SJ - 2950: [G+Z] solat sunat selepas witir dan bangun tidur

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2950: [G+Z] solat sunat selepas witir dan bangun tidur

Assalamualaikum,

Bolehkah kita melakukan solat sunat selepas melakukan solat sunat witir (penutup)?. Saya ada terbaca hadith menyatakan bahawa Nabi s.a.w melakukan sunat ringkas selepas beliau bangkit dari tidur sebelum melakukan solat sunat tahajjud. Apakah solat sunat tersebut.
Sekian dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Re: solat sunat selepas witir dan bangun tidur

þæ ÍÏËäÇ þ þÞÊíÈÉ Èä ÓÚíÏ þ þÍÏËäÇ þ þáíË þ þÍ þ þæ ÍÏËäÇ þ þÇÈä ÑãÍ þ þÃÎÈÑäþ þÇááíË þ þÚä þ þäÇÝÚ þ þÃä þ þÇÈä ÚãÑ þ þÞÇá þãä Õáì ãä Çááíá ÝáíÌÚá ÂÎÑ ÕáÇÊå æÊÑÇ ÝÅä ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þßÇä íÃãÑ ÈÐáß þ

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Sesiapa yang sembahyang malam, maka hendaklah dia mengakhiri sembahyang itu dengan sembahyang Witir. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan begitu" (Sahih Muslim)

þæ ÍÏËäÇ þ þíÍíì Èä íÍíì þ þÞÇá ÞÑÃÊ Úáì þ þãÇáß þ þÚä þ þäÇÝÚ þ þæÚÈÏ Çááå Èä ÏíäÇÑ þ þÚä þ þÇÈä ÚãÑ þÃä ÑÌáÇ ÓÃá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÚä ÕáÇÉ Çááíá ÝÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÕáÇÉ Çááíá ãËäì ãËäì ÝÅÐÇ ÎÔí ÃÍÏßã ÇáÕÈÍ Õáì ÑßÚÉ æÇÍÏÉ ÊæÊÑ áå ãÇ ÞÏ Õáì þ

Dari Ibnu Umar r.a: "Sesungguhnya seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w mengenai sembahyang malam baginda. Nabi s.a.w menjawab: Sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat. Apabila salah seseorang daripada kamu bimbang akan masuk waktu Subuh, maka hendaklah dia sembahyang satu rakaat saja sebagai witir kepada sembahyang yang telah dilakukannya." (Muttafaq alaih)

þÍÏËäÇ þ þíÍíì Èä íÍíì þ þÞÇá ÞÑÃÊ Úáì þ þãÇáß þ þÚä þ þÇÈä ÔåÇÈ þ þÚä þ þÚÑæÉ þ þÚä þ þÚÇÆÔÉ þþÃä ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þßÇä þ þíÕáí ÈÇááíá ÅÍÏì ÚÔÑÉ ÑßÚÉ íæÊÑ ãäåÇ ÈæÇÍÏÉ ÝÅÐÇ ÝÑÛ ãäåÇ ÇÖØÌÚ Úáì ÔÞå ÇáÃíãä ÍÊì íÃÊíå ÇáãÄÐä ÝíÕáí ÑßÚÊíä ÎÝíÝÊíä þ

Dari Aisyah R.A: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang malam sebanyak sebelas rakaat, salah satu daripadanya sembahyang Witir. Apabila baginda selesai sembahyang baginda berbaring di atas lambung kanan sehinggalah baginda mendengar suara tukang azan, lalu baginda mendirikan sembahyang dua rakaat dengan ringkas." (Sahih Muslim)

Apakah diperbolehkan melakukan solat sunat lain selepas melakukan witir?
Dlm hadith riwayat Umm Salamah riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah S.A.W solat sunat sambil duduk sebanyak 2 rakaat setelah menunaikan witir. Akan tetapi lebih awla menutup solat malam dgn witir spt yg disebut di dlm hadith sahih muslim (riwayat Ibn Umar) itu tadi.

Wallahua'lam.

Re: solat sunat selepas witir dan bangun tidur

:salam

Saya hanya ingin melengkapkan jawapan Ust Zayed setelah meneliti isu ini dalam beberapa sumber rujukan yang ada. Berikut hasil study saya.

Sebelum diteruskan perbincangan elok rasanya kita lihat hadis2 yang berkaitan.

1. Thalq Ibn Ali berkata, “Tiada dua witir dalam satu malam.”[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]

2. Ibn Umar ra menerangkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari.”[HR Jamaah kecuali Ibn Majah]

3. Ummu Salamah ra menerangkan, “Bahawasanya Nabi pernah mengerjakan 2 rakaat lagi sesudah witir.”[HR at-Turmudzi dan disahihkan oleh ad Daruthny]

Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Majah terdapat perkataan, “sedang Nabi mengerjakan sembahyang itu sambil duduk.”

