SJ - 2706: Berjabat Tangan Selepas Solah

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2706: Berjabat Tangan Selepas Solah

Assalamualikum!
Ustaz, benarkah amalan berjabat tangan selepas solah fardhu sesama ahli jama'ah solat bukan amalan Rasul Allah dan para sahabat? Ada yang mengatakan pada saya ia merupakan amalan orang-orang berfahaman Syiah. Harap penjelasan daripada Ustaz.
:confused:WA

semutapi (not verified)
Re: Berjabat Tangan Selepas Solah

:salam
Saya hanya mencedok artikel dari Al Fadhil Master Sifu kita....terima kasih kepada Sifu dan Al Ahkam

HUKUM BERJABAT TANGAN
zain ys (Jun 1998)

Dari Huzaifah Ibnu Yamaan, dari Raulullah s.a.w., sabdanya:
Sesungguhnya seorang mukmin itu apabila bertemu dengan dengan seorang mukmin lain, lalu dia mengucapkan salam ke atasnya dan mengambil tangannya lalu dijabatnya, akan berguguranlah dosa-dosanya sebagaimana daun berguguran. (Riwayat al-Tabrani)

Hadis di atas mengajar kepada umat Islam tentang adab-adab ketika bertemu dengan saudara-saudaranya sesama muslim. Betapa besarnya fadilat, memberi salam dan berjabat tangan dengan saudara sesama orang beriman sekalipun yang tidak dikenali. Sehingga dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. akan berguguran dosa-dosanya sebagaimana gugurnya dedaunan.

Manakala di dalam sebuah hadis lain, dari Salman al-Farisi, dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu dengan saudaranya, lalu dia mengambil tangannya (berjabat tangan), akan berguguranlah dosa-dosanya sepertimana berguguran dedaunan dari pohonnya yang basah pada hari angin bertiup, dan kecuali akan diampunkan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan." (Riwayat al-Tabrani dengan sanad yang baik.)

Berguguran dosa di dalam hadis di atas membawa maksud pengampunan dosa. Dan dosa yang dimaksudkan di sini ialah dosa-dosa kecil.

Pembuktian bahawa berjabat tangan ini memang benar-benar telah diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w., dari Qatadah katanya:

Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a., adakah berjabat tangan di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.? Dia menjawab: Ya. (Riwayat Bukhari dan al-Tarmizi).

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa berjabat tangan adakah sunat hukumnya.

*********************
Begitu besarnya fadilat berjabat tangan, apakah rahsia di sebalik kebaikkannya? Berjabat tangan adalah penzahiran rasa cinta yang timbul dari hati, menimbulkan rasa kemesraan dan mampu memperteguhkan tali silatul rahim.

Jadi, berjabat tangan adalah salah satu dari unsur yang dapat memperhubungkan tali persaudaraan sesama muslim dan mempererat hubungan yang sedia ada. Asas yang digariskan oleh syariat Islam ialah memperhubung tali silatul rahim. Seseorang yang berbuat demikian, memang akan memperoleh ganjaran yang amat besar. Manakala mereka yang memutuskan tali persaudaraan, dosanya juga amatlah memedihkan. Malahan di dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w. telah mengecap sebagai mempunyai tanda sifat munafik bagi orang yang tidak bertegur dengan saudaranya (kerana berselisih faham) selama 3 hari.

*********************

Hadis di atas memberitakan tentang hukum berjabat tangan antara sesama mukmin apabila bertemu dengan saudara mukminnya yang lain. Tapi... Bagaimana pula hukum berjabat tangan selepas selesai mengerjakan sembahyang fardu sebagaimana yang telah diamalkan oleh di kebanyakkan negara Islam di dunia ini? Amalan ini sememangnya tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w., juga tidak dilakukan pada zaman khulafa' al-Rasyidin.

Mengenai perkara ini, para ulamak berselisih pendapat, antaranya ialah:

Pertama: Ibnu Taimiyah yang menghukumkan amalan berjabat tangan selepasa sembahyang sebagai makruh. Atas alasan ia tidak diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman khulafa' al-rasyidin.

Kedua: Al-Izz Abdul Salam mengatakan perbuatan itu mubah (dibolehkan) kerana tiadanya larangan dari melakukannya.

Ketiga: Al-Nawawi mengatakan asal hukum berjabat tangan adalah sunat, dan apabila kita melakukannya di dalam keadan-keadaan lain (selain dari bertemu saudaranya) tidak mengeluarkannya dari kesunnahan ini.
Oleh itu berjabat tangan selepas mengerjakan sembahyang adalah sunat.

