Displaying 1201 - 1215 of 1659
1201 Akhirnya Ary Ginanjar Akui Kekeliruan ESQ

Oleh Wildan Hasan
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Di tengah gonjang-ganjing status “keabsanan” ESQ Ary Ginanjar setelah difatwa sesat oleh Mufti Malaysia, alhamdulillah, di Bekasi Jawa Barat terjadi dialog dari hati ke hati antara seorang alumnus training ESQ, Ustadz Farid Achmad Okbah MA dengan pendiri ESQ, Bapak Dr Ary Ginanjar Agustian. Dialog diadakan pada hari selasa 20 Juli 2010 pukul 18.30 - 20.00 WIB di Meeting Room Radio DAKTA Jl. KH. Agus Salim Bekasi.


13 years 3 months ago
1202 Semakan Kehakiman Membatalkan Fatwa Mufti WP: Permohohan ESQ Ditolak

Permohonan ESQ ditolak

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ) supaya diberikan kebenaran untuk membuat semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan berhubung ajaran dan fahaman yang dibawa syarikat itu kerana Mahkamah Sivil tidak terlatih dalam hal-hal syariah.


13 years 3 months ago
1203 Kertas kerja Seminar Tafsir al-Quran: Mengenali Imam at-Tabari dan Tafsirnya

Kertas kerja Seminar Tafsir al-Quran Anjuran bersama IRF - IIUM - al-ahkam.net
Tajuk: Mengenali Imam at-Tabari dan Tafsirnya
Oleh: Ustaz Adlan Abdul Aziz, Ketua Jab. Hadis al-ahkam.net
Seminar berkenaan telah diadakan pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010, Masa: 0830 H - 1330 H

Download file pdf


13 years 3 months ago
1204 Ustaz Aizam Mas'od: ESQ Satu ‘Ideologi’ Bukan ‘Metodologi’

Oleh: Ustaz Aizam bin Mas'od (JAKIM)

Ketika menyampaikan kuliah Maghrib malam tadi (di Wilayah Persekutuan), kebetulan penulis sampai kepada bab berkenaan ‘Asma dan Sifat Allah SWT’, penulis mengambil kesempatan menjelaskan tentang penyelewengan ESQ dalam mentafsirkan nama-nama Allah SWT yang Maha Baik. Perkara ini bertepatan dengan ayat 74 di dalam surah al—Nahl berbunyi:

فلا تضربوا لله الأمثال

Bermaksud: “Maka janganlah kamu menjadikan perumpamaan-perumpamaan bagi Allah”.


13 years 3 months ago
1205 Awasi Jerat Tawaran Pembiayaan Sempena Perayaan !!!

Sejak akhir-akhir ini, ke mana pun saya pergi, bersepah kelihatan pamplet-panplet skim pembiayaan sempena Aidilfitri ditawarkan.  Tak lain dan tak bukan, untuk menjerat manusia agar hanyut dengan nafsu untuk beraya sakan, agar mereka yang menawarkan skim-skim ini dapat meraih keuntungan!!! 

Izinkan saya berkongsi tulisan ini:


13 years 3 months ago
1206 Apa Yang Menarik Di Seminar Tafsir al-Quran (IRF - IIUM - al-ahkam.net): Tafsir Asad

Dr. Ahmad Farouk Musa akan membentangkan tajuk Risalah Reformis Tafsir Muhammad Asad. Antara isikandungan menarik yang akan diketengahkan ialah:
1. Menurut Muhammad Asad setiap ayat al-Quran mestilah mampu difahami secara tekstual dan kontekstual. Ini kerana al-Quran itu diturunkan ditujukan kepada akal manusia.
2.  Al-Quran menafsirkan dirinya sendiri seperti kata Syeikh Muhamad Abduh “pengulas dirinya yang terbaik.”

 


13 years 3 months ago
1207 Iklan Ambil Upah Menebus Diri dan Keluarga Dari Api Neraka Sempena Ramadhan

Iklan ini saya temui di suatu tempat. Saya snap gambarnya. Iklannya adalah iklan untuk menebus diri daripada api neraka sempena Ramadhan. Senang cerita iklan siapa-siapa nak upah orang untuk menebus dari api neraka untuk dirinya atau warisnya atau sesiapa sahaja samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Letak tepi dahulu soal Wahabi atau tidak yang amat memualkan itu. Juga soal aliran Sunnah atau tidak.. Baca petikan iklan berkenaan di bawah ini dan nilailah sendiri.


13 years 3 months ago
1208 Keutamaan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan

Saudara-saudaraku,

Ramadhan yang mulia bakal menemui kita, insyaALLAH.  Sama-samalah kita berdo’a kepada ALLAH ‘Azza wa Jalla agar kita dipanjangkan umur untuk hidup di dalam bulan Ramadhan, dan diberikan hidayah dan taufiq serta daya kekuatan agar dapat mengambil manfaat dari kebaikan-kebaikan yang telah ALLAH ‘Azza wa Jalla sediakan di dalamnya, amin.