4. Dari Aisyah ra, “Bahawa Rasulullah saw mengucap salam sampai kita dapat mendengarnya, lalu bersembahyang 2 rakaat lagi sehabis bersalam tadi sambil duduk.”[HR Muslim. Albani juga mengatakan hadis ini sahih]

5. Said bin Musayyab menerangkan bahawa Abu Bakar dan Umar berbahas soal witir di depan Nabi saw. Abu Bakar berkata; “Aku bersembahyang sesudahnya aku berwitir. Apabila aku bangun aku bersembahyang genap2 sebelum subuh.” Umar pula berkata; “Aku tidur sesudah sembahayng genap, kemudian aku berwitir di akhir sahur.” Nabi berkata kpd Abu Bakar, “telah berhati2 yang ini” Dan kpd Umar pula, “kuat yang ini.”[HR Abu Sulaiman al-Haqaby]

Berdasarkan hadis pertama, jumhur ulama’ telah mengatakan bahawa hanya satu witir sahaja yg boleh dilakukan dalam satu malam. Adapun mengenai mengerjakan witir di awal waktu dan kemudianya melakukan lagi solat sunat selepasnya, terdapat perbedaan pendapat mengenainya di kalangan ulama. Secara umumnya terdapat dua kaedah sekiranya ingin melakukan solat sunat selepas dikerjakan solat witir iaitu:

1) Menggenapkan witir yang awal itu dgn melakukan satu rakaat dgn tujuan merosakkan witir yg awal itu. Kemudiannya dilakukan solat sunat serperti biasa dan diakhiri dgn witir yg baru. Ini merupakan pendapat Utsman, Sa’ad bin Malik, Ibn Umar, Ibn Abbas, Usamah ibn Zaid dan Urwah Ibn Zubair. Mereka berdalilkan hadis yg ke-2 di atas.
2) Witir yg dilakukan di awal waktu tidak perlu dirosakkan. Memadai witir tersebut dan tidak perlu diulangi lagi witir walaupun jika ingin melakukan solat sunat selepasnya. Pendapat ini dipegang oleh Abu Bakar, Ammar bin Yassir, Rafi’ bin Khudaij, Abu Hurairah, Talq bin Ali dan Aisyah ra. Manakala dikalangan Tabi’in ialah Said bin Musayyab, Al-Qamah, Asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhaiy, Said bin Jubir, Makhul dan Hasan al-Basri. Ini juga merupakan pendapat Malik, Ahmad, Syafi’I, dan lain2 lagi.

Saya memilih pendapat yang kedua. Hadis 3,4 dan 5 menunjukkan bahawa boleh melakukan solat sunat walaupun telah dilakukan solat witir. Menurut Imam Nawawi, 2 rakaat yg dilakukan oleh Rasulullah saw selepas witir dalam keadaan duduk adalah bertujuan utk menerangkan keharusan dan tidaklah menjelaskan bahawa Rasulullah saw sentiasa melakukan. Ulama’ dan Muhaqqiqin dr kalangan ahli usul, kalimah ‘Kaana’ tidaklah semestinya membawa maksud sentiasa berlaku.

Persoalan yang seterusnya, yang manakah lebih afdhal, di awal dan di akhir malam. Kebanyakan ilmuwan memilih di akhir malam. Ibn Hajar al-Asqallani berkata bahawa witirnya Rasulullah saw di awal waktu adalah krn halangan utk bangun di akhir malam; Beliau berwitir di pertengahan malam bila beliau terbangun di waktu itu; seterusnya beliau melewatkan utk bangun di akhir malam ialah disebabkan waktu afdhalnya; sedang bersembahyang pada seluruh masa itu sebg menunjukkan keharusannya. Ibn Nasr mengatakan hadis ke-2 di atas menunjukkan hukum sunat bukannya wajib. WA.

:wassalam

Rujukan

Koleksi Hadis2 Hukum 5
TM Hasbi

Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust Basri Ibrahim

Intisari Bahrul Madzi Jilid 2
Sheikh Idris al-Marbawiy

The Night Prayers Qiyam & Tarawikh
Muhammad al-Jibali

Fikih Sunnah Jilid 2
Sayyid Sabiq

The prophet’s Prayer Described
Sheikh Nasiruddin al-Albani

Re: SJ - 2950: [Z] solat sunat selepas witir dan bangun tidu

:wassalam
Tahqeeqan:

Anda keliru sebab Nabi saw solat malam dgn beberapa cara. Nabi bertahajjud dan di sudahi dgn witr, atau tanpa tahajjud cuma solat witr sahaja.
Jika anda ingin mengikut format tahajjud + witr, maka anda tidur dulu tanpa solat witr dan sebaik sahaja bangun di hujung malam, anda memulakan solat tahajjud dgn dua raka'at tahajjud atau solat sunat Wudhu' yg ringkas. Ini dinamakan solat GEAR SATU, utk mendapatkan momentum dan menghilangkan rasa mengantuk. Dalilnya:
a. Dari Abu Hurayrah ra," apabila seorang kamu bangun dari bahagian malam hendaklah membukakan solat dgn dua raka'at yg ringkas" (Muslim)
b. dari Aisyah ra," adalah Nabi saw apabila baginda bangun dari bahagian malam utk bersolat maka baginda membuka solatnya dgn dua raka'at yg ringan." (Muslim) WA