SJ - 2723: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2723: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga

SJ-2611: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga
Jawab:
Kami begitu keliru dgn cara soalan ini di susun. Alangkah mudahnya kalau yg bertanya menggunakan simbol si A atau dirinya sendiri.
Cth: apakah saya ditakrifkan mahram dgn sepupu saya?
Cth kedua:
si A (lelaki) dan si B (perempuan) telah berkahwin)
apakah adik perempuan si A menjadi mahram pada si bapa saudara si B?
Jadi kami minta anda susun kembali secara sistematik.
mengenai mahram, ada dua ayat yg menjelaskan siapa mahram: lihat AQ 24: 31 dan AQ 4: 23 WA

______________________________________________________________________

:salam

Maafkan saya di atas kekeliruan yang disebabkan susun atur soalan saya. Saya lebih suka membuat soalan yang ringkas supaya tidak lari maksud soalan tersebut untuk difaham. Tetapi nampaknya tidak berkesan. Maka di sini saya cuba huraikan soalan tersebut.

Apakah hukum aurat (pandangan) dan sentuhan (bersalaman) dengan:

1. Ipar perempuan kepada Ibubapa (Isteri bapa saudara)?

- Antara saya dengan (emak saudara) ipar perempuan ibu bapa saya. Isteri kepada adik/abang ibubapa saya.

2. Sepupu perempuan kepada Ibubapa?

- Antara saya dengan (emak saudara) sepupu perempuan ibu bapa saya.

3. Adik-beradik perempuan kepada mertua (Saudara kandung)?

- Antara saya dengan (emak saudara) adik perempuan mertua saya. Adik-beradik seibu sebapa dengannya.

4. Sepupu perempuan kepada mertua.

- Antara saya dengan (emak saudara) sepupu mertua saya. Adik beradik bukan seibu sebapa dengannya.

Kesimpulannya, soalan-soalan saya berkisarkan tentang hubungan anak saudara dan emak saudara. Saya harap ustaz dapat memahami semua soalan saya.

Sekian, harap maaf.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2723: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga

:wassalam
Jawab:

kami minta ma'af kerana mengambil masa yg lama utk meneliti kes ini. Dukacita dimaklumkan, sampai sudah saya tidak dapat memahami hal ini memandangkan saya tak pasti Aswad ni lelaki atau perempuan.
Utk itu saya akan menjelaskan mahram dalam Islam secara keseluruhan dan anda sendirilah yg menentukan berdasarkan scoping yg saya lakarkan ini.
Andaikan anda seorang lelaki....
Mahram dalam Islam ini ada yg bersifat mu'abbad (kekal) dan ada mahram yg bersifat sementara (mu'aqqat)

A. Mahram kekal ada tiga kelompok:
1. Mahram kerana nasab (keturunan)
i) ibu kandung
ii) anak perempuan
iii) anak perempuan dari saudara lelaki
iv) anak perempuan dari saudara perempuan
v) ibu saudara dari sebelah ibu
vi) ibu saudara dari sebelah bapa
Dalil: anNisaa': 23

2. Mahram kerana rada' (susuan)
i) Ibu susuan
ii) saudara perempuan susuan
iii) anak perempuan dari saudara lelaki susuan
iv) anak perempuan dari saudara perempuan susuan
v) ibu saudara perempuan sebelah ibu
vi) ibu saudara perempuan sebelah bapa
v) anak perempuan susuan
Dalil: AQ 4: 23
Hadis Muttafaq alayh (Haram dgn sebab susuan sesuatu yg haram dgn sebab keturunan)
3. Mahram kerana musaharah (ikatan perkahwinan)
i) ibu mertua
ii) anak tirinya
iii) ibu tirinya
iv) menantunya
(Sumber: Mustafa alBugho, Fiqh alManhaji, Damsyiq, Dar alQalam (1987), ms 25)
Ke tiga-tiga kategori mahram Mu'abbad (kekal) ini aurat ialah minima sahaja dan tidak batal bersentuh (syafi'iyah)

B. Mahram Mu'aqqat (sementara)
1. saudara perempuan isteri
AQ 4: 23
2. saudara perempuan bapa mertua dan saudara perempuan ibu mertua
Dalil: Muttafaq alayh ( Tidak boleh dikumpulkan seorang perempuan dgn 'ammah (ibu saudara sebelah bapanya) dan perempuan khallatnya (ibu saudara sebelah ibu)

Perempuan yg mahram sementara ini auratnya sama spt wanita asing dan batal jika bersentuh mengikut madzhab syafi'iy.

Jadi anda kena jawab sendiri: apakah aku haram berkahwin dgn perempuan itu buat selama-lamanya atau buat sementara waktu...Inilah yg terbaik yg dapat kami lakukan. WA