SU-00239: Berinteraksi Dengan Jin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00239: Berinteraksi Dengan Jin

:salam

Saya ini bertugas di dalam bidang pengurusan projek pembinaan yang mana tempat bertugas saya adalah di tempat tapak pembinaan itu sendiri. Saya banyak mendengar cerita dari rakan2 sepejabat dan pekerja2 di tapak pembinaan tentang kejadian aneh berlaku seperti bunyi kuda belari di basement bangunan, piling rigs selalu saja rosak padahal baru dibaiki dan bermacam-macam lagi. Ada setengah kejadian tu melibat valve tong karbon dioksida terbuka didalam basement meyebabkan kematian berlaku. Disebabkan perkara aneh ini, pihak pengurusan memanggil ustaz untuk menyelesaikan masalah ini. Ustaz ini mengesahkan semua kejadian aneh adalah angkara penduduk asal tapak tersebut yakni jin. Lalu ustaz itu berkomunikasi dengan jin hingga mencapai kata persetujuan seperti komuniti jin itu hendaklah meninggalkan tapak tersebut. Sebagai balasannya jin tersebut diberi bot penangkap ikan, kereta mewah dan bermacam-macam lagi. Yang lebih pelik lagi, ustaz itu tahu siapa nama pekerja yg mati (tidak diberitahu sebelumnya) dan bagaimana ia mati dan tempat ia mati. Ada satu kes tu pulak, ustaz itu memunggah komuniti jin tu dgn menggunakan bas menuju ke destinasi tertentu. Walaupun bas tu nampaknya kosong, tapi ianya kelihatan sarat dengan penumpang.

Kesemua kejadian disebut di atas adalah berdasarkan apa yg diceritakan oleh rakan sepejabat saya. Saya tak pernah mengalami perkara seperti itu walaupun saya berjalan seorang diri dekat site.

Persoalannya ialah apakah manusia boleh berinteraksi sedemikian dengan jin hingga membuat kata persetujuan. Tidakkah jin itu berada di alam ghaib. Kalau tak salah saya, dalam Quran Allah ada menyebut, segala urusan ghaib serahlah kepadaNya. Manusia hanya meminta pertolongan daripadaNya sahaja. Lagi pula bukankah Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi? Oleh itu sepatutnya jin mesti beredar jika manusia menerokai tempat mereka, tak perlu berbincang-bincang lagi. Satu lagi yang pelik, ustaz itu siap offer jin itu kereta mewah dan bot penangkap ikan. Adakah kehidupan jin sama dengan kehidupan manusia? Adakah keperluan atau keinginan jin sama dengan manusia? Ini yang peliknya.

Sebenarnya saya tidak mempercayai ini semua. Memang jin itu wujud tapi di alam ghaib. Tapi mengapa orang yang bertaraf lebai atau ustaz melakukan ini semua? Saya lebih percaya kepada berdoa kepada Allah agar dijauhi sebarang malapetaka dan kejadian tak diingini. Hal ghaib kita serah kepada Allah sahaja.

Apa pandangan ahli panel mengenai perkara ini? Adakah berinteraksi dgn jin secara sedemikian boleh membawa kita kepada syirik?

Sekian.

:wassalam

Re: SU-00239: Berinteraksi Dengan Jin

:salam

Persoalan mengenai jin ini telah byk dibahaskan oleh panel fiqh kita terutama UStaz Pendekar. Berikut saya sertakan URL kpd salah satu jawapan beliau. Telitilah dan bacalah juga URL2 yg disertakan oleh beliau. WA.

SJ – 2499 : MENGHADIRKAN ROH JIN

:wassalam