Sumber Rujukan Islam Anda..
1261 |
Fiqh al-Jihad Perlu Diajar Kepada Masyarakat? Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Melihat isu-isu yang dibangkitkan di akhbar-akhbar. Akan menimbulkan satu persoalan di dalam minda kita semua. Apakah sebenarnya jihad di sisi umat Islam pada masa kini. Saya berpendapat kita dilanda ombak dua aliran ekstrem yang memusnahkan kemuliaan jihad, yang mana Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang melakukannya. Kita bertemu dua kelompok yang umpama timur dengan barat, langit dengan bumi. 13 years 4 months ago |
1262 |
MP3 Khutbah Mengikuti Nabi (Ittiba' al Sunnah) Ust Johari Abdul Wahab Rakaman Khutbah Jumaat 18 Jun 2010 di Masjid Batu, P. Pauh, P. Pinang http://www.mediafire.com/?neyjzizitmm 13 years 4 months ago |
1263 |
Dalam Fiqh, Saudi…Dalam Hadith, al-Albani…’Itu Kajian Ilmiah’? Sebahagian (bukan semua, sebahagian) penuntut ilmu amat gopoh dalam memberikan penilaian terhadap sesuatu isu agama atau cabang ilmu berkaitan Islam. Saya terpanggil untuk menulis apa yang sering saya bicarakan bersama sahabat-sahabat lain dalam al-ahkam.net iaitu fenomena ‘tarjih’ iaitu keupayaan memilih pendapat yang terbaik dan terkuat mengikut dalil apabila berlakunya perbezaan dan perselisihan. Tarjih di sini tidak semestinya dalam fiqh, bahkan termasuk juga dalam aqidah, tafsir, hadith dan sebagainya.
13 years 4 months ago |
1264 |
[Dunia Buku] Hadits-hadits Lemah & Palsu Tentang Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan Tajuk asal buku ini ialah Hadits-hadits Lemah & Palsu dalam Kitab Durratun Nasihin (Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan). Sebagaimana tertera pada tajuk, bahawa buku ini merupakan takhrij untuk beberapa bab dari buku yang cukup masyhur iaitu Durratun Nasihin. Bab yang dipilihnya adalah tentang kelebihan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan. 13 years 4 months ago |
1265 |
[Download] MP3 Pengajian Sahih al-Bukhari Sessi Januari – Februari 2010 Maulana Mohd Asri Berikut ini pula adalah koleksi MP3 pengajian hadis Sahih al-Bukhari oleh Maulana Mohd Asri Yusof untuk sessi Januari hingga Februari 2010. Iaitu bermula dari tarikh 16 Januari 2010 hingga 27 Februari 2010. Sila sebarkan dan kongsikan bersama rakan-rakan yang lain. 13 years 4 months ago |
1266 |
Ustaz Zahazan: Rejab, Walaupun Hadisnya Dhaif Tapi Janganlah Kita Melarang Orang Nak Beramal Petikan dari al-Kuliyaah TV3 berkaitan dengan Rejab. rakaman TV yang diconvert kepada MP3. Diulas oleh Ustaz Zahazan. Antara yang diketengahkan ialah: 13 years 4 months ago |
1267 |
MP3 Ceramah Faedah dan Cara Belajar Hadis- Ust Adlan Abd Aziz@ Alitantawi Ceramah di Masjid Batu, P. Pinang pada 13 Jun 2010 http://www.mediafire.com/?hyt40mywjzz 13 years 4 months ago |
1268 |
GF Haddad: Berpuasa di Bulan Rejab Oleh: GF Haddad Imam al-Nawawi (rahimahullah) menyebut: 13 years 4 months ago |
1269 |
Hadith Dhaif Dalam Buku Imam-Imam Hadith?...Bahagian 2 Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dan menyambung bicara artikel pertama. Saya berharap tulisan bersiri sebegini akan menjadikan saya lebih mudah untuk menghuraikan sesuatu hujah dan juga memudahkan pembaca untuk memberikan tumpuan kepada tajuk-tajuk kecil yang dibicarakan. Dalam tulisan lepas kita telah melihat sepintas lalu tentang persoalan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penuntut ilmu hadith iaitu – kewujudan hadith-hadith dhaif dalam buku-buku hadith utama yang disusun oleh imam-imam hadith terkemuka. Begitu juga saya telah cuba senaraikan sebahagian daripada penyelesaian yang biasa ditemui dalam menghuraikan permasalahan ini dalam kalangan pengkaji moden dan penuntut ilmu hadith di mana-mana termasuk di Malaysia. Lalu saya menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan tafsiran-tafsiran atau penyelesaian yang diberikan. Mengapa?
