SU - 00243: [G] Fiqh Siyyam - Terpancar mani

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU - 00243: [G] Fiqh Siyyam - Terpancar mani

Ramadhan Mubarak
:salam
post pertama saya.terima kasih Ahkam online atas sumbangan ilmu yg cukup bermanfaat buat umat Islam.

camni..nak tanya:
begini, dlm bulan posa ni kalo kita tgk tv, tiba2 rasa terangsang tgk satu awek cun kat dlm tv tu...terus jadi khayal dan tiba2 terpancar air mani tanpa dpt dikawal(uii parah kalo disekat tu :o)

apakah hukumnyer kalo begitu?

adakah batal posa?

adakah dikira satu dosa krn pi tgk citer2 yg dtgkan ghairah di bulan posa?

kena taubat ke?

isk..cukup sukar nak mengawal nafsu ni yer..

mintak jasa baik panel ahkam yg arif respon kpd soalan ini.
maaf kot2 termasuk kategori soalan ulangan. :smirk:
Jkk

Re: Terpancar mani

:salam

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fiqhus siyyam mengatakan salah satu perkara yg membatalkan puasa ialah mengeluarkan air mani dgn sengaja melalui onani atau seumpamanya membatalkan puasa. Beliau mengatakan 'seumpamanya' bermaksud apa2 cara yg boleh mengakibatkan keluarnya air mani dan tidak pula org yg berpuasa itu cuba menghindarinya. Ini termasuklah menonton adegan lucah etc. Manakala terkeluarnya mani tanpa disengajakan tidaklah membatalkan puasa.

Dr Abdul Karim zaidan dalam al-Mufashal fi-ahkamil mar'ah wal-bait al-muslim ada membahaskan mengenai batal atau tidak puasa bagi mereka yg berkhayal sehingga keluarnya mani. Berikut perbicangan beliau:

Ibn Qudamah al-Hanbali berkata, "Puasanya tidak batal." Ibn Aqil al-Hanbali memilih pendpt yg membatalkan puasa kerana sesungguhnya khayalan yg dia hadirkan dalam pikirannya termasuk perbuatan yg dilakukan dgn sedar, dgn dalil bahawa org itu telah melakukan bid'ah dan kekufuran. Padahal Allah memuji org2 yg memikirkan ciptaan langit dan bumi.

Ibn Qudamah berhujahkan hadis berikut yg bermaksud:
"Umatku diberi ampunan dari kesalahan dan kelupaan, dan hal2 yg dibisikkan oleh hawa nafsunya selama dia tidak melakukannya atau membicarakannya."

Hadis di atas membawa makna bahawa khayalan adalah bisikan nafsu, dan khayalan yg muncul tidak membawa konsekuensi apapun selama tidak disertai dgn perbuatan. Selain itu, tidak ada nas mengenai batalnya puasa krn perbuatan itu, dan juga tidak ada ijma' ulama' serta tidak mungkin kita menganalogikannya dgn persentuhan kulit atau memandang berulang2*** krn kondisi khayalan berada di bawah kedua hal itu dari segi pembangkitan syahwat atau keluarnya mani."

Adapun mazhab maliki mengatakan, "Kalau seseorang mengeluarkan mani ketika berkhayal, maka puasanya dianggap batal dan dia diharuskan qadha'. Selain itu, dia juga diwajibkan utk melakukan kafarat, krn mengkhayal itu hukumnya haram serta dianggap dapat menaikkan syahwat, dan merasa bahawa dgn mengkhayal itu dia akan mengeluarkan mani."

Quote:
kena taubat ke?

SJ – 2237 : TAUBAT , SIKSA HAIWAN & PERMAINAN YANG HARUS

Sekian. WA.

:wassalam

RUJUKAN LAIN
Ramadhan Fatawa
Fatawa by The Permanent Committee for Islamic Research and Fatawa

p/s: *** memandang berulang2 kali sehingga terkluarnya mani adalah membatalkan puasa krn termasuk dalam sengaja mengeluarkan mani.

Re: SU - 00243: [G] Fiqh Siyyam - Terpancar mani

:wassalam
Jawapan telah ditas-hih