SJ - 2724 : Berdehem ketika Solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2724 : Berdehem ketika Solat

:salam kepada ahli panel dan kengkawan,

Diharap dapat memberi penerangan mengenai:

1)Berdehem yang membatalkan solat.

2)Kaedah menegur imam yang terlupa ketika solat.

:wassalam
:bash

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2724 : Berdehem ketika Solat

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah, kami akan cuba menjawab soalan diatas dengan kadar kemampuan yang ada.

Bab berdehem [="#0000ff" size="4"](ÇáÊäÍäÍ) atau 'hemming' atau 'melegakan tekak' merupakan bab yang dibincangkan didalam perkara-perkara yang membatalkan solat. Ada yang mengkategorikannya didalam bahagian 'berkata-kata' didalam solat. Menurut Dr Wahbah Zuhaily (Fiqh Islami, 2/6):"Diantara perkataan yang boleh membatalkan solat ialah mengeluarkan suara seperti berdehem tanpa sebarang keuzuran, jika ia mengandungi dua huruf atau lebih. Ketawa, mengerang, mengeluarkan perkataan 'Ulf' dan menangis jika perkataan itu boleh didengari, kecuali ia dikeluarkan akibat sakit atau takut kepada Allah swt. Salah satu dalilnya dari Hadith Nabi saw :

[="#800000" size="3"]Åä åÐå ÇáÕáÇÉ áÇ íÕáÍ ÝíåÇ ÔíÁ ãä ßáÇã ÇáäÇÓ¡ ÅäãÇ åí ÇáÊÓÈíÍ æÇáÊßÈíÑ æÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä.
'Sesungguhnya solat tidak boleh dicampurkan dengan apa jua perkataan, akan tetapi ia merupakan Tasbih, Takbir dan Bacaan Al-Quran' - (Riwayat Ahmad, Muslim, Al-Nasaa'i dan Abu Daud) " [1]

Hukum berdehem yang boleh membatalkan solat berbeza menurut Mazhab jika diteliti secara teknikal. Disini kita memetik dari buku 'Kitab Mazhab Empat' oleh Abdul Rahman Al-Jaziry untuk memaparkan pandangan dari mazhab Hanbali, Hanafi, Maliki dan Syafie.
-----------------------

Menurut Sheikh Abdul Rahman Al-Jaziry (Mazaahib Arba'ah : 1/243) [2]:

[="#0000ff" size="3"]æãä ÇáßáÇã ÇáãÈØá ÇáÊäÍäÍ ÅÐÇ ÈÇä ãäå ÍÑÝÇä ÝÃßËÑ æÅäãÇ íÈØá ÇáÕáÇÉ ÅÐÇ ßÇä áÛíÑ ÍÇÎÉ ÝÅä ßÇä áÍÇÌÉ ßÊÍÓíä ÕæÊå ÍÊì ÊÎÑÌ ÇáÞÑÇÁÉ ãä ãÎÇÑÌåÇ ÊÇãÉ¡ Ãæ íåÊÏì ÅãÇãå Åáì ÇáÕæÇÈ æäÍæ Ðáß ÝÅäå áÇ íÈØá¡ æßÐÇ ÅÐÇ ßÇä äÇÔÆÇ ÈÏÇÝÚ ØÈíÚì¡ ÝÅäå áÇ íÈØá ÚäÏ ÇáÍäÝíÉ æÇáÍäÇÈáÉ ãÇ ÏÇã áÍÇÌÉ æÊæÓÚ ÇáãÇáßíÉ æÇáÔÇÝÚíÉ..
"Berdehem adalah dari perkataan yang membatalkan, jika keluar darinya 2 huruf atau lebih dan ia membatalkan solat jika dilakukan tanpa hajat, maka jika dilakukan dengan hajat seperti memperbaiki suaranya untuk mengeluarkan mahraj bacaannya, atau Imam memberi petunjuk atau sebagainya, maka itu tidaklah membatalkan. Dan jika ia dihasilkan dengan faktor tabie/tabiat (habit), maka ia tidak batal disisi Hanafiyah dan Hanbali selagi mana ada hajat dan Mazhab Maliki dan Syafie perlu dipanjangkan perbincangannya (didalam diskusi selanjutnya)."

