:salam
Ana ada sedikit kemusykilan...
Bagaimanakah Islam memandang permasalahan MENDERMA ORGAN kpd org lain?
Cthnya ada org yg hampir mati lalu ingin menderma ORGAN yg tertentu kpd org lain kpd org lain sesudah dia mati... Tak mengapakah begitu? Bukankah keseluruhan tubuhnya perlu ditanam di dalam kubur secara bersama?
WA
:salam
Saya sertakan pandangan yang di berikan oleh Dr. Muzammil Siddiqi...
Soalan:
Apakah pandangan Islam berhubung dengan pendermaaan organ semasa hidup atau pun ketika seseorang itu telah mati. Adakah ianya sesuatu yang dibenarkan oleh Islam.
wapan oleh Muzammil Siddiqi
Soalan sebegini telah banyak diperdebatkan oleh Ahli Ahli Fiqh dalam dua abad yang lalu.
Majlis Tertinggi Ulamak di Riyadh didalam resolusi no 99 bertarikh 6 Dzul Qaidah 1402 mengharuskan pendermaan dan pemindahan organ didalam keadaan yang diperlukan.
Organ tersebut mungkin diambil dari orang yang masih hidup dengan kebenaran nya dan juga dari mana-mana mayat. Bagi penderma yang masih hidup, mereka menetapkan bahawa pendermaan itu bukan pendermaan organ asasi si penderma tadi yang bakal memudaratkan penderma dan berkemungkinan mengancam nyawa mereka.
Akademi Fiqh Muslim World League (MWL) yang berpusat di Mekah juga membenarkan pendermaan organ dan penggunaan organ yang didermakan dalam sessi ke 8 yang dilangsungkan pada 28 Rabiul Thani- 7 Jumadal Awwal 1405.
Akademi Fiqh Organization of Islamic Country ( OIC) dalam satu konferen nya di Jeddah pada tahun 1408 juga mengharuskan pendermaan organ dan penggunaan organ yang di dermakan.
Dr. Syed Al Tantawi, Mufti Mesir, juga menyatakan adalah dibenarkan menggunakan organ yang didermakan dari mayat sekiranya pakar perbuatan Muslim memutuskan adalah perlu pemindahan organ tersebut dilakukan.
Adalah penting untuk di fahami, kebanyakan Ahli Fiqah hanya mengharuskan pendermaan organ dan mengharamkan penjualan organ tubuh manusia.
Ada yang berpandangan sekiranya mudarat itu terlalu besar dan terpaksa membeli organ, maka pembelian organ tersebut adalah sesuatu yang diharuskan, tetapi seorang Muslim adalah diharamkan menjual organ nya.
Sumber: http://bicaramuslim.com/bicara5/viewtopic.php?t=2228
Lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut: Hukum Pemindahan Organ dan Yang Berkaitan Dengannya - Dr Yusuf Qardhawi
SJ-1314: Menderma Organ pada Non-Muslim
sekian. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat. Kamin akan cuba merumuskan persoalan diatas kepada beberapa bahagian, Insyaallah.
1. Bolehkan menderma organ manusia ?
Ulama'-ulama' Islam melalui Majma' al-Fiqh Al-Islami (6 Zulqaedah 1410), Akademi Fiqh Liga Dunia Islam (1405), dll kebanyakkannya membenarkan amalan menderma organ manusia. Diantara syarat yang dikenakan ialah organ yg diambil itu merupakan organ yang boleh dibiakkan kembali. Tidak dibenarkan menderma organ utama seperti mata, jantung, tangan, kaki, buah zakar orang hidup kepada seorang yg lain, kerana ini boleh memudharatkan si penderma dan juga organ ini tidak boleh di biakkan kembali (reproduce). Perjanjian mesti ditanda tangani dan diantara syaratnya ialah organ-organ ini tidak boleh dijual beli. Perbincangan yg detail boleh anda baca didalam ruang fatwa al-ahkam dari fatwa yang diambil dari buku fatawa Muasyirah (2/532), karangan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ha. Kami tertarik dengan penerangan yg diberikan oleh Sheikh Al-Qaradhawi didalam fatwanya yg lain (Lihat urlnya dibawah) berkenaan dengan isu diatas, katanya :-
2. Hukum menderma organ orang yg telah mati.
Persoalan ini juga telah dibincangkan oleh Majma' al-Fiqh Al-Islami dan beberapa badan Fiqh yg lain. Diantara mereka membenarkan menderma organ atau mengambil organ orang mati ialah Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Beliau didalam buku Fatawa Mua'syirah (3/664) mengkategorikan menderma organ orang mati sebagai sedeqah jariah dengan memetik hadith yang dikeluarkan oleh Muslim berkenaan dengan 3 jenis amalan yg tidak akan putus selepas anak Adam mati; sedeqah jariah, ilmu yg bermunafaat dan anak yg soleh yg mendoa'kan keatasnya.
Katanya lagi :-
3. Apakah mengambil organ ini tidak menghormati mayat?
Sheikh Al-Qaradhawi mengatakan ada yang berpendapat bahawa mengambil organ dari mayit merupakan amalan menghilangkan kehormatan keatas mayat, sebagaimana sabda Nabi saw :-
Jawab beliau :-
--------------------------
Kesimpulannya menderma organ dibenarkan oleh jumhur ulama' samada dari orang hidup atau orang mati. Menderma organ juga merupakan amalan sedeqah jariah yang mendatangkan ganjaran yang banyak. Mengambil organ dari mayat bukanlah tidak menghormati mayat, malahan organ mayat tersebut diambil dengan cara pembedahan yang sama dengan orang hidup. Daripada mayat itu rosak dimakan cacing, lebih elok ia digunakan oleh orang yang memerlukan. Wallahu'alam.
wassalam
========
Rujukan :
1. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'aasyirah - 2. cetakan ke 3. Dar Al-Wafaa', 1994.
2. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'aasyirah - 3. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2002.
3. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. [="#800000" size="3"]ÇáÊÈÑÚ ÈÇáÃÚÖÇÁ : Íßãå æÔÑæØå. url :http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=2176"> http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=2176
خيرالأمين