SJ - 2837: Pinggan Mangkuk China Bone

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2837: Pinggan Mangkuk China Bone

Assalamualaikum,

Pinggan mangkuk china bone kebanyakannya mengandingi tulang yang pastinya bukan tulang binatang disembelih. Tulang ini dihancurkan dan diproses menjadi bone ash sebelum dicampur dalam bahan membuat pinggan mangkuk. Ada yang menggunakan 50% bone ash sebagai bahan dalam pinggan mangkuk tersebut. China bone amat popular dikalangan mereka yang gemar membeli pinggan mangkuk mahal.

Apakah hukum menggunakan pinggan mangkuk yang dibuat daripada bone ash ini?

Re: Pinggan Mangkuk China Bone

Berhubung dgn tulang dari binatang yg suci, Ibn Syihab Az-Zuhri R.A berkata, “Bbrp fuqaha zaman sblmnya yg menggunakan tulang2 demikian sbg sikat dan periuk menyimpan minyak dan mereka tidak melihat ianya sbg satu kesalahan.” (Riwayat Al- Bukhari)

Said Ibn Abbas berkata bahawa kenalan Maimunah RA diberikan seekor kambing biri2 sbg sedekah. Nabi S.A.W melaluinya dan berkata, “Kenapa kamu tidak mengambilnya kulit, sucikannya dan gunakannya?” Maimunah R.A. menjawab, “Binatang ini mati (bukan kerana sembelih).” Baginda S.A.W bersabda, “Yg haram hanyalah memakannya.” (Hadith riwayat al-jamaah, Bukhari dan Ibn Majah tidak menyebut membersihkan kulit)

Diriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa dia telah membaca: “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-An’aam: ayat 145). Kmdn dia berkata: “Apa yg diharamkan itu ialah dagingnya (utk dimakan). Adapun kulitnya, boleh digunakan utk uncang air, gigi, tulang, bulunya adalah halal utk digunakan.” (Diriwayatkan dari Ibn Munzir dan Ibn Hatim)

Note: Tulang dari binatang yg suci sahaja walaupun ia tidak disembelih secara syar'ie dgn syarat ia mesti disucikan terlebih dahulu.

Wallahua'lam.

Rujukan:
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq

Re: SJ - 2837: Pinggan Mangkuk China Bone

:wassalam
Jawab:
JKK kpd sdr zayed.
Kita telah menjawab beberapa kali masalah fine-bone china ini. Hukumnya adalah harus. Ini bukan masalah najis kerana fiqh Hanafi (hashiah Ibn Abidin) telah mengkajinya dan perubahan yg dilalui oleh bones (tulang) itu begitu kompleks dan sifat tulang itu sudah bertukar menjadi debu (ash) dan diadun pula dgn proses tembikar dan pembakaran. Lagipun bila kita lihat finished products (hasil penyudahnya yakni pinggan mangkuk), maka sifat tulang itu sudah hilang 110%. Lagipun tidak diketahui samada tulang benar2 digunakan dalam modern fine bone china. Kebanyakan pengeluar finebone china di UK, tidak lagi menggunakan tulang. WA