SJ-11-0013 : E-ZAKAT ?? Apakah Pndangan Islam ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0013 : E-ZAKAT ?? Apakah Pndangan Islam ?

assalamu'alay-kum...

skrang ni.. negara kita memperkenalkan sistem E-ZAKAT.. jadi..sejauh mana ISLAM melihat perkembangan ini ? adakah ia dibenarkan ?

bgmana dgn kaedah asal, di mana ZAKAT hendaklah dibuat dgn lafaz?

mohon penjelasan...

WA

Re: SJ-11-0013 : E-ZAKAT ?? Apakah Pndangan Islam ?

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Islam melihat penggunaan ICT didalam kerja-kerja Islam merupakan satu perkembangan yang baik. ICT sekurang-kurangnya dapat memudahkan kerja-kerja Islam terutamanya didalam sistem kutipan zakat. Pusat Zakat Selangor seumpamanya telah melaksanakan keadah e-Zakat ini melalui Laman Webnya e-zakat (http://www.e-zakat.com.my). Pendekatan yang baik dapat kita lihat dewasa ini dengan adanya kaedah membayar bill dengan menggunakana internet, seperti perkhidmatan maybank2u.com.my. Ia mengabungkan diantara pembayar yang mempunyai akaun dengan bank dan juga penerima kutipan bill yang juga mempunyai akaun dengan bank tersebut; seterusnya berlakulah transaksi dengan kadar yang pantas.

(a) Kaedah asal (menyatakan lafaz zakat) yang sdr VHoutenJr nyatakan diatas bukanlah wajib; malah menurut Dr Wahabah al-Zuhaili - "Ulama' Syafie mengatakan wajib NIAT didalam hati dan tidak disyaratkan melafazkannya. Oleh itu orang yang mengeluarkan zakat hendahlah berniat - Inilah zakat hartaKu." . Begitu juga dengan mazhab Hanbali meletakkan Niat di hati sebagai syarat wajib berzakat. Jadi apa yang penting ketika menggunakan laman e-Zakat tersebut, semasa menekan butang proses hendaklah disertakan dengan niat!

(b) Penentu sahnya pemberian zakat ialah disyaratkan "memberi milik", iaitu dengan diberi kepada mereka yang berhak menerimanya. Hendaklah dipastikan bahawa pihak yang mengendalikan e-Zakat juga merupakan pihak yang berhak menerima dan mengagihkan zakat, bukannya pihak bogus (menyamar).

Perbincangan mengenai syarat sah penunaian zakat telah dibincangkan didalam SoalJawab al-ahkam yang lalu. Berikat adalah diantara urlnya :-

SJ-2268: Lafaz zakat
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=10509

Kesimpulannya, kaedah menunaikan zakat dengan menggunakan internet kepada pihak yang sah menerima zakat merupakan satu fenomena yang baik didalam menggalakkan umat Islam di Malaysia berzakat. Memecahkan fikiran-fikiran lama yang mewajibkan ijab dan qabul (diganti dengan niat sahaja) semasa menunaikan zakat dan membenar wang digunakan sebagai ganti nilai harta yang wajib di zakat, dapat merealisasikan lagi peranan internet didalam insituisi zakat. WA

wassalam
===========
Rujukan :

1. Dr. Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu - 2. (Cetakan ke 3). Beirut : Dar Al-Fikr, 1989. ms 750 - 752.

Sebagai bacaan tambahan, sdr VHoutenJr juga boleh melihat diruangan fatwa dan kenyataan ulama mengenai pandangan syeikh Faisal Mawlawi, Naib Pengerusi Penyelidikan dan Fatwa Eropah mengenai persoalan hukum memberi zakat kepada Laman Web yang berdakwah tentang Islam. url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=4736

خيرالأمين