Pandangan Mazhab Maliki:

[="#0000ff" size="3"]ÇáÊäÍäÍ áÇ íÈØá ÇáÕáÇÉ¡ æÅä ÇÔÊãá Úáì ÍÑæÝ ãÈØáÉ¡ ÓæÇÁ ßÇä áÍÇÌÉ Ãæ áÛíÑ ÍÇÌÉ Úáì ÇáãÎÊÇÑ¡ ãÇ áã íßä ßËíÑÇ¡ Ãæ ÊáÇÚÈÇ æÅáÇ ÃÈØá.
"Berdehem tidak membatalkan solat, dan ini termasuklah huruf-huruf yang membatalkan, samada dilakukan dengan hajat yang tertentu atau tidak, tetapi tidak dengan banyak, atau bermain, melainkan ia akan membatalkan."

Pandangan Mazhab Syafie :

[="#0000ff" size="3"]íÚÝì Úä ÇáÞáíá ãä ÇáÊäÍäÍ ÅÐÇ áã íÓÊØÚ ÑÏå ÅáÇ ÅÐÇ ßÇä ãÑÖÇ ãáÇÒãÇ¡ ÈÍíË áÇ íÎáæ ÇáÔÎÕ ãäå ÒãäÇ íÓÚ ÇáÕáÇÉ æÅáÇ ÝáÇ íÖÑ ßËíÑå ÃíÖÇ. æßÐáß Åä ÊÚÐÑ Úáíå ÇáäØÞ ÈÑßä Þæáì ãä ÃÑßÇä ÇáÕáÇÉ¡ ßÞÑÇÁÉ ÇáÝÇÊÍÉ¡ ÝÅä ÇáÊäÍäÍ ÇáßËíÑ áÃÌá Ãä íÊãßä ãä ÞÑÇÁÊåÇ áÇ íÖÑ¡ ÃãÇ Åä ÊÚÐÑ ÇáäØÞ ÈÓäÉ¡ ÝÅä ÇáÊäÍäÍ ÇáßËíÑ áÇ íÛÊÝÑ ÝíåÇ
"Di maafkan sedikit dari berdehem, jika tidak mampu menolaknya melainkan sakit yang dialami, dimana seseorang itu tidak merasakan kosong didalam solat, ia tidak merosakkan (solat) jika dengan banyaknya juga. Dan jika ia uzur dari melakukan sebutan di rukun qauliyah dari rukun Solat, seperti membaca Al-Fatihah, maka berdehem walaupun banyak untuk tujuan bacaan tidaklah mengapa, tetapi bagi uzur sebutan dimasa bacaan sunat, maka berdehem banyak tidak dimaafkan baginya."

--------------------------
Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah didalam Majmu' Fatawa, Kitab Solat (Jilid 22, ms 616) telah membahagikan Lafaz perkataan kepada 3 jenis[3]:

1. Mempunyai makna yang langsung dengan situasi sebagaimana dirinya, seperti tangan [="#0000ff" size="3"](íÏ), darah [="#0000ff" size="3"](Ïã), mulut [="#0000ff" size="3"](Ýã) atau ambil [="#0000ff" size="3"](ÎÐ).
2. Mempunyai makna yang tabie/kebiasaan sebagaimana mengeluh, mengerang, menangis dan serupa dengannya.
3. Tidak mempunyai makna yang langsung baik dari segi situasi(keadaan) atau tabie seperti berdehem, bersin dsb.

