SU-00356 Nasyid hiburan dakwah yang dibenarkan Islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00356 Nasyid hiburan dakwah yang dibenarkan Islam

Quote:
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk membahaskan beberapa isu penggunaan alat2 muzik nasyid sekarang yang tampak terlalu 'advance' dan adakalanya sudah sama sahaja spt genre muzik pop, r&b, rock, rap etc... apakah hukum nasyid sebegini? Apakah pendirian kita terhadap konsep muzik yang dibawa oleh penggiat nasyid Rabbani, Hijjaz, Inteam, UNIC, Mestica, Firdaus, DeHearty, Saujana, Nowseeheart dan lelain seangkatan mereka ?

Kedudukan hukum muzik itu sebenarnya bergantung kpd 3 faktor.
1) Jenis alat muzik yang digunakan
2) Penyanyinya dan pendengarnya
3) Jenis lagu

Para ulama' berpendapat bahawa :
a) Menggunakan alatan muzik yang dilarang syara' maka kedudukan muzik ini adalah haram
b) Menggunakan alatan muzik yg harus pada syara' maka kedudukannya adalah harus umpama memukul 'ghirbal' (sejenis rebana) sewaktu majlis perkahwinan.
c) Menggunakan alatan muzik yang harus namun tercemar dgn perkara2 haram spt nyanyian lagu asmara cinta, percampuran lelaki wanita disertai arak, judi seumpamanya... ketika ini hukumnya dah bertukar menjadi haram.

Adapun mengenai hukum penggunaan alatan muzik bertali menurut para ulama' hukumnya haram krn alatan muzik bertali itu sendiri sudah haram di sisi syara' dan di sini disertakan beberapa dalil hadis :

Quote:
Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a telah bersabda Rasulullah saw : Bahawa Allah 'Azza wa jalla membangkitkanku menjadi nabi dgn mbawa hidayah dan rahmat kpd org2 mukminin dan memerintahkanku mhapuskan alat ma'azif (alat bunyi-bunyian) dan alat2 mazamir (alat bertiup, seruling) dan alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib dan perkara2 jahiliah dan tuhanku telah bersumpah dgn kebesarannya dan kekuasaanNya serta kemuliaannya : Tiada minum seorg dari hamba2ku itu akan seteguk drpd arak dgn sengaja ketika berada di dunia melainkan aku meminumkan dia ganti arak itu drpd darah nanah pada hari kiamat, sama ada diampunkan dia atau diazabkan dia dan tiada siapa hambaku yang meninggalkan arak di dunia krn takutkan Aku dan aku berinya minum arak di syurga. Tiadalah halal dijual perkara2 itu dan tiadalah halal diperniagakan dan harganya adalah haram....
(hadis riwayat Abu Daud)

Quote:
Adapun hadis riwayat dari Ibnu Abbas r.a pula :
"Kubah (sejenis gendang yg panjang dan ramping tgh) itu haram, dannu itu haram, ma'azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram"

Quote:
Dalam hadis yg lain Rasulullah saw bersabda, "ditukarkan keadaan satu golongan drpd umatku keadaan yg lebih buruk dgn sbb mereka meminum arak dan bermain kubah dan ma'azif"...

Banyak hadis2 yang memperihalkan ttg haramnya alatan tertentu yg byk digunakan dlm industri muzik masa kini, namun malangnya tidak ramai yang mengambil berat mengenainya malah turutbersama dalam meraikannya..

Quote:
Adapun firman Allah Allah swt dlm surah Luqman : 6
"Dan ada di antara manusia, org memilih serta membelanjakan hartanya kpd cerita2 dan perkara hiburan melalaikan, yg berakibat menyesatkan /(dirinya dan org ramai) drpd agama Allah"

berkata Ibnu Abbas mengenai ayat ini : "sesungguhnya itulah alat2 hiburan"

Di sini Phase4 ingin membentangkan pendapat qaul ulama' muktabar bagi mengukuhkan hujah mengenai hukum alatan muzik.

Quote:
"Dan berkata Abu al-'Abbas al-Qurtubi : Adapun alat2 muzik yang ditiup (almazamir) , alat yang bertali (al-awtar) , alat2 muzik yg digendang (kubah) , maka tiada khilaf (perselisihan) ulama' mengharamkan mendengarnya dan aku tidak dgr seorg pun drpd ulama yg muktabar sama ada ulama' salaf mahupun ulama' khalaf berpendapat mengharuskannya... bagaimanalah tidak haram, sedangkan yg demikian itu adalah syiar (tanda/lambang) bagi penggemar2 arak dan syiar penyokong2 fasiq, pendorong kpd syahwat dan kerosakan serta syiar bg org2 tidak waras.. Dgn hanya demikian x syak lagi mengharamkannya dan tidak syak lagi ttg fasiq dan org yang melakukannya.."

Ini adalah satu persoalan dilemma muzik nasyid tanahair kita masa kini.. adakah kita sewenangnya melupakan persoalan hukum dalam dakwah ? Adakah Hijjaz, Rabbani, Inteam, Dehearty, UNIC dan seangkatan para 'munsyid' tanahair menganggap remeh temeh akan hal ini yang spttnya dijadikan asas dalam agenda mereka...moga ini akan mencetuskan tajdid fikri pembaharuan, perubahan pemikiran yang lebih islamik dalam hiburan nasyid tanah air...

Re: Nasyid hiburan dakwah yang dibenarkan Islam

:salam

Kami tidak faham apa yg sebenarnya ingin ditanyakan. Mungkin si penanya inginkan respon kami mengenai artikel yg dilampirkan.

Yg jelas, al-Ahkam sudah byk kali menjawab perihal muzik dan alat muzik. Sila gunakan enjin carian dgn memasukkan kata kunci 'muzik'. Sdr akan bertemu dgn byk topik yg berkaitan. Ataupun sdr boleh terus ke URL berikut:
Menyanyi dan Muzik

:wassalam