SU-00015 Roda Impian

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00015 Roda Impian

Apakah status harta yang diperolehi oleh seseorang itu menerusi pertandingan-pertandinga... misalnya RODA IMPIAN dsb...

Re: SU-00015 Roda Impian

Persoalan saudara sebenarnya berkaitan perjudian. Adakah gameshow seperti Roda Impian itu satu perjudian yang diharamkan oleh syara’?
Untuk membezakan sesuatu permainan itu ada unsur judi atau tidak, ia ditentukan oleh unsur apakah pengguna dikehendaki mengeluarkan sesuatu pelaburan khusus atau bayaran extra untuk menyertainya atau ia tidak melibatkan sebarang perbelanjaan extra. Ini perlu dilihat satu persatu, Game demi game. (Fatwa Mufti Brunei, Irsyad Hukum 2000)

a) Roda Impian, Terbitan Astro Broadcasting dalam saluran Astro Ria. Sesiapa yg berminat untuk menyertai pertandingan ini tidak disyaratkan membeli apa-apa dari Astro,cuma mereka hendaklah memohon untuk menjadi peserta samada memohon secara bertulis, panggilan telefon atau secara on-line. Kemudian pihak Astro akan memanggil untuk audition/screen test biasanya jika 10,000 pemohon, hanya 100 orang yg dishortlisted (senarai pendek) untuk audition (ujibakat) di Pusat penyiaran Astro di ibupejabatnya di KL. Mereka yg layak dari sesi audition (ujibakat) ini sahaja yg layak menyertai rancangan Roda Impian.

b) Game Telefon dan menang (anjuran Telekom Malaysia di TV3) ialah celebrity (selalunya para artis) akan menekan butang dan sistem elektronik akan memilih 4 digit terakhir telefon pelanggan. Kemudian pelanggan akan memanggil dan menjawab soalan dan jika menang akan mendapat hadiah. pelanggan juga tidak perlu membeli apa-apa barangan dan perkhidmatan cuma caj telefon pada kadar biasa.

c) Who Wants 2B a Millionaire (WW2BaM) terbitan NTV7 ditaja oleh Digi. Sudah ada fatwa di Mesir dan negara2 Telok Arab yg mengharamkannya. CAP (Consumer Association of Penang) juga menggesa kerajaan mengharamkan gameshow WW2B aM kerana penganjur menggunakan keuntungan caj talian 1-600 dengan mengaut keuntungan. Cara penyertaan: Peserta dikehendaki mendail talian 1-600 pada kadar caj yg mahal untuk menjawab beberapa soalan sebelum di senaraipendekkan dan terpilih.

Jika kita membuat perbandingan, kita dapati gameshow WW2B aM lebih hampir kpd judi kerana kos menyertainya dan sudah ada fatwa dari Timur Tengah yg mengharamkannya dan juga gesaan dari persatuan pengguna. Manakala gameshow spt Roda Impian-Astro dan Telefon dan menang-Telekom Malaysia tidaklah kita dapati unsur judi yg ketara melainkan kos yg perlu dikeluarkan untuk melayari web site untuk mendaftar bagi Astro dan mendail nombor bagi gameshow Telekom. Kos juga terlibat jika anda terpilih untuk ujibakat di studio Astro. Jika dibandingkan, gameshow Telekom (telefon dan menang) lebih murah dan mudah berbanding gameshow Astro.

Rumusan: Jika kita ragu2 dan was-was, langkah terbaik disarankan oleh Islam ialah menjauhi yg syubhat. Adapun perbuatan menghakis hukum-hakam agama ini adalah perbuatan Yahudi sbgmn hadis keluaran Ibn Baththah yg disahihkan oleh Imam atTermidzi," Jangan kamu berbuat dosa seperti mana spt Yahudi, mereka menghalalkan larangan-larangan Tuhan dengan helah yg kecil-kecil." Maka tipudaya Yahudi ialah memasukkan unsur-unsur dosa dan yg haram ini secara kecil-kecilan supaya manusia tidak terasa kerana halusnya itu.

Pokoknya: gameshow itu adalah angan-angan dan jarum-jarum yahudi, walaupun ia nampak halal, tapi spt mana maksud hadis di atas, ia ada jerat2 dan perangkap Yahudi untuk meruntuhkan hukum2 agama. (berdasarkan beberapab Fatwa Mufti Brunei, Irsyad Hukum tahun 2000 mengenai beberapa jenis gameshow dan funfare di Brunei) Allahu a'alam

rujukan
SJ-1770: Gameshow Roda Impian
SJ 698 Soal#1: Bekerja di LHDN, Jatuh Talak?, Gameshow lagi