SU - 00298: [G] Imam laju sangat...

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU - 00298: [G] Imam laju sangat...

:salam
Sepanjang saya mengerjakan solat terawih, saya belum pernah berimamkan imam yang sebegini laju. Ketika solat Isyak, tidak pula laju...hanya ketika solat terawih. Bacaannya terlalu laju dan bersambung2 ayatnya sehingga kadang2 sukar dikesan surah apa yg dibacanya walaupun ianya surah lazim. Sebutan "dhoo" dalam bacaan Al-Fatihah juga tidak sampai 6 harakat, mungkin hanya 3 harakat shj. Walaupun merasa kurang senang, saya tetap pergi ke situ kerana ia dekat dengan rumah(baru pindah). Juga kerana tak semua imamnya membaca dengan cepat, hanya 2 orang 'imam laju', yang lain OK. Saya juga merasa ragu2 kerana seorang dari 'imam laju' itu, ketika menyebut "Allahu Akbar", ia tidak menyebut dengan sebutan 'khaf' tetapi dengan sebutan 'kho'..."Allahu Akhbar". Saya hanya mengabaikannya kerana berfikir 'jika salah, takkan imam lain atau bilal tak tegor'...tetapi bolehkah begitu? sangat nyata huruf 'kho' digunakan! Kerana setahu saya 'akbar' dari perkataan 'kabir'(khaf+ba+ro) manakala 'akhbar' dari 'khabar' (kho+ba+ro)...macam surat khabar disebut juga akhbar...jadi kalau disebut "Allahu Akhbar" lain maksudnya...rasanya macam tu kot... :p
Soalan saya, adakah perasaan tak puas hati dengan bacaan imam yang wujud dalam diri saya memberi kesan pada solat jemaah saya itu? dari sudut sah atau tidak bagaimana pula?
Saya juga pernah tertinggal di belakang lebih dari 2 rukun kerana imam terlalu laju, sahkah solat jemaah saya itu?
Soalan tambahan...
solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat tetapi saya dan adik hanya melakukan 8 rakaat sahaja kemudian kami balik. Ini menyebabkan kami seolah2 tidak disukai(saya rasa) oleh jemaah di situ kerana hanya kami berdua buat 8 rakaat. Alasan saya balik awal kerana (1)ingin menghabiskan 1 juzuk quran, (2)masih belum mahu melakukan solat witir kerana ada solat sunat lain yang masih ingin dilakukan dan (3)ikut sunah nabi...jadi apakah wajar saya buat 20 rakaat kerana semua orang buat 20 rakaat, bukan kerana Allah? sekadar mengambil hati...
Diharap ustaz2 di sini dapat memberi sedikit penjelasan. Harap jangan di'delete' soalan tambahan itu kerana masih berkaitan dengan terawih. :) Jazakallahu khairon kathiro. syukran.
:wassalam

Re: imam laju sangat...

:salam

Pertama sekali, kami memohon maaf krn lewat menjawab soalan sdr. Soalan sdr ini kebanyakannya soalan ulangan. Saya akan berikan URL berkaitan.

Quote:
Sepanjang saya mengerjakan solat terawih, saya belum pernah berimamkan imam yang sebegini laju. Ketika solat Isyak, tidak pula laju...hanya ketika solat terawih. Bacaannya terlalu laju dan bersambung2 ayatnya sehingga kadang2 sukar dikesan surah apa yg dibacanya walaupun ianya surah lazim. Sebutan "dhoo" dalam bacaan Al-Fatihah juga tidak sampai 6 harakat, mungkin hanya 3 harakat shj. Walaupun merasa kurang senang, saya tetap pergi ke situ kerana ia dekat dengan rumah(baru pindah). Juga kerana tak semua imamnya membaca dengan cepat, hanya 2 orang 'imam laju', yang lain OK. Saya juga merasa ragu2 kerana seorang dari 'imam laju' itu, ketika menyebut "Allahu Akbar", ia tidak menyebut dengan sebutan 'khaf' tetapi dengan sebutan 'kho'..."Allahu Akhbar". Saya hanya mengabaikannya kerana berfikir 'jika salah, takkan imam lain atau bilal tak tegor'...tetapi bolehkah begitu? sangat nyata huruf 'kho' digunakan! Kerana setahu saya 'akbar' dari perkataan 'kabir'(khaf+ba+ro) manakala 'akhbar' dari 'khabar' (kho+ba+ro)...macam surat khabar disebut juga akhbar...jadi kalau disebut "Allahu Akhbar" lain maksudnya...rasanya macam tu kot...
Soalan saya, adakah perasaan tak puas hati dengan bacaan imam yang wujud dalam diri saya memberi kesan pada solat jemaah saya itu? dari sudut sah atau tidak bagaimana pula?

Sila ke URL berikut: SJ – 2600 : IMAM TIDAK PANDAI TAJWID & MUFARAQAH

Quote:
Saya juga pernah tertinggal di belakang lebih dari 2 rukun kerana imam terlalu laju, sahkah solat jemaah saya itu?

SJ-2314: Susulan SJ-2308 (Sujud Sahwi)

SJ-2308: Pelbagai mengenai solat

Quote:
solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat tetapi saya dan adik hanya melakukan 8 rakaat sahaja kemudian kami balik. Ini menyebabkan kami seolah2 tidak disukai(saya rasa) oleh jemaah di situ kerana hanya kami berdua buat 8 rakaat. Alasan saya balik awal kerana (1)ingin menghabiskan 1 juzuk quran, (2)masih belum mahu melakukan solat witir kerana ada solat sunat lain yang masih ingin dilakukan dan (3)ikut sunah nabi...jadi apakah wajar saya buat 20 rakaat kerana semua orang buat 20 rakaat, bukan kerana Allah? sekadar mengambil hati...

Solat tarawikh 8 ataupun 20 merupakan perkara khilafiah. Ia tidak wajar dijadikan punca perbalahan ataupun sikap saling bermasam muka. Sdr berhak memilih mana2 kaifiat. Imam Hasan al-Banna dalam usul isyrin menkilkan:

Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu / penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih saying kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub.

Adapun mengenai pandangan org lain itu(pandang serong), ia hanyalah sekadar perasaan sdr sahaja. Lakukanlah menurut keihklasan hati sendiri, krn keihklasan itu yg dikira oleh Allah swt. Sekian. WA.

:wassalam

Re: SU - 00298: [G] Imam laju sangat...

:wassalam
Tas-hih dan Transfer ke Ruangan SU

Oleh kerana Ust G mengesahkan ia soalan ulangan, maka kita pindahkan ke ruangan yg berkaitan.