SJ - 2738 : [U] cd writer/copy/hak cipta 2

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2738 : [U] cd writer/copy/hak cipta 2

:salam

Al Fadhil Ustaz Kamin ada menjelaskan bab hakcipta ini dlm jawapan soal jawab agama sblm ini. Saya ada sedikit kemusykilan :

1. Kawan saya mempunyai CD pengajian/ceramah/forum yg berkaitan dgn agama Islam. Bolehkah saya 'copy' CD tersebut utk simpanan peribadi dan utk rujukan, saya pernah copy CD dan isinya amat bagus. Penceramahnya adalah Ustaz Rasul Dahri dan Dr. Yassin kalau tak silap saya,terbitan/edaran salafi (Ahli Sunnah Waljamaah & Bidaah Hasanah?). Agak susah juga utk mendapatkan CD tersebut di Perak ni. Bagaimana dgn CD yg telah pun kita copy perlukah kita membuangnya, sedangkan kandungannya amat berguna utk rujukan agama.

2. CD games, perisian milik US/yahudi. Kalau kita beli yg original dia dpt royalti/untung. Sedangkan mereka ini amat anti kepada islam.

wallahualam. :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2738 : [U] cd writer/copy/hak cipta 2

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt yang telah memberi sedikit kelapangan untuk menjawab soalan semutapi. Insyaallah kami akan menjawabnya dengan kadar yang mampu.

Kalau sdr Semutapi meneliti kembali perbincangan yang telah di bincangkan oleh kedua-dua al-Fadhil Fiqh kita (Ustaz THTL and Ustaz Pendekar) bersekitaran dengan perisian (software) cetak rompak, sudah tentu dapat menjawab soalan (1) dan juga soalan (2) diatas. Disini saya cuba memaparkan urlnya kembali bagi tujuan muraaja'ah (merujuk) kembali.

1. SJ - 2213 : HUKUM MEMBUKA CYBER CAFE & MENGGUNAKAN PROGRAM SOFTWARE “ CETAK-ROMPAK “
2. SJ-1831: Penyusunan maklumat ke dalam CD
3. SJ-1527: [U] cetak rompak
4. SJ-2678 : Menciplak karya orang lain

==============
1. Bolehkan di'copy' CD/VCD bagi tujuan pribadi?

Disini kami memaparkan beberapa pandangan ulama' mengenainya.

Berkata Ibnu Utsaimin :

[="#0000ff" size="3"]æÞÏ æÑÏäÇ ãä ÇáÔíÎ ãÍãÏ Èä ÕÇáÍ ÇáÚËíãíä Ýí åÐå ÇáãÓÃáÉ ãÇ íáí :
íõÊÈÚ ÝíåÇ ãÇ ÌÑì Èå ÇáÚõÑÝ ¡ Çááåã ÅáÇ ÔÎÕ íÑíÏ Ãä íäÓÎåÇ áäÝÓå æáã íäÕø ÇáÐí ßÊÈåÇ ÃæáÇð Úáì ãäÚ ÇáäÓÎ ÇáÎÇÕ æÇáÚÇã ÝÃÑÌæ Ãä áÇ íßæä Èå ÈÃÓ ¡ ÃãÇ ÅÐ äÕø ÇáÔÎÕ ÇáÐí ßÊÈåÇ ÃæáÇð Úáì ÇáãäÚ ÇáÎÇÕø æÇáÚÇãø ÝáÇ íÌæÒ ãØáÞÇ .

"Sheikh Utsaimin tela menyatakan mengenai masalah ini bahawa apa sahaja kepunyaan seseorang itu adalah kepunyaannya, melainkan jika pengguna itu ingin menyalinkannya untuk tujuan sendiri atau pemegang hakcipta tidak melarang perisiannya disalin bagi tujuan pribadi atau umum. Walaubagaimana pun jika pemegang hakcipta menyatakan secara khusus syarat-syaratnya, iaitu melarang penyalinan bagi tujuan pribadi atau umum, maka tidaklah dibenarkan secara mutlak"[1]

Menurut Sheikh Sa’d al-Humayd pula :

