SJ - 3006: Perbezaan makna Nurul Huda dan Nur Hidayah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3006: Perbezaan makna Nurul Huda dan Nur Hidayah

:salam
Saya ingin tahu perbezaan makna antara Nurul Huda dan Nur Hidayah, Fadhli dan Fadhil. Pada pandangan saya kedua-duanya mempunyai makna yang serupa, benarkah? Kalau ya, yang mana yang paling tepat sebutannya?

TQ..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3006: Perbezaan makna Nurul Huda dan Nur Hidayah

:wassalam

1. Nurul Huda dan Nur Hidayah tu sama maknanya (bermaksud Cahaya Petnjuk). Cuma Nurul Huda itu lebih khusus merujuk pada Hidayah Taufiq, sedangkan Nur Hidayah adalah hidayah yg umum yg diberikan Allah pada semua makhlukNya.

2. Fadhli dan Fadhil itu sama maknanya 'Mulia'. Cuma Fadhli bermaksud Kemulianku (possessive adjective). Fadhil bermaksud mulia yg umum. WA