SJ - 2843: Berniaga Diupacara Gereja

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2843: Berniaga Diupacara Gereja

Assalamualaikum

Di sini saya ingin menceritakan satu keadaan yang berlaku ditempat saya. Di kawasan Bukit Mertajam ada satu gereja yang mungkin terkenal di Malaysia ini. Setiap tahun gereja ini ada mengadakan satu upacara keagamaan, dan seluruh penganut agama kristian di Malaysia akan datang ke gereja ini. Di kawasan luar/dalam gereja terdapat tempat-tempat yang disediakan oleh pihak gereja, khas untuk disewa oleh peniaga-peniaga sepanjang upacara itu berlangsung. Sungguh amat malang sekali ada juga orang Islam yang mengambil kesempatan untuk menempah tempat-tempat perniagaan tesebut, ada yang menjual air, burger, dodol, nasi, mee goreng dan macam-macam lagi. Ada juga orang Islam yang mengambil kesempatan untuk menjaga tempat-tempat letak kereta. Di sini saya ingin meminta pendapat Ustaz di Al-Ahkam mengenai pekera yang saya ceritakan diatas. Adakah Islam Agama kita membenarkan kita berniaga ditempat-tempat berlangsungnya program-program agama lain, contohnya kristian. Sumber pendapatan dari hasil jualan itu bagaimana pula, dan sumbangan dari hasil sewa tempat berniaga itu mungkin akan dicampur untuk kegunaaan gereja tersebut.Adakah peniaga-peniaga Islam yang terlibat secara tidak langsung,seolah-olah mereka memberi sedikit sumbangan kepada gereja, walaupun dari dasarnya mereka tidak sedar.Disini saya ucapkan terima kasih diatas kesudian Ustaz Untuk Menjawabnya. :confused:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2843: Berniaga Diupacara Gereja

:wassalam
Jawab:
AQ 4: 141 (Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang2 kafir utk menghina/memusnahkan orang Islam)
Allah dah muliakan orang Islam kenapa kita pula nak hinakan kedudukan kita? Ia juga bercanggah dgn kandungan surah alKafirun.
Segera lapurkan kepada Majlis Agama Pulau Pinang, ambil gambar sbg bahan bukti. Peniaga Muslim itu benar2 bangsat dan memalukan umat Islam. Bumi Allah ini luas dan rezkiNya ada di mana-mana. kenapa church juga yg dicarinya? WA