SJ - 2825: [U] Talkin,tahlil,kenduri

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2825: [U] Talkin,tahlil,kenduri

:salam
Ana cukup musykil dah lama dah dan ingin sgt nak tau ttg perkara yg berhubungkait dgn perkara mati ni sbg persediaan diri ana dan keluarga ana seterusnyer ikhwan muslimin sekalian.
Ana nak mintak penjelasan dr panel Al-Ahkam yg InsyaAllah memiliki ilmu yg mengatasi ana agar dapat menerangkan kpd ana apa kah sebenarnya amalan yg paling baik mengikut sunnah Rasulullah dlm pengurusan jenazah.
Adakah talkin merupakan satu sunnah Rasul?Jika bukan,apakah yg selayaknyer dibuat setelah jenazah dikebumikan?
Bagaimana pula dgn amalan tahlil arwah dan kenduri arwah yg diamalkan oleh org Melayu Islam sejak zaman nenek moyang kita lg? :srug

Adakah benar apa yg diamalkan ini mengikut sunah Rasulullah s.a.w?Harap sudi membantu ana.Terima kasih atas kesudian ahli panel yg prihatin.
:wassalam

ateed (not verified)
Re: Talkin,tahlil,kenduri

:salam

Ana hanya cuba nak membantu.Penjelasan selanjutnya boleh di dapati daripada sheikh-sheikh kita

MENGIRIM PAHALA BACAAN KEPADA MAYAT

BERTAHLIL merupakan satu perbuatan bacaan yang dilakukan untuk dikirimkan
kepada seseorang yang meninggal dunia atau roh mayat. Ia merupakan satu
tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat kita pada hari ini.
Lazimnya, bacaan yang diucapkan semasa bertahlil ialah sedikit daripada
ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu, kalimah La Ilaha Illa Allah atau
Subhanaallah atau lain-lain dengan niat bacaan-bacaan tersebut dapat
dihadiahkan atau dikirimkan kepada orang yang meninggal dunia atau roh mayat
di kalangan orang Islam.
Terdapat seperkara yang belum diketahui oleh banyak di kalangan orang Islam
sama ada yang benar-benar mengikut mazhab imam Syafie atau mereka yang hanya
mengikut-ikut sahaja, adalah amalan bertahlil dan doa selamat yang kononnya
dikirimkan untuk seseorang yang mati sebenarnya bertentangan dengan banyak
pendapat di kalangan ulama-ulama yang bermazhab imam Syafie. Ini
termasuklah imam Syafie sendiri yang tidak sependapat atau tidak setuju
dengan amalan bertahlil dan doa selamat. Terdapat juga ulama-ulama yang
berpendapat amalan tersebut boleh dilakukan, namun pandangan tersebut adalah
sangat lemah dan amat bertentangan dengan ajaran al-Qur'an (pada surah
an-Najm ayat 39 dan sunnah nabi serta para sahabatnya).
Di bawah ini dibawakan sebahagian daripada pendapat ulama Safieyah
berikutan masalah amalan tersebut. Pendapat-pendapat ini telah diambil dari
kitab-kitab tafsir, kitab-kitab feqah dan kitab-kitab syarah hadith.

1. Pendapat Imam Syafie rahimahullah.

Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim iaitu,

"Adalah, bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka
pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan
sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya
mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu
tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."
Serta dalam sebuah sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud,
"Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal
usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk
simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)

Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab
ada mengatakan,

"Adalah, membaca al-Qur'an dan mengirimkannya sebagai pahala untuk
seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati
atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut
Jumhurul Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali
oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim"
(as-Subuki, Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab: juz 10, hal; 426)

Menggantikan sembahyang untuk si mati bermaksud menggantikan sembahyang yang
telah ditinggalkan oleh si mati semasa hidupnya.

