SJ - 2792: Masalah jual beli

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2792: Masalah jual beli

:salam

saya ada sedikit ketidakfahaman dalam konsep akad jual beli. Dalam satu kuliah di sebuah masjid, Ustaz tu cakap once akad 'saya jual dan saya beli' sudah dilafazkan maka jual beli itu sudah dikira sah, maksudnya kita sudah berpuas hati dgn barang yg kita ingin beli dan barang itu sepatutnya tidak boleh dikembalikan. Dia bagi contoh dlm pembelian kitab2, setiap kitab tu kita kena periksa la setiap satu. kalo kita tak periksa, dan katakanlah ada sedikit kecacatan maka kita tak boleh mengembalikan brg tersebut kerana akad telah dilakukan. Masalahnya, bagaimanakah kedudukan warranty card yg menjadi trend pada masa kini, adakah ini tidak melanggar syarat akad itu tadi?

semutapi (not verified)
Re: masalah jual beli

:salam

Sebelum jawapan yg sahih dari Al Fadhil Ustaz kita, saya menyampuk sikit. (sudah lama tidak menyampuk...sibuk).

1.Perkataan akad masa jual beli bukanlah hal yg wajib cth: saya jual...kemudian yg membeli menjawab saya beli.
Perbuatan menghulur, pemberian recepit, dsb yg menunjukkan jual beli telah meng'sah'kan jual beli tadi.

2. Warranty/guaranty pd sesuatu barang adalah daripada pihak penjual.
Mereka menawarkan perkhidmatan tersebut utk melindungi pihak pembeli drp sesuatu masalah yg mungkin timbul.Ianya adalah sah kerana jaminan tersebut adalah drp pihak penjual. Jika sesuatu brg yg tlh dibeli tanpa warranty/guaranty dan ianya ada 'defect' sebelum digunakan pihak pembeli masih mempunyai hak utk menuntut ganti rugi. Kalau tidak silap saya pihak kementerian pengguna mempunyai garis panduan berkaitan jual beli,warranty,guaranty,ganti rugi dsb.

3.Hal warranty/guaranty ini adalah sah disisi islam kerana pihak penjual perlulah jujur dan amanah terhadap barangan jualan mereka.
oleh sebab itu jika mereka tidak pasti terhadap sesuatu barang itu samada ianya elok atau tidak maka mereka tidak boleh menjual barangan tersebut.Salah satu cara utk memastikan pembeli berpuas hati terhadap barangan yg dibeli adalah dgn cara warranty/guaranty.

Islam amat menitik beratkan perihal jual beli ini.
Wallahualam, tunggulah jawapan yg lebih benar dari Al Fadhil Ustaz kita.
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2792: Masalah jual beli

:wassalam
Jawab:
T'kasih pada sdr semutapi. Cuma kita perkemaskan lagi jawapan tsb. Jualbeli itu dianggap sah bila berlaku transaksi (pertukaran barangan/perkhidmatan) dgn wang dan ada bukti berlakunya transaksi tsb dan sekarang ialah dgn resit (proof of purchase).
Utk membatalkan transaksi ini ia dinamakan khiyar (pihak yg aqid (berjualbeli) ada hak utk meneruskan akad atau membubarkan jika ada persyaratan demikian." Wahbah Zuhaili, Juz IV/250
Di zaman silam (salaf), ada grace period khiyar selama 3 hari dari tarikh akad/jualbeli. HR Abdu Razaq, dari Anas, " khiyar itu tiga hari" Di zaman silam, jika ada cacat pada barangan, masih boleh dipulangkan dalam tempoh tiga hari.
Maka jika ada warranty period spt 1 tahun yg ditawarkan oleh barangan elektronik, dua tahun atau 20,000KM bagi kereta, maka itu sudah tentu memberi banyak kebaikan pada pembeli. Ia amat dialu-alukan jika penjual mampu memberi warranty period.
Warranty period itu termasuk ihsan (excellencecy) yg dipuji oleh syara'. WA