:salam
Ana ada sedikit kemusykilan...
Cthnya ana bernazar untuk buat ...bla..bla... bila ana dapat sesuatu benda tu... Setahu ana, tu dah jadi janji yg mesti ana tunaikan seandainya ana betul-betul dapat benda tu ...
Tapi, ada org kata, selagi benda yg kita hajatkan tu masih belum dapat, kita masih boleh ubah nazar kita hatta MEMBATALKANNYA contohnya kalau kita fikir balik yg kita ni rasanya tak mampu nak tunaikan nazar yg kita buat tu..or..kita rasa ada nak buat pembetulan dan perubahan dsb...
Betul ke?
WA
:salam
Soalan yg lebih kurang sama pernah diajukan. Oleh itu, saya masukkan dalam koleks soalan ulangan.
Nazar itu merupakan sejens sumpah. Kita tidak boleh mempermainkan kalimah sumah/nazar sesuka hati kita. Kejap nak, kejap tak nak. Apabila seseorang itu bernazar, maka wajib ke atasnya utk menunaikan nazar tersebut.
Namun sekiranya nazar itu tidak dapat dilaksanakan atas sebab tertentu spt uzur, maka allah swt telah menyediakan jalan keluar iaitu:
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang disengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikian Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur(kepada-Nya)." (QS. 5:89)
sekian. WA.
:wassalam
Rujukan
Fatawa Muasirah
Dr Yusuf al-Qaradhawi
SJ-1788: Nazar & Sumpah.
SJ-1793: Nazar & Sumpah (Lanjutan)
SJ-1193: Membatalkan Nazar & solat akhir waktu
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.