2. Al-Haitami di dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, berkata
sebagai,

"Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan kepadanya apa-apa pun
berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu
baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah tidak akan sampai
kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja yang menerimanya.
Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh
amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada orang lain
berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusia tidak
memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri." (Al-Haitami,
al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)

3. Imam Muzani, di dalam Hamisy al-Umm, juga berkata,

"Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam telah memberitahu sebagaimana yang
telah pun diberitakan dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya
sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk
dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada
orang lain."
(Tepi al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)

4. Imam al-Khazin di dalam tafsirnya mengatakan,

"Dan yang masyhur di dalam mazhab Syafie adalah, bahawa bacaan al-Qur'an
(yang pahalanya dikirimkan kepada mayat) adalah tidak dapat sampai kepada
mayat yang dikirimkan" (Al-Khazin, al-Jamal : Juz 4, hal ; 236)

5. Di dalam tafsir Jalalain telah disebutkan seperti berikut,

"Maka seseorang tidak akan memperolehi pahala sedikit pun dari hasil usaha
orang lain." (Tafsir Jalalain : juz 2, hal ; 197)

6. Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, Tafsirul Qur'anil Azim telah menafsirkan
surah an-Najm ayat 39 sebagai,

"Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain,
begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang
pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri. Dan daripada surah
an-najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah
mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada
mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan
daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah Sallallahu
`alaihi wasallam tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan
(pengiriman tahlil atau doa selamat). Baginda juga tidak pernah memberikan
bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat di dalam hal tersebut.
Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut
tetapi sekiranya amalan tersebut memang satu amalan yang digalakkan,
tentunya mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan
korban (mendekatkan diri kepada Allah) juga
terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalam al-Qur'an dan
sunnah Rasul Sallallahu `alaihi wasallam dan tidak boleh dipalingkan dengan
qias-qias atau pendapat-pendapat ulama."

Demikianlah beberapa pendapat ulama Safiyah yang menyentuh tentang amalan
bertahlil dan pengiriman pahala bacaan kepada si mati. Namun begitu,
ternyata pendapat-pendapat tersebut telah bersepakat dan mempunyai satu
pandangan yang teguh iaitu mengirimkan pahala bacaan al-Qur'an kepada si
mati adalah tidak akan sampai kepada si mati atau roh yang dikirimkan.
Kini, jelaslah bahawa pengiriman pahala melalui amalan tersebut tidak akan
sampai kepada si mati. Jadi, segala amalan yang dilakukan seperti itu
merupakan satu amalan yang sia-sia atau membazir sedangkan Islam amat
melarang umatnya supaya tidak membazir.
Dasar hukum yang telah para ulama tersebut ambil adalah dari firman Allah
SWT di dalam surah an-Najm ayat 39 dan melalui hadith nabi Sallallahu
`alaihi wasallam yang menerangkan bahawa apabila seseorang manusia itu mati,
segala amalannya di dunia telah terputus kecuali tiga keadaan iaitu, sedekah
jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh untuk kedua ibu
bapanya.
Apabila sudah jelas tentang hukum mengamalkan tahlil dan doa selamat, kini
timbul pula masalah lain iaitu di dalam bacaan tahlil sendiri ada menyebut,

"Allahumma ausil tsawmaba ma wara'nahu ila ruhi fulan."

Maksudnya, "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami tadi kepada
roh si Fulan."

Persoalan tersebut bolehlah dijawab, bahawa para ulama telah bersepakat,
pengiriman pahala melalui bacaan tidak akan sampai kepada roh yang
dikirimkan kerana ianya bertentangan dengan firman Allah di dalam surah
an-Najm ayat 39.
Jika difikirkan secara dalam, amalan bertahlil ini amat canggung di sisi
Islam. Mana tidaknya, bertahlil atau mengirimkan pahala melalui bacaan
kepada seseorang mayat merupakan satu perbuatan yang melanggar syariat
Allah, tetapi kemudian dimohon pula agar tahlil tersebut diberikan pahala
dan pahalanya pula dimohon agar disampaikan kepada si mati atau roh si
Fulan. Tidakkah ianya satu perbuatan yang janggal?

Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie/2

BAB KEDUA
DOA SELAMAT UNTUK KEMATIAN

DOA selamat boleh digambarkan dengan berkumpul bersama-sama (keluarga dan
masyarakat sekampung atau lain-lain) dengan dihidangkan makanan oleh
keluarga yang mengalami kematian. Ianya dilakukan di rumah keluarga yang
mengalami kematian pada hari kematian atau hari kedua, ketiga, ketujuh,
keempat puluh, keseratus atau sebagainya.
Sebenarnya, apabila diperiksa, dirungkai dan diperhatikan satu persatu di
dalam kitab-kitab Syafi'yah sama ada pada kitab Fiqh, tafsir mahu pun
syarah-syarah hadith, amalan doa selamat telah ditemui di situ bahawa ianya
adalah amalan yang dilarang atau dengan kata lain ialah haram.
Hal ini sebenarnya belum diketahui oleh ramai pengikut mazhab Syafie di
kalangan kita sendiri. Jika ada yang tahu, tentu jumlahnya hanya segelintir
sahaja. Oleh itu, mari kita ikuti bersama bagaimana pandangan ulama-ulama
mazhab Syafie di dalam hal ini.

