SJ - 2902: [Z] Matan Hadis

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2902: [Z] Matan Hadis

:salam

Saya ingin tahu matan hadis ini :

Mu'adz Bin Jabal r.a berkata :
"Aku pernah diboncengkan Nabi diatas seekor keledai. Lalu beliau bersabda kepadaku: "Hai Muadz, tahukah kamu apa hak para hamba yang pasti dipenuhi Allah?". Aku menjawab : "Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Beliau bersabda: "Hak Allah yang wajib dipenuhi oleh para hambanya adalah supaya mereka beribadah kepada-Nya saja dan tidak berbuat syirik sedikitpun, sedangkan hak para hamba yang pasti dipenuhi Allah adalah bahawa Allah tidak akan menyiksa orang yang tidak membuat syirik sedikitpun kepada-Nya". Aku bertanya: "Ya Rasulullah, tidak perlukah aku menyampaikan kabar gembira ini kepada orang-orang?" Beliau menjawab: "Janganlah kamu menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka; sehingga mereka nanti akan bersikap menyandarkan diri." (HR. Al-Bukhari dan Muslim dalam shahih mereka).
Dipetik dari Kitab Al-Qaulus Sadid - Syaikh Abdurrahman bin Nasir As-Sa'di
Jadi, apakah maksud hujung pangkal hadis itu? Aku bertanya: "Ya Rasulullah, tidak perlukah aku menyampaikan kabar gembira ini kepada orang-orang?" Beliau menjawab: "Janganlah kamu menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka; sehingga mereka nanti akan bersikap menyandarkan diri."

Sekian. Terima Kasih. :bis

Re: Matan Hadis

Tujuan Rasulullah S.A.W berbuat demikian kerana tidak mahu org lain memandang enteng dlm perkara ini. takut ada yg menyalahgunakan hadith ini. Dlm menyampaikan dakwah, Rasulullah S.A.W melihat dahulu keadaan mad'u. Ada yg baginda S.A.W memberi rukhsah dan ada yg diberi ruang yg sedikit.

Dlm hadith lain, riwayat Imam Abu Dawud dari Abu Hurairah katanya, “seorang lelaki datang kpd rasulullah S.A.W seraya bertanya ttg hukum bersentuhan kulit (al-mubasyarah) dgn isterinya walhal ia sedang berpuasa. Lalu baginda S.A.W membolehkan perkara itu baginya. Kmdn datang lagi seorang lelaki yg bertanyakan perkara serupa, lantas Nabi S.A.W menegah dan melarangnya dari perbuatan itu. Mengapa? Kerana lelaki pertama yg bertanya adalah seorang yg sudah tua dan uzur sedangkan penanya kedua adalah seoang lelaki muda yg gagah perkasa.” (Talkhis AlHabir, Juz 4)

Ibn Abi Syaibah R.a meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang bertanya kpd Abdullah Ibn Abbas R.a berkata: “Wahai tuan, adakah taubat seseorang yg membunuh org mukmin akan diterima Allah ta’ala?” Jawab beliau: “tidak, bahkan ia akan dihumban ke dlm api neraka.” Setelah si penanya pergi, maka para murid yg sedang duduk bersama Ibn Abbas berkata: “Pendapat tuan hari ini berbeza dari apa yg tuan ajarkan kpd kami, mengapa?” Ibn Abbas menjawab: “Kalian tahu, aku dapat membaca wajah org tersebut bahawa dia dlm keadaan marah dan berniat utk membunuh seseorang.” Kmdn para sahabat ibn Abbas r.a mencari org tersebut yg didapati mereka hendak membunuh seseorang, kmdn dapat dicegah dan dihalangi oleh mereka.

Pernah 3 orang sahabat meminta wasiat dan nasihat dari nabi S.A.W, lalu baginda S.A.W menjawab: “Jgnlah marah.” Dan penanya yg kedua baginda S.A.W: “Katakanlah olehmu: Aku beriman kpd Allah taala, kmdn istiqamah.” Sedangkan sahabat yg ke-3 baginda S.A.W berpesan: “Pelihara dan jagalah lidahmu.”

Dmknlah pengajaran yg dilakukan oleh Nabi dan sahabatnya dlm menyampaikan ajaran kpd sahabat2nya. Setiap org mendapat jawapan dan tunjuk ajar yg sesuai bermanfaat utk dirinya.

Jadi, kenalah berhati2 dlm perkara ini, manusia ni ada banyak jenis. Org kata kot lain, dia tgk kot lain. Lebih kurang mcm tu lah.

Contoh lain: "barangsiapa mengucapkan La Ila Ha Illallah di akhir hayatnya, maka dia akan beroleh syurga."

Hadith ini benar dan sahih tapi tidak boleh disebarkan sewenang2nya; takut ada memudahkan agama. takut ada yg fikir, takpe buat jahat, takpe buat onar. Nanti nak mati ucaplah kalimah tu.

Ini bertujuan utk menutup pintu kerosakan (sadd az-zara'ie).

Wallahua'lam.

Re: SJ - 2902: [Z] Matan Hadis

:wassalam
Tahshih dan Tahqeeq:
Jawapan Ust Z memenuhi standard dan manhaj al_Ahkam