah “ memandai-mandai sendiri menokok-tambah hal-hal agama “ sebagai mana yang dikatakan oleh sebahagian umat Islam yang mudah melatah dan mudah tersasul .

Golongan ini juga menyatakan : “ Amatlah malang bagi sesetengah golongan yang melarang penggunaan kalimah SAIYID ini . Mereka sanggup memberikan berbagai anugerah dan pingat kepada manusia , bahkan kepada orang kafir sendiri . Akan tetapi mereka ini bermati-matian menentang pula orang yang mahu memuji Baginda Rasulullah s.a.w dengan gelaran SAIYID walhal gelaran ini sendiri bersumberkan pujian dan anugerah Allah Ta’ala ke atas hamba-Nya ; Baginda Rasulullah s.a.w sendiri “ .

Golongan ini berkata lagi : “ Di dalam al-Quiranul Karim sendiri terdapat banyak pengajaran . Di antaranya , Apabila Allah Ta’ala mahu berinteraksi dengan Para Nabi a.s selain Baginda Rasulullah s.a.w , maka Allah Ta’ala akan memanggil seseorang Nabi itu dengan namanya , seperti “ YA MUSA ! “ , “ YA IBRAHIM ! “ , “ YA DAUD ! “ , akan tetapi apabila mahu dipanggil Baginda Nabi Muhammad s.a.w , maka Allah Ta’ala memanggil semulia-mulia makhluk ini dengan panggilan “ YA AIYUHAN NABI ! “ ( Wahai Nabi ! ) . Lihatlah betapa Allah Ta’ala mengajar kita agar beradab dengan manusia yang paling dikasihi dan dicintai oleh-Nya sendiri .

Kalau kita sendiri tidak reti BERADAB dengan manusia yang Allah Ta’ala sendiri beradab dengannya , maka siapakah kita sebenarnya ? . Bukankah hujah di atas adalah dalil bahawa kita WAJIB beradab dengan manusia yang dihormati dan diangkat kelebihannya sendiri oleh Allah Ta’ala “ ??? .

Adapun hujjah yang dipakai oleh golongan pertama di atas adalah TERTOLAK . Hadist tersebut TIDAK ADA ASALNYA di dalam mana-mana kitab hadist yang sahih .Ini dinyatakan sendiri oleh al-Imam al-‘Ajluni r.a seorang tokoh hadis yang telah mengarang kitab “ Kasyful Khafa’ Wa Muzilul Ilbas “ .

Bukan itu sahaja , lafaz hadis itu sendiri TIDAK BERSESUAIAN dengan kaedah-kaedah Bahasa Arab ( Ilmu Nahu ) . Sepatutnya hadis itu berbunyi :


áÇó ÊõÓóæöøÏõæäöí Ýöí ÇáÕøóáÇÉö

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

KESIMPULANNYA :

1 ~ Sebagai mana yang kami nyatakan di atas , topik ini memang pernah menjadi topik pertikaian di kalangan ulama’ silam dan sayangnya ia diwarisi pula oleh umat Islam di zaman moden . Setiap pihak sama ada pro ataupun kontra sama-sama sanggup “ memerah otak “ untuk mematahkan hujah lawannya . Bahkan , mereka sanggup pula “ meluangkan masa “ untuk menulis satu kitab yang tebal yang bakal digunakan untuk menentang hujah lawannya .

Bagi kami di al-Ahkam Online ini , SEPATUTNYA era pertikaian seperti ini sudah tamat . Ataupun dalam kata lain ia sudah TIDAK RELEVAN lagi dengan suasana umat Islam yang memerlukan bimbingan para ulama’ , bukannya memerlukan pertikaman lidah di kalangan mereka .

Mereka sanggup “ memerah otak “ dan “ meluangkan masa “ berdebat mengenai masalah seperti ini , tapi malangnya …..mereka tidak sanggup pula “ memerah otak “ dan “ meluangkan masa “ untuk berbincang di kalangan para ulama’ ( hatta lawannya ) bagaimanakah hendak menarik umat Islam kesemuanya mendirikan solat .

Meninggalkan solat , sudah terbukti HARAM , BERDOSA bahkan SATU KEKUFURAN !!! .

Mengucapkan “ saiyidina “ di dalam solat ataupun meninggalkannya , BELUM TENTU LAGI boleh menyebabkan Haram , Berdosa dan apatah lagi untuk menjadikan seseorang pengucapnya sebagai Kufur !!! .

Di antara dua perkara itu , yang mana satukah LEBIH UTAMA diselesaikan dan LEBIH PATUT digembelingkan tenaga ke arah mencari jawapannya !? .

Apakah kita sudah terlupa dan teralpa daripada apa yang kita pelajari daripada ‘ FIQH al-AWLAWIYYAT “ ( Kefahaman Mengenai Apakah Perkara Yang Lebih Utama ) ??? .

2 – Tidak menggunakan “ SAIYIDINA “ untuk Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidaklah menunjukkan bahawa perbuatan itu TIDAK BERADAB, cuma penggunaan lafaz “ SAIYIDINA “ itu LEBIH BERADAB . ( Bezakan di antara TIDAK BERADAB dengan KURANG BERADAB . Lebih beradab dengan Baginda Rasulullah s.a.w adalah satu anjuran agama Islam itu sendiri apatah lagi Baginda Rasulullah s.a.w diutuskan untuk menyempurnakan adab ( akhlak ) .

3 – Kedua-dua pihak , sama ada yang pro ataupun yang kontra dengan penggunaan lafaz “ SAIYIDINA “ ini haruslah berlapang dada dan perkara ini adalah perkara furu’ Fiqh , bukannya masalah USUL hinggakan perlu dikerahkan segala tenaga dan kebolehan untuk “ berlawan “ sesama sendiri ! .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha
Jilid 1 , Bahagian 2 , Halaman 163 – 168 .
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah

2 ~ SJ – 2377 : MEMBEZA-BEZAKAN DI ANTARA PARA RASUL A.S
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11434


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
01 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
01 / Jun / 2003 M

AHAD – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum