SJ - 3197 : Liang lahad....

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3197 : Liang lahad....

:salam

Betul ke,orang tua-tua kata bahawa jika kita meninggalkan kubur tanpa penghuni(mayat le tue..)perlu digantikan dgn batang pisang buat sementara waktu kerana jika ditinggalkan begitu adalah tidak baik(terbaca dalam majalah Mastika)...ada la cerita yang mengatakan bahawa ada 'benda' akan mencari pengganti untuk lubang lahad yang dikorek tue..

Re: SJ - 3197 : Liang lahad....

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Petapa ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak benar pandangan diatas. Majalah Mastika itu tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan mengenai perkara agama Perlu ada penapisan sendiri (self censorship) didalam pembacaan sesuatu artikel/kisah. Kubur yang digali dan dibiarkan tanpa penghuni eloklah ditimbuskan sahaja bagi mengelak orang yang lalu dikawasan tersebut terjatuh kedalamnya. Adalah lebih baik ditimbuskan lubang tersebut dengan tanah sahaja, kenapa nak ditanam dengan batang pisang. Tak semua orang Islam didalam dunia ini mendapat akses kepada batang pisang! Kepercayaan mengenai 'benda' yang akan mencari pengganti kepada lubang lahad yang kosong ini hanyalah perkara kurafat. Allah sahaja yang menentukan saat-saat kematian manusia, dan bukannya 'benda' itu.

Pertama sekali, menggali kubur sebelum kematian seseorang itu merupakan satu perkara yang diada-adakan. Dengan kata lain, ia tidak dilakukan oleh Nabi saw. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam buku beliau Ahkam Al-Janaaiz wa bida'uha (ms 204) didalam masalah 110 mengatakan :

[="#0000ff" size="3"]æáÇ íÓÊÍÈ ááÑÌá Ãä íÍÝÑ ÞÈÑå ÞÈá Ãä íãæÊ ¡ ÝÅä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã áã íÝÚá Ðáß åæ æáÇ ÃÕÍÇÈå ¡ æÇáÚÈÏ áÇ íÏÑí Ãíä íãæÊ ¡ æÅÐÇ ßÇä ãÞÕæÏ ÇáÑÌá ÇáÇÓÊÚÏÇÏ ááãæÊ ¡ ÝåÐÇ íßæä ãä ÇáÚãá ÇáÕÇáÍ .
ßÐÇ Ýí " ÇáÇÎÊíÇÑÇÊ ÇáÚáãíÉ " áÔíÎ ÇáÇÓáÇã ÇÈä ÊíãíÉ ÑÍãå Çááå ÊÚÇáì

"Tidaklah disukai seseorang menggali liang kubur untuknya sebelum dia mati, kerana sesungguhnya Nabi saw tidak melakukan begitu, dan tidak juga dikalangan para sahabatnya. Disamping itu seseorang tidak tahu dimana ia akan mati, akan tetapi jika ia dimaksudkan seorang lelaki mempersediakan diri untuk mati, ini adalah amalan soleh, sebagaimana yg ditulis didalam "al-Ikhtiyaaratul-'Ilmiyah" karangan Shiekh Al-Islam ibn Taimiyah rh.".

Sheikh Al-Albani juga telah menyenaraikan perkara "menggali kubur dan mempersiapkannya sebelum kematian"[="#800000" size="3"](ÍÝÑ ÇáÞÈÑ ÞÈá ÇáãæÊ ÇÓÊÚÏÇÏÇ áå ) sebagai salah satu amalan bid'ah (Bid'ah no:132). Inikan pula, dah gali, lepas itu ditutup semula dengan menanam batang pisang, nampak sangat pembaziran masa yang dilakukan. wallahu'alam.

wassalam
==========
Rujukan :

1. Sheikh Mohammad Nasyiruddin Al-Albani. Ahkam Al-Janaaiz wa bida'uha. Percetakan baru. Riyad : Maktabah Al-Ma'aarif, 1992.

خيرالأمين