SJ - 2897: [Z] Solat berjalan?!!

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2897: [Z] Solat berjalan?!!

[="green"] :salam Tuan Panelis...

Terima kasih As-Sheikh THTL dan Sdr Zayed kerana menjawab soalan saya yang lepas... :bestnyer

Dlm satu hadith, ada seorang sahabat yang terlambat pergi ke masjid utk solat berjemaah. Tiba di masjid,sahabat nie terus bertakbir dan rukuk sambil berjalan. Kemudian, Rasul SAW tegur...Jangan kamu ulang..(lebih kurang maksudnya) :ooo:..

SOALAN :

1. Apakah pendapat muhaditheen mengenai hadith ini dr segi praktikalnya? Bolehkah diamalkan?

2. Apakah huraian mereka mengenai kalimah > La tu'id..(Jangan kamu ulang). Manakah yang lebih rajeeh?

Terima kasih daun keladi :necoraman..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Solat berjalan?!!

Abu Bakra meriwayatkan bahawa ketika dia datang solat berjemaah, Rasulullah S.A.W sedang ruku' dan Abu Bakra terus ruku' tanpa masuk ke dlm saff. Dia memberitahu Rasulullah mengenai perkara ini dan Baginda S.A.W: "Semoga Allah menambahkan kebaikan pada dirimu tetapi jgn kamu ulangi perbuatan ini." (hadith AHmad, Bukhari, Abu Dawud dan An-Nasa'ie)

Tahqeeq
hadith ini merujuk kepada perbuatan sahabat yg tergesa2 datang ke masjid lalu terus rukuk tanpa berada dlm saff (memenuhi saff hadapan).

Menurut pendapat jumhur, org yg tidak memenuhi saff dan bersendirian dibelakang adalah makruh walaupun solatnya sah.

Manakala Ahmad, Ishaq, Ahmad, ibn Abu Laila, Waki', al-Hassan ibn Saleh, an-Nakha'i dan Ibn al-Mundhir berpendapat sekiranya seseorang itu bersembahyang di belakang saff, maka solatnya tidak sah.

Wallahua'lam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2897: [Z] Solat berjalan?!!

:wassalam
Tahqeeqan:
Jawapan Ust Zayed itu telah ditashihkan.

Tambahan: Dari Hadis itu, ia dijadikan sebagai adab-adab solat berjama'ah, supaya kita berjalan dgn tenang menuju saf, tanpa perlu berlari (mana tahu tersepak bendul mesjid, terlanggar kanak-kanak atau terjatuh kerana lantai marble mesjid yg licin). Jika dah lambat tu lambatlah..Jika masbuq, maka tambahlah raka'at yg baki. WA