SJ - 2773: Isbal

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2773: Isbal

Saya pernah bertanya soalan mengenai perkara di atas di dlm SJ 1774. Al-Fadhil Ustaz THTL menjawab dlm jawapannya spt berikut:

"Jawab"
Mari kita lihat dalilnya:
HR Bukhari-Muslim, satu dari Ibn Umar dan satu lagi dari Abu Hurairah ra. Kedua-dua hadis itu ada secara jelas menyebut," mengheret kain kerana sombong."
Imam Syawkani (Nailool Awthor 2/111) melabuhkan isbal (hujung kain) dengan tujuan kesombongan itulah yg haram. Jika bukan untuk tujuan itu maka dibolehkan. Dalam erti kata, sunnah berpakaian ialah tidak melabuhkan hujungnya. Syafi'ah: pendapat yg asah dalam madzhab ini ialah makruh melabuhkan kain. (Raudhah Nadhiah 2/216)
P/N: pakaian yg labuh dan mengheret bumi ini adalah pakaian bangsawan di zaman silam dan hari ini tidak ujud lagi. Allahu a'alam
--------------------------------------------------------------------
Akan tetapi di dalam kiriman artikel bertajuk "Hukum Memakai Kain Di Bawah Mata Kaki (Isbal)" di dalam Al-ahkam online juga, antara teks nya ialah:

"Memang ada sebahagian orang yang bila ditegur perbuatan Isbal yang dilakukannya, dia berkata: Saya tidak melakuakan hal ini kerana sombong."

"Maka kita katakan kepada orang ini : Isbal ada dua jenis, iaitu jenis hukumannya ; adalah bila seseorang melakukannya kerana sombong maka dia tidak akan diajak bicara oleh Allah Subhanahu wa Taala dan mendapatkan siksa yang sangat pedih. berbeza dengan orang yang melakukan Isbal tidak kerana sombong. orang ini akan mendapatkan adzab, tetapi ia masih di ajak bicara, dilihat dan dibersihkan dosanya. Demikian kita katakan kepadanya. (diambil dari As'ilah Muhimmah Syaikh Muhammad Ibn Soleh Utsaimin)"

Soalan saya: Adakah para fuqaha' berselisih pendapat dlm hal ini? Manakah pendapat yg lebih rajih? Jzk. :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Isbal

Salam,

Dalam berinteraksi dgn dalil kita kena faham asbab wurud al-hadith, kenapa hadith itu disabdakan seperti Asbabun Nuzul Quran, sebab ayah al-quran diturunkan.

Dalam hal ini, hukum yang terdapat dalam sesuatu dalil sekalipun zahirnya umum dan berkekalan tetapi jika diteliti ia diasaskan kepada satu sebab (‘illah) yang menjadikan hukum itu terhapus dengan terhapusnya ‘illah itu dan hukum itu ada dengan sebab ada ‘illah itu.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang yang melabuhkan pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah tempatnya di dalam neraka.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitabul Libas, bab Ma As Fala Min Al-Ka’bain Fahuwa Fi’l-Nar, Hadith ke 5787)

Dlm versi yang sama:
“Orang yang melabuhkan pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah di dalam neraka.” (Diriwayatkan oleh An-Nasa’ie dalam Kitabul Zinah, Bab Ma Tahta Al-Ka’bain Min Al-Izar, hadith ke 208)

Perkara yang benar ialah hadith ini mesti diselaraskan dgn hadith sahih yang lain. Imam Bukhari telah meriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Umar daripada Rasulullah S.A.W dalam Bab “Man Jarra Izaruhu Min Ghair Khuyala” :
“Sesiapa yang mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah, Allah tidak akan melihatnya (memberi rahmat) pada hari Kiamat. Abu Bakr R.A bertanya:
“Wahai Rasulullah, salah satu tepi kainku labuh kecuali aku terpaksa menjaganya.”
Nabi S.A.W menjawab: “Engkau bukan dari orang yang melakukan untuk bermegah-megah.” (Diriwayatkan oleh bukhari, hadith ke 5784)

Jadi sini, kita boleh lihat 'illah dalil nas yang pertama tadi ialah celaan untuk orang yang bermegah-megah. Sekiranya, tidak hadirnya perasaan takabbur, bermegah-megah ketika berpakaian melebihi dua buku lali, maka ia diharuskan. Pendapat ini didukung oleh Imam An-Nawawi Rh, Ibn Hajar Al-Asqalani dan lain-lain yang mengatakan hadith ini dikaitkan dengan takabbur dan riya’. Disepakati oleh ulama bahawa perbuatan ini akan dibalas dengan siksaan.

wallahua'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2773: Isbal

Jawab:
JKK sekali pada sdr Zayed.
Untuk lebih jelas lagi kami simpulkan semula:

Jawapan Thtl itu berdasarkan pendapat Fiqih Gabungan.
Jawapan Syaikh Saleh Uthaymeen adalah berdasarkan pendapat Fiqih ahli hadis tulin.
Ada perbedaan antara jawapan Fiqih Gabungan dan Fiqih Hadis tulin.
Pendapat Fiqih Gabungan ialah Fuqaha' yg menggabungkan nas naqli (AQ dan Hadis) dan melihat pada 6 jenis Fiqih, antaranya Maqosyid syara' (tujuan2 hukum2 syara') dan Fiqh alWaqe' (hukum Fiqih yg dibicarakan semula di zaman terkini bukan di zaman silam)
Saya (thtl) banyak menggunakan Fiqih Gabungan-Taysir yg menggabungkan aliran Fiqih dan aliran hadis tulin dari salafiyah Saudi Arabia. Fiqh Qardhawi ini juga tidak fanatik dgn mana-mana Imam dan madzhab. Saya banyak menggunakan Fiqh yg dibangunkan oleh Prof AlQaradawi yg menggabungkan Fiqh dan hadis. Adapun aliran hadis tulin dari Saudi Arabia (KSA) adalah mengambil nas hadis secara literal (harfiah) .
Cth: Zakat fitrah menurut literal hadis ialah dgn bijirin ruji (staple foodstuff), tapi Fiqih Taysir-Waqe'iy boleh dalam bentuk RM atau matawang.
Fiqh Hadis tulin tidak ada zakat Mustafad (gaji), tapi Fiqh gabungan mewajibkan zakat gaji dan upah. Dalam web Ahkam, Syaikh Kamin banyak menggunakan Fiqh Hadis tulin dari Lajnah al_Buhuth dari KSA, saya dan Ust Pendekar banyak menggunakan Fiqh Gabungan. Khususnya thtl banyak menggunakan Fiqh alQardhawi dan Syaikh alGhazali. WA