SJ - 2774: Minta pendapat untuk berpoligami

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2774: Minta pendapat untuk berpoligami

assalamualaikum.
saya ingin minta pendapat tentang poligami.Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak.perhubungan kami sekeluarga aman bahagia dan sentiasa bergembira selalu.Memang tidak ada masalah langsung dalam kehidupan harian samada dari segi zahir dan batin.Saya bukan berniat utk berpoligami atas dasar nafsu semata. Cuma persoalan sekarang nie saya menghadapi sedikit dilema yang mana saya menghadapi kesukaran untuk mendalami ilmu agama terutama dalam menghafal ayat-ayat quran. masalahnya saya sukar untuk mencari orang yang boleh melihat bacaan saya semasa saya menghafal. Isteri saya boleh membaca quraan tetapi tidak begitu lancar.malah dia tidak begitu bersungguhan utk kearah itu. jadi menyukarkan saya utk berbuat demikian. Dalam keadaan demikian saya cuba juga untuk mencari orang yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan ini.baik ustaz atau guru guru agama serta pelajar pelajar Institut Ar Razi berhampiran dengan rumah saya. dlm pencarian ini saya telah bertemu dengan seorang ustazah. dalam membincangkan permasalahan saya ini saya pernah berkata kepadanya alangkah baiknya kalau ustazah menjadi suri hidup saya.dapatlah juga membantu saya sekeluarga untuk menuju kejalan yang diredhai. dalam pada itu dia bersetuju dengan lamaran saya. Dan saya pun telah menceritakan segala galanya pada iteri saya. Bagi isteri saya memang tiada halangan. kerana saya telah menerangkan segala muskilah yang saya hadapi.walau pun nampak sedikit keberatan dari riak tingkah lakunya.Cuma sekarang ini permasalahan yang sukar saya hadapi adalah bagaimana untuk memberi keyakinan pada keluarga mertua yang nampaknya sukar untuk menerima kenyataan ini. Bagi pihak ustazah memang tidak ada sebarang masalah. dan saya telahpun berjumpa dengan keluarganya.

saya berharap sangat agar pihak tuan dapat memberikan sedikit panduan atau cadangan kepada saya dalam menyelesaikan permasalahan ini.

sekian terima kasih..
illaliqa'
assalamualaikum.

Re: minta pendapat untuk berpoligami

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Kadang-kadang walaupun lelaki (yang berpoligami) mampu berlaku adil di antara isteri-isteri mereka tetapi hakikatnya perempuan tetap perempuan. Ada di antara mereka tidak dapat berlaku adil kepada suaminya ataupun kepada madunya. Hati perempuan ni susah nak diduga. Mulut kata lain, hati kata lain. itulah yang masalahnya. Perempuan selalunya suka berkias-kias. Lelaki suka direct to the point. Masalah lelaki susah nak paham pompuan yang suka berkias-kias ni.

Oleh itu, waspadalah kerana dalam beliau memberi kebenaran tiba2 lepas kawin mintak cerai, mintak bukan2, mintak benda yang bukan sepatutnya dsb. Benda-benda camnilah membuat lelaki menjadi tidak adil kepada isteri-isteri mereka.

Itu dari segi perasaan dan nalar kaum wanita. Dari segi hukum, sekiranya mampu (dari segi zahir dan batin) dan berlaku adil, go ahead (Surah an-nisaa': ayat 129).

Ayat 129, surah al-Nisa’ itu sebenarnya membicarakan keadilan mutlak yang tidak mungkin dapat diberikan oleh insan. Keadilan mutlak membabitkan semua aspek, perasaan kasih sayang yang ada dalam hati, cara hubungan seks dan segalanya. Ini semua bukan dalam batas kemampuan insan. Sehinggakan insan tidak mampu menjadikan kadar kasih sayangnya terhadap anak-anaknya sama, demikian jugalah terhadap isteri-isterinya. Bagi anak yang lebih manja dan pandai mengambil hatinya tentu perasaan cintanya lebih. Demikian juga isteri. Namun apa yang dituntut ialah agar persoalan akhlak pergaulan dan sikap, persoalan kebendaan hendaklah dalam timbangan keadilan dan kesaksamaan kerana itu dalam batas kemampuan insan. Tidak boleh dijadikan perasaan cinta dalam hati membawa kepada ketidakadilan dalam tindakan. Oleh itu, sambungan ayat itu menyebut, maksudnya: “Oleh itu, janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Baginda menyebut dalam hadis: Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: “Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki.” (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim mensahihkannya dalam Al-Mustadrak 2/554, dan disetujui oleh al-Zahabi)

Kata Abu Daud ketika meriwayat hadis ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi, `Aun al-Ma’bud, 6/121). :flame

Semoga Allah permudahkan urusan anda.

