SJ - 2853 : IMAM MAHDI AKAN MUNCUL PADA NOVEMBER 2003 ?

6 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 2853 : IMAM MAHDI AKAN MUNCUL PADA NOVEMBER 2003 ?

:salam

Saya menerima e-mail ini daripada seseorang:
Saya mohon jasa baik anda di al-ahkam untuk memberi huraian.(maaf kalau-kalau ini bukan persoalan feqh)- lebih-lebih lagi tentang kenyataan Imam Jaafar dan apa yang dikatakan sebagai "hadis Nabi" di abwah ini.

Pejabat Penyelidikan Astronomi di Vienna telah dapat mengesan satu
Keajaiban yg akan berlaku pd 9 & 23 November 2003, di mana akan
terjadi satu gerhana bulan & satu gerhana matahari pada tarikh2
tersebut tidak lama lagi. Tarikh itu akan jatuh pada bulan ramadhan 2003.Bulan Ramadhan akan bermula pada 27 Oktober 2003 & berakhir pada 27 November 2003.Dgn itu tarikh 9 & 23 akan jatuh dalam bulan Ramadan.

Gerhana bulan pada 9 November 03 akan dapat dilihat di seluruh
negara Eropah, Asia Tenggara, Benua Afrika dan Amerika. Manakala gerhana matahari pd 23 November 03 pula akan dialami penduduk Antartika & Selatan Laut Hindi.

Oleh itu kepada sahabat-sahabat sekelian dapat kiranya sesiapa antara
kita yang boleh memberi panduan kaitan akan terjadinya gerhana tersebut dengan fakta dibawah. Seperti yg diriwayatkan oleh Imam Ja'afarSadiq

" kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn
berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg
tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w" (Ikmal Al-Din m.s361)

Assalamu'alaikum,

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika
diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah
ini:

LAA ILAAHA ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini
kepada 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang
Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit dan sambil lewa.

Laa ilaaha illalLah!

Wassalam.

Terima kasih.

:wassalam

mustannie (not verified)
Re: SJ - XXXX : IMAM MAHDI AKAN MUNCUL PADA NOVEMBER 2003 ?

BismillahirRahmanirRahim

Oleh kerana soalan berkaitan ditanyakan untuk kali kedua+ dan ditambah pula dengan forward2 dalam email saya tentang perkara berkaitan maka saya rasa eloklah saya mencelah sikit dan menambah kalam berharga ustaz THTL untuk jawapan awal dulu.

Mengenai fakta saintis tentang 2 gerhana yang akan berlaku pada Bulan Ramadhan / 27 Oktober 2003 & berakhir pada 27 Nov 2003, maka itu adalah kemungkinan yang tidak dapat saya pastikan.

Manakala mengenai hadith yang dinukilkan itu maka,
saya pernah terserempak dengan hadith yang dikeluarkan oleh Dar ElQuthnie dalam sunannya yang mafhumnya :
(berkata Muhammad Bin Ali :"Sesungguhnya 2 petanda bagi Mahdi kami, yang belum pernah berlaku semenjak Allah menjadikan langit dan bumi, iaitu gerhana bulan pada malam awal Ramadhan, dan gerhana matahari pada pertengahannya (pertengahan ramadhan), yang tidak pernah berlaku semenjak Allah menjadikan langit dan bumi" )

Kesimpulan yang boleh kita buat.
1-Kalau benar perkhabaran ini sahih,maka tetap kita tidak boleh menjadikannya sebagai hujjah kerana kalam itu adalah disandarkan kepada Muhammad Bin Ali, dan bukannya kepada Rasulullah yang maksum.

2-Perkhabaran sebegitu adalah berkemungkinan dan berkebarangkalian, akan tetapi kita tidak pasti dari manakah sumber pengambilan Muhammad Bin Ali tersebut, maka jangan mendustakannya dan tidak pula kita boleh jadikan ia sebagai pegangan kita.

3-Kalau benar pun perkhabaran itu sahih dan boleh dibuat hujjah, maka tidak pula kita dapat menentukan tempoh kemunculan Imam Mahdi selepas peristiwa itu. Lihat sahajalah antara petanda Qiamat ialah dibangkitkan Rasulullah SAW.

4-Apa yang penting kita fokuskan sekarang adalah hal ehwal dunia islam sekarang dan diri kita sebagai individu muslim yang bertanggungjawab terhadap kebangkitan ummah.

Wallahu a'lam

khir_ruslan (not verified)
Re: SJ - XXXX : IMAM MAHDI AKAN MUNCUL PADA NOVEMBER 2003 ?

:salam

Maaf kepada para panelist al-ahkam. Izinkan saya menyibuk sedikit:

Quote:
:"Sesungguhnya 2 petanda bagi Mahdi kami...

Kenapa di dalam kata-kata tersebut "Mahdi kami?" Kalau ada Mahdi kami, maka sudah tentu ada "Mahdi mereka." Siapakah "kami" yang dimaksudkan? Syiah kah? :fikir

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - XXXX : IMAM MAHDI AKAN MUNCUL PADA NOVEMBER 2003 ?

Salam,

Sekadar tinta pandanganku yang dhaif.

Imam Mahdi tidak akan muncul sepantas kilat. Zalimlah Imam Mahdi sekiranya membiarkan umat Islam terkontang-kanting dibelasah dek musuh. Tidak adillah Imam Mahdi sekiranya dia tidak menjalani proses-proses seperti mana Rasulullah S.A.W menghadapi segala mihnah dan tribulasi. tiba2 gedebuk dia muncul. Imam Mahdi adalah seorang manusia biasa, dia akan menjalani proses sebagai manusia biasa.

Persoalan tunggu kemunculan Imam mahdi sepatutnya di kuburkan dari hati umat Islam. Kita sepatut mencipta peribadi dan kepimpinan Imam Mahdi untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi ummah dan bukannya menunggu.

Salah dan silap harap betulkan.

Wallahua'lam.

jamalsahara (not verified)
Re: SJ - XXXX : IMAM MAHDI AKAN MUNCUL PADA NOVEMBER 2003 ?

:salam

Hadis dari Abdullah bin Umar RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah solah.
( Riwayat Muslim )

Allahu a'lam.

:salam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2853 : IMAM MAHDI AKAN MUNCUL PADA NOVEMBER 2003 ?

:wassalam
Tarjeeh:
JKK kepada Ansar Ahkam terutama kepada sdr jamalsahara yg menyumbang buat pertama kali. Hadis Sahih Muslim yg dikemukakan sebenarnya sudah memadai.

Mengenai amanat berantai menyibarkan fadhilat Tahlil kepada 10 orang itu tidak perlu kerana fitnah yg banyak dalam isu surat berantai dalam internet terutama Wasiat Syaikh Ahmad penjaga Maqam Nabawi. WA