SJ - 2861: [Z] 40 hari Untuk Roh

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2861: [Z] 40 hari Untuk Roh

:salam
Betulkah mengikut ustaz saya (pelajar tasauf) mengatakan bahawa roh seseorang akan beredar di bumi selama 40 hari? Kerana saya pernah mengalaminya baru baru ini, saya telah ternampak rakan se asrama saya yg meninggal kerana demam-denggi-berdarah masuk ke dalam dorm saya untuk mengambil barangnya yg ditinggalkan olehnya.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: 40 hari Untuk Roh

Salam,

Mereka yg mati, tidak akan kembali ke dunia. Ini jumhur pendapat fuqaha dan tsabit dari Al-quran itu sendiri.

“…sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (Surah Al-mukminuun: ayat 100)

Ayat di atas, terdapat satu halangan pada org yg sudah mati dan mereka akan kekal selamanya sehinggalah mereka dibangkitkan pada hari kebangkitan. Dan org yg mati tidak mungkin boleh keluar dari alam barzakh. Al-Barzakh membawa maksud ruang atau halangan antara buat benda. Secara asasnya, ia adalah duduk pertengahan antara kehidupan di dunia dan kehidupan selepas mati, jarak antara kematian dan hari pengadilan.

Apa yg anda nampak bukanlah beliau tetapi mungkin berpunca dari khayalan anda kerana terlalu menyayangi beliau ataupun makhluk lain yg anda nampak.

Dan pendapat ustaz awak adalah tertolak.

Wallahua'lam

VHoutenJr (not verified)
Re: 40 hari Untuk Roh

Assalamualaikum...

Ana setuju dengan saudara Zayed...

Setelah seseorang itu ditanam dalam kubur...ia akan segera disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir...dan setelah itu.. roh tersebut akan dibawa ke Illiyyiin...

Apa yg saudara lihat itu mungkin merupakan jelmaan jin dan syaitan yng cuba untuk menguji kepercayaan dan keimanan seseorang mukmin yg lain...dan mungkin saudara termasuk dalam golongan tersebut....

Apa yg telah tersubur dalam mmasyarakay Melayu pada harin ini ttg waktu-waktu tertentu selepas kematian seperti 7 hari...40 hari dan hari yg ke 100 di mana setiap hari tersebut didakwa merupakan berlakunya sesuatu spt mayat mula mereput dsb... itu semua tiada nas yg sahih bg membuktikannya... Dan dipercayai...kesemua tersebut adalah berpunca daripada pengaruh Agama Hindu yg dulunya bertapak kuat di NUSANTARA sebelum kedatangan Islam...dan setelah Islam datang ...wujudnya suatu pertembungan antara budaya kedua-dua agama di mana terdapat segelintir pihak pada waktu tersebut yg mencampurkadukkan kedua-dua budaya tersebuit...dan hasilnya? itulah dia budaya yang tersemai dalam masy Melayu pd hari ini... Maka dengan itu...kembalilah kita kepada ajaran Islam secara "kaaffah" iaitu dengan menyeluruh tanpa dicampuradukkan oleh walau satu bentuk budaya sekalipun yg boleh mencemarkan kemurnian agama Islam itu sendiri...

WA

p/s : maaf ustaz Al-Ahkam...sekadar menyuarakan sedikit pendapat daripada pemikiran saya yg tak seberapa ini...mohon maaf jika terdapat kesalahan...ighfirli ya Allah...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2861: [Z] 40 hari Untuk Roh

:wassalam

Tahqeeqan:

Pada dasarnya jawapan dari saudara kami berdua itu BOLEH diterima. Tapi kami berpendapat ia tidak semestinya jawapan yg benar kerana urusan ruh ini masih terbuka luas utk kajian lanjut.
Dalilnya: "da mereka bertanya akan dikau mengenai ruh. Katakanlah," Roh otu termasuk urusan Tuhan-ku dan tidaklah kamu diberi ilmu kecuali sedikit." terjemah AQ 17: 85

Mengenai lembaga yg dilihat itu kemungkinan dijelaskan pula oleh ayat ini:
"Qarinnya berkata," ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yg berada dlm kesesatan yg jauh." AQ 50:27

Ruh ialah aspek keilmuan yg belum diteroka kajiannya dgn meluas dan adanya hint dari alQur;an tentang Qarin.
Kemudian hampir semua masyarakat dunia mempercayai keujudan Ghoul (hantu) dna ini juga memerlukan kajian lanjut.

Oleh itu masih terlalu awal utk kita menutup pintu ilmu dalam bidang ini dan mengatakan dengan mudah ia batil atau tidak mungkin berlaku.

Bagi kami, kami belum ada kesempatan mengkaji sedangkan banyak kitab2 klasik yg membahaskannya begitu juga kajian2 terbaru yg mungkin belum sampai kepada kami. Tapi kami tidak menolak mentah2 cerita anda dan akan kami maklumkan dari masa ke semasa. INi juga jawapan Prof Hayei Abdul Syukor dalam kolumnya di Mingguan Malaysia setahun dua yg lepas, 1001 Masalah. WA