Maka Ibnu Taimiyah juga membahagikan pandangan-pandang berdehem ini kepada 3 bahagian :

1. Sesungguhnya tidak batal solat dengan HAL, ini adalah perkataan Abu Yusuf , salah satu riwayat dari Malik dan mazhab beliau.
2. Batal solat dengan apa-apa hal, dan ini adalah perkataan Syafie dan salah satu dari pandangan Mazhab Ahmad dan Malik.
3. Jika berlaku kerana uzur maka tidak batal, dan ini adalah qaul Hanifah dan selainnya dan mereka b erkata : Sesunggunya mempercantikkan suara untuk solat, Tidak membatalkan.

Menurut Ibnu Taimiyah lagi :

Yang membatalkan solat (seperti pandangan no:2) mengatakan telah keluar 2 huruf atau lebih, maka jika satu huruf sahaja adalah tidak mengapa. Beliau memberi kesimpulan bahawa :

[="#0000ff" size="3"]ÇáäÍäÍÉ áÇ ÊÏÎá Ýí ãÓãì ÇáßáÇã ÃÕáÇ¡ ÝÇäåÇ áÇ ÊÏá ÈäÝÓåÇ¡ æáÇ ãÚ ÛíÑåÇ ãä ÇáÃáÝÇÙ Úáì ãÚäì¡ æáÇ íÓãì ÝÇÚáåÇ ãÊßáãÇ æÇäãÇ íÝåã ãÑÇÏå ÈÞÑíäÉ¡ ÝÕÇÑÊ ßÇÔÇÑÉ.
"Berdehem tidaklah dimasukkan didalam makna KALAM (berkata-kata) pada asalnya, maka ia bukanlah langsung kepada dirinya, dan Tidaklah bersama selainnya dari lafaz yang membawa makna, tidak tidak dinamakan perkara yang ucap oleh pembuatnya dan menerangkan matlamat context, maka ia menjadi isyarat". [22/617]

Dengan kata lain, Ibnu Taimiyah tidak melihat bahawa berdehem ini termasuk membatalkkan solat, kerana ia bukanlah dari jenis perkataan. Akan tetapi, beliau menegaskan bahawa berdehem yang disengajakan dan dilakukan dengan banyak akan menjejaskan kekhusyukkan solat.

----------------------
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz juga berpendapat bahawa berdehem ini tidak membatalkan solat, akan tetapi jika ia dilakukan dengan sengaja (tanpa hajat) maka hukumnya adalah makruh, Kata beliau didalam Majmu' fatwa nombor 233 [4]:

[="#0000ff" size="3"]ÇáäÍäÍÉ æÇáäÝÎ æÇáÈßÇÁ ßáåÇ áÇÊÈØá ÇáÕáÇÉ¡ æáÇ ÍÑÌ ÝíåÇ ÅÐÇ ÏÚÊ ÅáíåÇ ÇáÍÇÌÉ¡ æíßÑå ÝÚáíåÇ áÛíÑ ÍÇÌÉ.
"Berdehem, meniup dan menangis, kesemuanya tidak membatalkan solat, dan tidak ada bantahan jika ada keperluan hajat keatasnya, dan makruh keatasnya jika dilakukan tanpa hajat. "

Cuma apa yang menjadi kesalahan ialah, berdehem kerana ingin membetulkan Imam. Ini dianggapkan sebagai satu kesalahan didalam solat. Kata Al-Minshawi didalam Kitab Kesalahan orang yang bersolat [5]:

[="#0000ff" size="3"]íáÌà ÈÚÖ ÇáäÇÓ Åáì ÇáÊäÍäÍ ÈÛíÑ ÚÐÑ áÅÚáÇã ÇáäÇÓ Ãäå Ýí ÕáÇÉ Ãæ ÅÚáÇã ÇáÅãÇã Ãäå ÞÏ ÃØÇá Ýí ÞÑÇÁÊå¡ æåÐ ãä ÃÎØÇÆåã Ýí ÕáÇÉ
"Telah datang sebahagian manusia yang melakukan berdehem selain dari uzur untuk memaklumkan kepada manusia sesungguhnya ia didalam solat atau memaklumkan Imam seseungguhnya di mempunyai kesalahan didalam bacaannya, dan ini merupakan kesalahan mereka didalam solat."
-------------------