Keempat: Di dalam kitab Ghidaa'ul albab karya al-Safarini mengatakan bahawa sebahagian ulamak mengatakan berjabat tangan selepas mengerjakan sembahyang adalah haram hukumnya.

*********************
Perbezaan pendapat antara ulamak di atas adalah kerana perbezaan pandangan mereka tentang persoalan apa itu bid'ah. Mereka yang memperluas ruang lingkup bid'ah sudah tentu mengatakannya sebagai makruh atau haram. Manakala yang mempersempit persoalan bid'ah, akan mengatakan bahawa ia adalah mubah ataupun sunat.

Memperluas soal-soal bid'ah ialah mereka yang mengatakan bahawa bid'ah itu tidak terbatas kepada hal-hal tertentu sahaja, malahan lebih luas dari itu, asal sahaja yang menyangkut persoalan ibadah.

Mempersempit pula adalah sebaliknya...

Wallahu a'lam.

zain y.s

Rujukan
Ahsanul Kalam vol 13- Syeikh Athiyah Saqar

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Berjabat Tangan Selepas Solah

:salam

Saya cuma ingin menyerlahkannya (highlight) sahaja) dengan sedikit `fine tune' yang tidak menjejaskan makna, supaya saya jelas -- maaf ye.

Quote:
Tapi... Bagaimana pula hukum berjabat tangan selepas selesai mengerjakan sembahyang fardu sebagaimana yang (sering) diamalkan oleh (umat Islam) di kebanyakan negara (umat) Islam di dunia ini?

Amalan ini sememangnya tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w., juga tidak dilakukan pada zaman khulafa' al-Rasyidin.

Mengenai perkara ini, para ulamak berselisih pendapat, antaranya ialah:

Pertama

Ibnu Taimiyah yang menghukumkan amalan berjabat tangan selepas sembahyang sebagai makruh atas alasan ia (berjabat tangan selepas sembahyang ) itu tidak diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman khulafa' al-rasyidin.

Kedua

Al-Izz Abdul Salam menyatakan bahawa perbuatan itu (berjabat tangan selepas semabahyang ) adalah mubah (dibolehkan) kerana tiadanya larangan daripada melakukannya.

Ketiga

Al-Nawawi menyatakan bahawa asal hukum berjabat tangan adalah sunat, dan apabila kita melakukannya di dalam keadaan-keadaan lain (selain ketika bertemu saudaranya) tidak mengeluarkannya daripada kesunnahan ini. Oleh itu berjabat tangan selepas mengerjakan sembahyang adalah sunat.

Keempat

Di dalam kitab Ghidaa'ul albab karya al-Safarini menyatakan bahawa sebahagian ulamak menyatakan bahawa berjabat tangan selepas mengerjakan sembahyang adalah haram hukumnya.

Mohon Syeikh Zain beri sedikit komen tentang perkataan-perkataan yang saya italikkan/condongkan agar lebih jelas kepada saya.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2706: Berjabat Tangan Selepas Solah

:wassalam
Komentar dan pelengkap:

Amalan berjabat salam selepas solat berjama'ah bukanlah amalan kaum Syi'ah tapi amalan orang melayu di Malaysia. Kenapa kita menduga-duga bahawa ia adalah amalan Syi'ah sedangkan anda melakukan saban hari!! Pengalaman saya ketika berada di USA dan Europe tidak pula mereka mengamalkan amalan berjabat salam selepas solat ini.
Solat yg lengkap ialah hadis Ali ra," pembuka solat ialah bersuci, pengharamannya ialah takbir dan penghalalnya ialah ucapan salam." (Abu Daud dan Termidzi: Sahih)
Selepas dari ucapan salam itu, maka apa jua perkara yg sering dilazimi (dilakukan) dengan berterusan memerlukan nas utk berbuat demikian, cthnya berjabat salam, ini kerana ulama' usyul menetapkan kaedah, Ibadah itu ditetapkan dgn nas." Jika jabat salam itu ibadah selepas ungkapan salam, maka dia hendaklah thabit dgn nas.
Inilah maksud Fatwa Syaykhul Islam Ibn Taymiya alHarani (Majmu' Fatawa Jld 23, ms 339)," berjabat salam mengiringi solat bukanlah suatu amalan berdasarkan sunnah, bahkan dia adalah bid'ah."
Kita tidak tahu bagaimana ia muncul dalam budaya Melayu, maka cara merubah kembali atau menghentikan amalan ini juga memerlukan ketelitian dan kesabaran, almaklumlah bila dah jadi tabi'at, maka tangan kita spontan saja bersalaman sebaik sahaja memberi lafaz salam. WA