:salam :sumo
Saya ada kemusykilan mengenai turutan surah yang dibaca ketika melakukan solat fardhu..
Ada yang mengatakan dalam rakaat pertama kita baca surah atau mana2 ayat yang panjang dahulu kemudian di rakaat kedua kita baca surah atau ayat yang pendek sedikit daripada rakaat pertama..
Ada pula yang mengatakan dalam rakaat pertama kita baca surah yang terdahulu daripada surah yang dibaca di rakaat kedua.. contohnya dalam rakaat pertama dibacakan surah ad-Dhuha dahulu.. kemudian di rakaat kedua dibacakan surah 'Alam Nasyrah..harap ustaz dapat selesaikan kemusykilan saya ini.. :wassalam :sumo
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2732: Bacaan surah dalam solat..
Primary tabs
Fri, 04/07/2003 - 4:52am
#1
SJ - 2732: Bacaan surah dalam solat..
:wassalam
Jawab:
Kami mengambil masa meneliti masalah anda dan tidak menjawabnya dengan kadar segera kerana ia adalah masalah khilafiah dan jika kita nak menulis jawapan yg rajih-marjuh akan mengambil ruang yg banyak.Maka kita simpulkan secara ringkas sebagai panduan:
1. Solat Subuh
Average ayat yg dibaca Nabi saw ialah 60-100 ayat utk kedua-dua raka'at itu (Bukhari, alSahih: 2/251; Muslim, alSahih: 4/179). Surah2 yg pernah dibaca:
a. S. Qaf (45 ayat) (Muslim, alSahih: 4/179)
b. alWaqi'ah (96 ayat) Ahmad, alMusnad: 3/333
c. al Fath (29 ayat), Abd Razzak, alMusannaf: 2/118
d. alMu'minun (118 ayat) Muslim, alSahih: 4/177
e. S Thur (49 ayat) Bukhari, alSahih: 3/480
f. S Rum (60 ayat) Ahmad, Musnad: 3/471
g. S Yaasin (83 ayat) Ahmad, alMusnad: 4/34
h. asySyaafaat (182 ayat) (Ahmad, alMusnad)
i. Sajdah (30 ayat), alInsan (31 ayat) pagi Juma'at (muttafaq alaih (subulus salam: 1/242)
Komentar Syaikhul Islam Ibn Taymiya (Iqtidha'/101) ijma' fuqaha' menetapkan sunnah di baca surah panjang pada solat Subuh.
2. Zuhr
Average 30 ayat pada raka'at pertama dan kedua (Muslim, alSahih: 4/172)
antara surah2 pilihan Nabi saw: asSajdah (30 ayat), atThoriq (17 ayat), al Buruj (22 ayat), alLail (21 ayat) dari atTermidzi, Abu Daud dan Sahih ibn Khuzaymah (1/67/#2)
3. 'Asr
Average bilangan ayat (separuh dari solat Zuhur, average 15 ayat seraka'at) (alMuhaddith Albani, Sifat Solatun Nabiy)
4. Maghrib
Ahli hadis menetapkan surah2 yg sederhana panjang, cth:
S atThur (49 ayat) Bukhari: 2/243; Muslim: 4/180
S Muhammad (38 ayat) Tabarani (M_Sagheer: 1/45)
S. Mursalat (50 ayat) Bukhari: 2/246 Muslim (4/180)
S alAnfal (75 ayat) Tabarani, M-alKabeer: 5/137
Kecuali Madzhab Syafi'iy menetapkan sebaliknya:
menurut madzhab ini, oleh kerana waktu Maghrib itu pantas/singkat, disunnatkan membaca surah2 pendek sahaja (anNawawi, Raudhah Toolibin: 1/181)
Albani (ibid) membolehkan surah sederhana panjang dan pendek kerana terdapat nas utk berbuat demikian
5. 'Isya'
Sunnah membaca surah2 yg sederhana panjang, Cth:
asySyams (15 ayat) Ahmad, Termidzi
al Insyiqaq (25 ayat) muttafaq alayh
al'A'ala, al_'Alaq, dan alLayl (Irwa' alGhaleel: # 295)
Adapun kemusykilan anda bahawa kena baca raka'at pertama panjang sikit dari raka'at kedua itu biasa dilakukan supaya makmum sempat mendapatkan Imam terutama solat Subuh dan Zuhur (Albani, ibid) WA