SJ - 2887: [Z] Mansukh-Nasikh

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2887: [Z] Mansukh-Nasikh

:salam

Adakah ayat-ayat Al-Quran atau hukum-hakam Al-Quran boleh mansukh/nasikh? Adakah ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa hukum-hakam di dalam Al-Quran boleh dimansukh/nasikh? Sebab orang² Ahli Kitab yg telah meniliti ayat² Quran mereka mempermainkan hukum-hakam Al-Quran. Mereka mengatakan bahawa hukum-hakam Islam tidak stabil, e.g bab kiblat, yang mula² ke arah Kaabah, kemudian ke arah Masjidil Aqsa, kemudian kembali ke Kaabah dan Bab Hukum meminum arak juga. Dan ada yang kata, mansukh-nasikh diperbuat dari manusia. Sebagai seorang Muslim yang menuntut ilmu, bagaimanakah kita dapat mengatasi soalan Ahli Kitab ini? Sekian. Terima Kasih. :bis

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Mansukh-Nasikh

Manna Khalil Al-Qathtan merumuskan hikmah Nasakh dlm kitabnya ulumul quran:
1. Memelihara kepentingan hamba
2. Perkembangan syariat menuju ke tingkat sempurna sesuai dgn perkembangan dakwah dan perkembangan keadaan umat manusia
3. Cubaan atau ujian bagi org mukallaf utk mengikutinya atau tidak
4. Mengkehendaki kebaikan dan kemudahan bagi umat

Contohnya, arak tidak diharamkan serta merta tetapi secara berperingkat sesuai dgn kondisi umat ketika hukum diturunkan yg sukar meninggalkan tabie yg sudah berakar umbi. Utk memudahkan mereka meninggalkan perbuatan itu, maka diperlakukan secara perlahan.

Nasakh hanya terjadi pada perintah (amr) dan larangan (nahy) shj. Tetapi aqidah masih tetap sama spt dlm ayat 13 Surah Asy-syura:
"Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat). "

Jadi apa yg diperolehi oleh umat hari ini adalah lengkap dan sempurna (Surah almaidah ayat 3):
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu."

Pendapat bahawa hukum hakam islam tidak stabil hanyalah momokan org jahil sahaja.

Wallahua'lam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2887: [Z] Mansukh-Nasikh

:wassalam
LULUS dan menepati metod Fiqh Ahkam