1. Di dalam kitab Feqh I'anatut Talibin telah menyatakan,
"Ya, apa-apa yang dilakukan oleh orang iaitu berkumpul di rumah keluarga
mayat dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk
bid'ah mungkarat (bid'ah yang diengkari agama). Bagi orang yang
membanterasnya akan diberi pahala." (I'anatut Talibin, syarah Fathul Mu'in :
juz 2, hal 145)

2. Imam Syafie sendiri tidak menyukai amalan berkumpul di rumah kematian
sepertimana yang telah dikemukakan di dalam kitab al-Umm,
"Aku tidak sukakan mat'am iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat)
meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan
kesedihan."
(As-Syafie al-Umm : juz 1; hal 248)

3. Selanjutnya di dalam kitab I'anatut Talibin juga ada menyebut lagi,
"Dan perkara yang sudah menjadi kebiasaan iaitu keluarga mayat
menghidangkan makanan untuk para jemputan yang berkumpul, adalah satu
perkara bid'ah yang tidak disukai agama (Islam). Hal ini samalah seperti
berkumpul di rumah keluarga kematian itu sendiri kerana terdapat hadith
sahih yang telah diriwayatkan oleh Jarir r.a yang berkata, "Kami menganggap
bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian yang menghidangkan makanan untuk
jamuan para jemputan adalah sama dengan hukum niyahah (meratapi mayat) iaitu
haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)

4. Pengarang kitab I'anatut Talibin juga ada mengambil keterangan sahih di
dalam kitab Bazzaziyah iaitu,
"Dan ianya dibenci, menyelenggarakan makanan pada hari pertama
(kematian), hari ketiga, sesudah seminggu dan juga memindahkan makanan ke
tanah kubur secara bermusim-musim." (I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)

5. Di dalam kitab Fiqh Mughnil Muhtaj ada menyebutkan,
"Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai
berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid'ah yang tidak
disunatkan, dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith yang
sahih daripada Jarir bin Abdullah, berkata, "Kami menganggap bahawa
berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan
makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah
(meratapi mayat) iaitu haram."
(Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)

6. Di dalam kitab Fiqh Hasyiyatul Qalyubi ada menyatakan,
"Syeikh ar-Ramli ada berkata, "Di antara bid'ah yang mungkarat (yang
tidak dibenarkan agama), yang dibenci apabila diamalkan sebagaimana yang
telah diterangkan di dalam kitab ar-Raudhah, iaitu apa-apa yang
telah dilakukan oleh orang yang dinamakan "kifarah" dan hidangan makanan
yang disediakan oleh tuan rumah kematian untuk jamuan orang yang berkumpul
di rumahnya sama ada sebelum atau sesudah kematian, serta penyembelihan di
tanah kubur."
(Hasyiyatul Qalyubi, juz 1, hal 353)

7. Di dalam kitab Fiqh karangan imam Nawawi iaitu kitab al-Majmu' syarah
Muhazab, ada menyebutkan,
"Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga kematian dan
berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama
sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yang tidak disunatkan."
(an-Nawawi, al-Majmu' syarah Muhazab, juz 5, hal 286)

8. Pengarang kitab I'anatut Talibin juga turut mengambil keterangan di
dalam kitab al-Jamal syarah al-Minhaj yang berbunyi seperti berikut,
"Dan di antara bid'ah mungkarat yang tidak disukai ialah sesuatu perkara
yang sangat biasa diamalkan oleh individu iaitu majlis menyampaikan rasa
duka cita (kenduri arwah), berkumpul dan membuat jamuan majlis untuk
kematian pada hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)