 


13 years 3 months ago
1209 Mengenali Apa Itu GPS (Sistem Kedudukan Sejagat)

Sistem Kedudukan Sejagat
Sistem Kedudukan Sejagat atau Sistem Penentududukan Sejagat (bahasa Inggeris: Global Positioning System, GPS) merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. Ia merupakan satu-satunya sistem pandu arah satelit yang berfungsi hari ini. Sekumpulan antara 24 dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada penerima GPS, yang membolehkan kedudukannya (longitud, latitud dan altitud) dikenal pasti dalam apa jua cuaca, siang dan malam di mana-mana di Bumi.


13 years 3 months ago
1210 Fidyah ikut hari

Soalan:
Mohon penjelasan lanjut mengenai fidyah, antaranya, kewajipan membayar fidyah, siapakah yang wajib membayar fidyah?

Jawapan:
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: ...dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin...(al-Baqarah: 184).

Berdasarkan dalil di atas, fidyah puasa hukumnya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari.


13 years 3 months ago
1211 Clash of the Titans: Akibat Banyaknya Tuhan

Manusia berperang dengan Dewa atau tuhan yang menciptanya.. Yang memimpin peperangan itu sendiri adalah anak tuhan. Anak ini lahir hasil perkosaan dengan seorang wanita.

Tuhan memperkosa..? Tuhan ada anak? Tuhan diperangi? Tuhan banyak dan berbilang-bilang?

Ha ha ha.. Memang kelihatannya mengarut, namun itulah kepercayaan Yunani kuno. Ia dikisahkan semula dalam filem Hollywood Clash of the Titans.


13 years 4 months ago
1212 Mengenal Siapakah Dia Zeus Si Raja Para Dewa Yunani

Zeus
Zeus (Yunani: Ζεύς) atau Dias (Δίας) adalah raja para dewa dalam mitologi Yunani.[1] Dalam Theogonia karya Hesiod, Zeus disebut sebagai "Ayah para Dewa dan manusia". Zeus tinggal di Gunung Olimpus. Zeus adalah dewa langit dan petir. Simbolnya adalah petir, elang, banteng, dan pohon ek. Zeus sering digambarkan oleh seniman Yunani dalam posisi berdiri dengan tangan memegang petir atau duduk di tahtanya. Zeus juga dikenal di Romawi kuno dan India kuno. Dalam bahasa Latin disebut Iopiter sedangkan dalam bahasa Sansekerta disebut Dyaus-pita.


13 years 4 months ago
1213 Puasa nisfu Syaaban bidaah

Rasulullah berpuasa paling banyak dalam Syaaban selepas Ramadan. Apa maksud atau falsafah di sebalik perbuatan baginda ini?

SHUKRAN: Sememangnya daripada segi psikologi, kita mahukan yang terbaik dalam beribadat apabila masuk bulan Rejab, Syaaban hingga ke Ramadan. Sebab itu, kita ghairah beribadat.

Antara falsafah kenapa Nabi Muhammad SAW berpuasa sunat lebih dalam bulan Syaaban berbanding bulan lain adalah sebagai tanda perhambaan kita kepada Allah.

Setiap ibadat yang dilakukan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah yang menciptakan kita dan sekelian alam ini.


13 years 4 months ago
1214 [Download] MP3 Pengajian Sahih Muslim Sessi Feb - May 2010

Pengajian Sahih Muslim oleh Maulana Mohd Asri Yusof mulai tarikh 24 Mac 2010 mula memasuki tajuk perubatan, berjampi, racun, sihir  dan yang berkaitan dengannya.

Menurut pendapat saya, pengajian sessi ini merupakan sesuatu yang cukup penting bagi mereka yang ingin mengetahui tentang asas dan prinsip perubatan yang diamalkan pada zaman nabi s.a.w.

Maulana Mohd Asri akan menjelaskannya bermula dari asas dan prinsipnya hingga kepada bahan-bahan yang digunakan, kegunaannya dan seterusnya.


13 years 4 months ago
1215 Kumpulan dakwah dianggap berdosa, Umno bagaimana

Mohd Dzul Khairi   

Tahniah kepada Jabatan Akidah Universiti Malaya yang telah berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Islam baru-baru ini. Bagaimana pun, saya memiliki pandangan tersendiri dalam bab ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada guru saya, Prof Madya Kamil Abd Majid, Dr Khalif Muammar, Dr Fauzi Zakaria dan Dr Lokman atas pembentangan yang menarik.

Saya merumuskan pandangan saya dalam bentuk sebegini:


13 years 4 months ago