Wallahua'lam.

makcik (not verified)
Re: minta pendapat untuk berpoligami

keadaan anda memang agak merumitkan. keluarga mertua sudah tentu ada perasaan menentang, baik secara kasar atau pun halus. bayangkan anda mempunyai anak perempuan yang telah berkahwin. tetiba menantu anda nak kawin lagi satu. apa perasaan anda. sebagai ibu bapa & keluarga, sudah tentu mereka rasa sedih, hampa dan berat hati untuk memberikan approval. itu satu point.

point penting yg saya nak sampaikan di sini ialah... perlaksanaan hukum allah swt. poligami adalah sunnah. dihalalkan oleh islam. sekiranya anda mempunyai cukup syarat zahir dan batin untuk berlaku adil terhadap kedua-dua isteri & bakal isteri, niat untuk berkahwin pula adalah kerana allah swt, pada saya, tiada yang lebih perlu ditakutkan kecuali allah swt. allah swt mengizinkan. jadi, siapa yang lebih besar daripada allah swt untuk anda takuti?

memang betul kita hidup bermasharakat. tapi, kita lah yang patut menerangkan kepada masharakat tentang perkara benar yang akan kita buat. terangkan secara berhikmah. sama ada mereka nak terima atau tidak, terpulang. yang penting, anda telah menyampaikan ayat² allah swt dan rasulullah saw.

life is short. enjoy it legally!

Re: SJ - 2774: Minta pendapat untuk berpoligami

:wassalam
Komentar atas Komentar:

Nampaknya sdr Zayed kita ni boleh memohon Tauliah dari Tok penghulu Ahkam ni..jawapan kemas dan siap dgn rujukan lagi.
Apa komen Tok penghulu, kebetulan thtl sejak akhir-akhir ni agak sibuk dgn kerjaya, selalu kena outstation.

Kembali pada isu "Poligami", saya endorse dan menyetujui nasihat dan pandangan sdr Zayed dan MakCik Shima. Cuma saya nak tambah sikit aje..bahawa Isu Poligami ini dikategorikan sbg salah satu masalah klasik dalam Islam. Maksudnya ia tidak pernah selesai dari dulu, walaupun landasan syara'iy amat jelas (AQ dan asSunnah) dgn nyata mengharuskan poligami, tapi ia terus-menerus dibahaskan.
Sebabnya: Poligami amat disetujui oleh kaum Adam, rata-rata mereka mendokongnya khususnya para suami di luar sana. Bila bersembang di kedai dan warung, isu poligami akan melelehkan air liur mereka.
Namun di sana ada beberapa pihak yg menentangnya:
Kaum Hawa, para isteri, keluarga para isteri (mertua suami) dan aktivitis Hak asasi wanita dan gerakan Women's Lib)

Anehnya aktivitis hak asasi wanita ini tidak pula keras memerangi perzinaan dan industri seks (pelacuran) sebagaimana mereka menyuarakan bantahan pada 'Poligami'. Ini dah terbalik, mereka menentang apa yg Allah kata halal, tapi kurang menyengat pada apa yang Allah dan rasul-Nya perangi.

Maka jawapan kami:
Poligami ini bukanlah digalakkan dalam Islam, tapi dibolehkan. Maksudnya ada syarat2 dan etika.
Mengenai tekanan perasan atau bantahan isteri dan keluarga isteri (mertua), Islam tidak melihat poligami dari aspek yg kecil (perasaan kaum isteri) tapi melihat pada fitrah lelaki dan keadilan sosial sejagat.
Oleh itu syarat2 poligami sama dgn syarat2 nikah yg biasa:
a. mampu nafkah zahir
b. mampu nafkah seksual

Dalil poligami: AQ 4: 3 ada menyebut wanita2 yg kamu senangi. maksudnya wanita2 soleh yg kita kahwini itu akan memberi manfa'at kepada diri suami dan pembangunan keluarganya. (Ibn Qayyim, I'lam alMuwaqqi'en 2/103; Imam Syinqiti, Adhwa' alBayan, 3/377). WA