[="#0000ff" size="3"]äÓÎ ßÊÇÈ Ãæ ÞÑÕ ÈÛÑÖ ÇáãÊÇÌÑÉ æãÖÇÑøÉ ÕÇÍÈå ÇáÃÕáí áÇ íÌæÒ . ÃãÇ ÅÐÇ äÓÎ ÇáÅäÓÇä äÓÎÉ æÇÍÏÉ áäÝÓå ÝäÑÌæ ÃáÇ íßæä ÈÐáß ÈÃÓ ¡ æÊÑßå Ãæáì æÃÍÓä .
"Melakukan fotostat keatas buku atau meyalin cakera bagi tujuan menjual atau menguris hak pengarang asal tidaklah dibenarkan. Akan tetapi membuat satu salinan untuk kegunaan sendiri, maka kami harap ia tidaklah mengapa, walaupun adalah lebih baik meninggalkannya".[2]

Menurut Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Akademik dan Penyelidikan Saudi (Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 13/187) fatwa no: 18845 bahawa[3] :

[="#0000ff" size="3"]áÇ ãÇäÚ ãä ÊÓÌíá ÇáÃÔÑØÉ ÇáäÇÝÚÉ æÈíÚåÇ ¡ æÊÕæíÑ ÇáßÊÈ æÈíÚåÇ ¡ áãÇ Ýí Ðáß ãä ÇáÅÚÇäÉ Úáì äÔÑ ÇáÚáã ÅáÇ ÅÐÇ ßÇä ÃÕÍÇÈåÇ íãäÚæä ãä Ðáß ÝáÇ ÈÏ ãä ÅÐäåã .
"Tidaklah ditegah menyalin dan menjual pita-pita yang berguna, menyalin dan menjual buku, kerana ia merupakan satu usaha menyebarkan ilmu pengetahuan, melainkan pengarangnya telah menyatakan bahawa ia adalah dilarang, dengan ini ia tidak boleh dilakukan tanpa keizinan mereka"

Kesimpulan yang boleh kita rumuskan ialah, boleh menyalin CD/VCD bagi tujuan pribadi, melainkan pemilik hakcipta secara detailnya menyatakan "Anda dilarang menyalin bagi tujuan pribadi, umum dan kormersial", maka dengan ini penyalinan tidak dibolehkan. Maka elok jugalah kita merujuk kembali kepada statement yang terpapar di CD atau VCD tersebut.

2. CD atau VCD orang kafir, bolehkah kita 'copy'?

Didalam Fatwa Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Akademik dan Penyelidikan Saudi (13/188), fatwa no: 18453, bahawa tidak boleh menyalin perisian melainkan dengan izin hak pencipta orang Islam atau Kafir bukan harbi, iaitu orang kafir yang tidak terlibat dengan peperangan dengan orang Islam.

[="#0000ff" size="3"]æÞæáå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : " ãä ÓÈÞ Åáì ãÈÇÍ Ýåæ ÃÍÞø Èå " ¡ ÓæÇÁ ßÇä ÕÇÍÈ åÐå ÇáÈÑÇãÌ ãÓáãÇ Ãæ ßÇÝÑÇ ÛíÑ ÍÑÈí áÃäø ÍÞø ÇáßÇÝÑ ÛíÑ ÇáÍÑÈíø ãÍÊÑã ßÍÞø ÇáãÓáã .
"Bersabda Nabi saw :{Barangsiapa yang memperolehi mubah (sesuatu yang halal) maka ia berhak memilikinya}. Ini termasuklah bagi orang Islam dan kafir bukan Harbi! Sesungguhnya hak seorang kafir bukan harbi dihormati sebagaimana hak orang Islam"[3].

Dengan kata lain, jika pihak kafir ini memusuhi Islam, maka tidaklah menjadi kesalahan menyalin CD atau VCD mereka.

-------
Diharap dapat menjawab soalan yang sdr Semutapi kemukakan. wallahu 'alam

-wassalam-

=======
Rujukan:

1 Sheikh Muhammad bin Salih Al-'Uthaimeen. Hakcipta perisian komputer. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=454&dgn=3&dgn=2

2. Sheikh Sa’d al-Humayd. Fotostat dan copy CD. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=21927&dgn=3&dgn=2

3. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah - 13. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'yad, 2000. ms 187, 188.

خيرالأمين