Jawapan Soalan 1 :
Bagi menyimpulkan padangan mazhab yang empat, dipaparkan disini pandangan kumpulan Mufti Islam Online :

[="#0000ff" size="3"]ÃãÇ ÈÎÕæÕ ãÇ æÑÏ Ýí ÑÓÇáÊß ÝÐåÈ ÌãåæÑ ÇáÝÞåÇÁ ÇáÍäÝíÉ æÇáãÇáßíÉ æÇáÔÇÝÚíÉ æÇáÍäÇÈáÉ Åáì ÇáäÍäÍÉ Ýí ÇáÕáÇÉ ÅÐÇ ßÇäÊ áÍÇÌÉ Ãæ ÚÐÑ ÝáÇ ÊÈØá ÇáÕáÇÉ¡ æãä Ðáß ãä ÊäÍäÍ áÊÍÓíä ÕæÊå Ýí ÇáÕáÇÉ¡ Ãæ ÊäÍäÍ áíÚáã ãä íäÇÏí Úáíå Ãäå Ýí ÇáÕáÇÉ Ãæ ÛáÈå ØÈÚå¡ ÃãÇ ÅÐÇ ßÇä ÇáÊäÍäÍ ÚãÏÇ Ýí ÇáÕáÇÉ áÛíÑ ÚÐÑ Ãæ áÛíÑ ÍÇÌÉ ÝÅäåÇ ÊÈØá ÇáÕáÇÉ ÚäÏ ÌãåæÑ ÇáÝÞåÇÁ
"Bagi perkara berkenaan yang warid dari risalah, maka mazhab jumhur fuqaha' Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali menghukumkan berdehem didalam solat jika kerana HAJAT atau UZUR maka tidak batal solat, dan termasuklah berdehem untuk membaikkan suara didalam solat, atau berdehem bagi yang memberitahu akan ia sedang bersolat, atau tabiat kebiasaan yang tdak dapat diatasi. Manakala berdehem dengan sengaja didalam solat, tanpa uzur atau tanpa hajat, maka batallah solat menurut jumhur fuqaha'.[6]"

Namum demikan ulama salaf berpendapat bahawa berdehem tidak membatalkan solat, akan tetapi jika ia dilakukan tanpa hajat maka hukumnya adalah makruh dan ia akan menjejaskan kekhyusukkan didalam solat.

Jawapan Soalan 2:
Sebagaimana yang telah di perkatakan oleh Muhammad Sideq Al-Minshawi {Akhtahu Al-Musoliin, 73) (yang telah dijelaskan oleh Ibnu Taimiyah didalam fatwa Solat) bahawa berdehem bukanlah caranya untuk menegur Imam yang terlupa didalam solat.cara menegur Imam telah dijelaskan didalam sebuah hadith :

Dari Saha bin Sa'ed Al-Saa'adi, Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ãä äÇÈå ÔíÁ Ýí ÕáÇÊå ÝáíÞá : ÓÈÍÇä Çááå¡ ÅäãÇ ÇáÊÕÝíÞ ááäÓÇÁ¡ æÇáÊÓÈíÍ ááÑÌÇá
"[Jika] dilihat sesuatu [kelupaan] didalam Solat maka katakanlah : Subhana Allah, tetapi hendak menepuk tangan bagi kaum perempuan, dan bertasbih bagi kaum lelaki" - Hadith Sahih riwayat Bukhari 1/175.

wallahu 'alam

-wassalam-

----------
Rujukan :

1] Dr Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - Jilid 2. Cetakan ke 3. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989.

2] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-fiqhu 'ala al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Kaherah : Dar Al-Manar, 1999.

3] Mohammad bin abdul Rahman Qasim. Majmu' fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

4] Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Samaahah Al-Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz - 4. cetakan 1. Riyad : Dar Al-Watan, 1995. ms 247

5] Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhtha'u Al-Musholiin. Kaherah : Islamiyyah Inc, 1996, ms 73.

6] Kumpulan Mufti Islam Online. Fatwa Berdehem url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=70138

خيرالأمين