9. Selanjutnya, pengarang kitab tersebut juga ada mengambil lagi
keterangan daripada kitab Tuhfatul Muhtaj syarah al-Minhaj yang berbunyi,
"Sesuatu yang sangat dibiasakan oleh seseorang dengan menghidangkan
makanan untuk mengundang orang ramai ke rumah keluarga kematian merupakan
bid'ah yang dibenci sebab ada hadith yang telah diriwayatkan oleh Jarir
yang berkata, "Kami (para sahabat nabi Sallallahu `alaihi wasallam)
menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga
tersebut menghidangkan makanan untuk majlis itu adalah sama dengan hukum
niyahah iaitu haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)

10. Pengarang kitab tersebut mengambil lagi fatwa dari mufti mazhab
Syafie, Ahmad Zaini bin Dahlan,

"Dan tidak ada keraguan sedikit pun bahawa mencegah umat daripada perkara
bid'ah mungkarat ini sama seperti halnya menghidupkan sunnah nabi
Sallallahu `alaihi wasallam. Mematikan bid'ah seolah-olah membuka pintu
kebaikan seluas-luasnya dan menutup pintu keburukan serapat-rapatnya kerana
orang lebih suka memaksa-maksa diri mereka
berbuat hal-hal yang akan membawa kepada sesuatu yang haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)

11. Dan di dalam kitab Fiqh Ala Mazahibil Arba'ah menyatakan,
"Dan di antara bid'ah yang dibenci agama ialah sesuatu yang dibuat oleh
individu iaitu menyembelih haiwan-haiwan di tanah kubur tempat mayat di
tanam dan menyediakan hidangan makanan yang diperuntukkan bagi mereka yang
datang bertakziah."
(Abdurrahman al-Jaza'iri, al-Fiqhu Ala Mazahibil Arba'ah, juz 1, hal 539)

Demikianlah di antara pendapat-pendapat para ulama Syafi'iyah berkenaan
doa selamat atau kenduri arwah. Mereka telah bersepakatbahawa amalan
tersebut adalah bid'ah mungkarat atau bid'ah yang dibenci.
Dasar hukum yang mereka ambil (mengikut kata sepakat atau ijma' para
sahabat nabi Sallallahu `alaihi wasallam) ialah haram hukumnya mengamalkan
amalan tersebut.
Bukankah lebih baik jika tuan rumah kematian menggantikan kenduri doa
selamat untuk kematian atau lebih mudah disebut sebagai kenduri arwah kepada
satu amalan bersedekah kepada ahli faqir dan miskin. Sebabnya ialah, jika
kenduri tersebut diniatkan untuk bersedekah makanan kepada orang yang
menjamu hidangannya, kebanyakan orang yang hadir di dalam jamuan tersebut
tentunya di kalangan orang yang berkemampuan dan sudah tentu sedekah
tersebut kurang bererti bagi mereka atau tidak bererti sama sekali.
Tambahan pula, jika amalan tersebut diniatkan sebagai amalan bersedekah,
maka akan terjadilah satu amalan yang mencampuradukkan antara yang hak dan
yang batil kerana amalan tersebut melibatkan dalam dua hal iaitu, ia
diniatkan sebagai bersedekah iaitu amalan yang disukai agama dan dalam masa
yang sama, berkumpul di dalam satu
majlis jamuan yang telah diadakan di rumah kematian pula adalah satu
perkara yang amat dilarang oleh agama atau disebut haram.
Mengirimkan pahala bacaan tahlil itu juga merupakan satu amalan yang
sia-sia. Oleh itu, kedua-duanya sama sekali tidak boleh dilakukan kerana
telah mencampuradukkan yang hak dan yang batil.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2825: [U] Talkin,tahlil,kenduri

:wassalam
Komentar:
JKK kpd sdr ateed yg re-post article tsb dari versi Syafi'iyah.
Rasanya kita sudah mengeluarkan banyak jawapan dalam isu ini (sila browse dalam archive).
a. Amalan terbaik utk urusan jenazah (sila beli buku2 berikut)
i. Ahkam alJanaiz oleh alMuhaddith Nasiruddin Albani (versi Malaysia oleh penerbitan Jahabersa)
ii) Ringkasan Ahkam aljanaiz oleh Dr Abu Aminah Bilal Phillips (penerbit AS Noordeen, KL)
iii) 70 bid'ah pengurusan Jenazah oleh Syaikh Abdullah alQari (Penerbit: alHidayah KL)
b. Talqeen adalah isu khilaf (sunat di sisi Imam Nawawi)
c. Tahlil arwah (lihat kiriman sdr atted). WA