SJ - 2832: Manhaj Salafiyah - Ikhwanul Muslimin

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2832: Manhaj Salafiyah - Ikhwanul Muslimin

:salam

Beberapa hari lepas, saya berasa terkejut dan sedih bila terdengar seorang sahabat melabelkan ikhwanul muslimin (ikhwani) sebagai termasuk dalam 72 firqah. Saya pun membantah dengan segenap kekuatan yang ada.

Tanpa berakhir di situ, saya pun cari fatwa2 dan artikel2 yg ada mengenai apa yang tak kena dengan ikhwani di mata org2 salafi. Terkejut betul bila saya baca secara rambang apa yg artikel di www.salafipublications.com mengatakan. Ada pula yang sampai mempersoalkan manhaj ustaz2 seperti Ust Abdullah Yasin, Ust Asri Zainal Abidin, Ust Hussein Yee dll.

Saya ingin minta pendapat ustaz disini apa yg patut saya lakukan? Apa yang patut saya percayai? Kerana apa yang saya baca bila mereka2 melabelkan ikhwani dan tulabul ilm di nusantara sebagai tidak berada dlm landasan salafiyah sgt menyakitkan hati.

Kekadang terlintas jugak di benak saya perkataan2 sebegini, "Asik2 dorang quote Syeikh Albani. Asik2 Syeikh Rabi`. Tak ada ulama` lain ke?" Kerana kesedaran ini, bila saya berbincang dengan teman2 yang belum terdedah pada salafiyah, saya lebih kerap quote apa yg terdapat dlm kitab2 Ibn Hajar Asqalani atau Imam Nawawi etc. Adakah golongan salafi sekarang sendiri telah termasuk dalam kancah terlalu taksub pada ulama` mereka sendiri sampai kekadang pada mereka, hanya masyaikh di arab saudi sahaja yang layak memberi fatwa? :confused: :confused: :confused:
:hanged

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2832: Manhaj Salafiyah - Ikhwanul Muslimin

:wassalam
Jawab:
Kumpulan yg anda temui itu ialah dari dua golongan:
a. Mereka bukanlah dari manhaj salafi tulin tapi Talafiyun (perosak) atau Syalafiyun (slogan kosong) atau menurut syaikh alGhazali, Qutha’ atTuruq (penyamun jalanan). Mereka ini ialah barisan pelapis generasi salafiyah sedangkan Guru-guru mereka spt Muhaddith Albani, Ben Baz , Uthaimeen yg menulis dgn penuh adab dan sopan. Golongan salafiyah yg ultra ini mengutuk Dr Qardhawi dan Syaikh alGhazali, sedangkan jika Albani melakukan beberapa kesilapan yg fatal, mereka tidak mengkritiknya; begitu juga mereka mendiamkan diri dgn beberapa Fatwa Syaikh Baz yg fatal spt haramnya fotografi dan harusnya berdamai dgn Israel dan bekerjasama dgn USA. Golongan salafiyah pelampau ini menerbitkan buku antaranya,” alQardhawi fil Mizan (Qardhawi dalam Penilaian) Rumusan dari kitab ini, Qardhawi sesat lagi menyesatkan. Hakikatnya Pelopor2 Salafiyah spt Albani, Ben Baz dan ulama’ Lajnah Daimah dan Buhuth KSA adalah diseqahi ilmunya, Cuma barisan pelapis mereka yg agak keras dan tidak ada sopan dan menghormati ulama’ selain salafiyah.
b. Golongan Jama’ah Ahbasy: Dr Qardhawi mendedahkan jama’ah ini dalam Fatawa Mu’asirat edisi terbarunya Jld 3. Jama’ah Ahbasy ini telah mengedarkan kitab,” Tahzir alMuslimin min Dhalalat Yusof alQaradhawi (Menyedarkan peri kesesatan Yusof alQardhawi). Jama’ah ini mengkafirkan semuanya yg berada di luar Jama'ah Ahbasy: alQardhawi-Syaikh alGhazali-Ibn Qayyim-Ibn Taymiyah-Ben Baz-Albani dan jama’ah Ikhwan
Apakah sikap kita dgn tindaktanduk yg melampau dari golongan ini yg tidak menunjukkan adab sopan terhadap ulama’:
Imam Ibn Abdul Bar memberi nasihat (Jami’ alBayan al ‘Ilmi wa Fadhlihi: 2/152):
“Jika ada seseorang (ulama’) yg kredibilitinya tidak diragukan, amanah dlm ilmunya, diseqahi (dipercayai), terbukti kealimannya, accountability, maka jangan dihiraukan dengan tohmahan seseorang terhadapnya kecuali dia mampu mendatangkan bukti2 ilmiah dan fakta bahawa yg ditohmahnya itu melakukan kesalahan2 yg fatal dan bantahan2nya dinilai dari kekuatan dalilnya.”
Dr Yusof alQardhawi, Syaikh Muhammad alGhazali, Imam Hasan alBanna, ini adalah peribadi2 yg diseqahi (dipercayai) lagi amanah dalam keilmuannya. Maka buktikanlah kesalahan2 mereka yg fatal lewat kitab dan jihad mereka itu jika mereka mampu berbuat demikian. Dan kita sama-sama kaji kesalahan2 tsb.
Maka itulah dua puak yg bikin kacau dan ribut: pengikut2 Salafiyah yg masih mentah dan fanatik dan Jama’ah Ahbasy yg lebih buruk dari golongan salafiyah ultra. WA