13 years 4 months ago |
1270 |
Ustaz al-Ghari: Salah Faham Terhadap Keistimewaan Rejab Oleh: Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari 13 years 4 months ago |
1271 |
[DOWNLOAD!] MP3 Koleksi Kuliah Sunan Abi Daud Maulana Mohd Asri Jan - Feb 2010 Oleh zain-ys Koleksi MP3 kuliah pengajian Sunan Abi Daud oleh Maulana Mohd Asri Yusof untuk sessi Januari 2010 hingga Februari 2010. Pengajian untuk sessi ini masih berkisar di sekitar bab Zakat sambungan dari sessi Disember 2009 tahun lepas. Berikut ini senarai kuliah, tajuk dan link MP3 untuk dimuat turun. 13 years 4 months ago |
1272 |
Hadith Dhaif Dalam Buku Imam-Imam Hadith?...Bahagian 1 Sebahagian penuntut ilmu hadith terkadang menghadapi situasi-situasi atau masalah tertentu yang sukar untuk difahami. Situasi yang sebegitu sebenarnya akan mematangkan lagi mereka dengan syarat mereka bersungguh-sungguh membuat pembacaan, penilaian dan meneruskan pengajian tanpa jemu. Namun sekiranya ia tidak ditangani dengan baik, mungkin akan timbul pelbagai salah faham dan kekeliruan pada diri mereka. Contoh situasi dan masalah yang perlu difahami dengan baik ialah – kewujudan hadith dhaif dalam buku-buku utama hadith yang dikarang oleh imam-imam hadith terdahulu – dan inilah yang akan kita bicarakan dengan kadar yang ringkas dan padat insya Allah.
13 years 4 months ago |
1273 |
Asas Utama Membuat Penilaian Oleh: Musmai (http://musmai.blogspot.com/) 1) Mengenal pasti kesahihan sesuatu fakta 2) Memahami apa yang dimaksudkan oleh fakta (yang telah disahkan ketulenannya) sama ada tersurat dan tersirat + untuk yang pertama , metodologi yang paling signifikan dan praktikal untuk mendapatkannya telah pun dicipta oleh para sarjana Islam semenjak pertengahan kurun kedua Hijriah .Metodologi ini akhirnya menjadi sebuah ilmu yang ditulis dan dibukukan.Ianya juga menjadi satu keistimewaan bagi umat Islam disebabkan ketandusannya umat lain dalam memiliki metod ini.Metodologi ini lebih dikenali disisi sarjana Islam dengan nama 'Ulum Al-Hadith'. 13 years 4 months ago |
1274 |
Fatwa al-Allamah Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad: Hukum Menadah Tangan Kerana Doa Khatib Oleh zain-ys Hukum menadah tangan kerana doa khatib. Fatwa yang saya petik dari buku koleksi fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor jilid 1 oleh al-Allamah Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad, halaman 68 - 69, terbitan Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, cetakan ke-3 (1981) 13 years 4 months ago |
1275 |
Berhati-hati dengan 'Buku Terjemahan' Nasihat yang ingin diberikan bukanlah bertujuan untuk menyekat dan menghadkan pembacaan buku-buku terjemahan. Bukanlah juga tujuan saya untuk menyarankan bahawa buku-buku ini perlu dibaca dalam bahasa asalnya sahaja iaitu Bahasa Arab. Nasihat yang saya coretkan di sini juga bukanlah sesuatu yang datangnya dari khayalan atau cerita-cerita yang saya dengar dari orang lain. Ia merupakan pengalaman diri saya sendiri yang bertemu secara tidak dirancang dengan kesilapan-kesilapan dalam terjemahan sebahagian buku-buku berkaitan hadith dan buku-buku Arab yang diterjemahkan dalam bidang-bidang lain seperti tafsir, dakwah, fiqh dan sebagainya. 13 years 4 months ago |