1. sahkah solat saya jika ketika saya hendak memberi salam yg kedua tiba2 saya perasan sebutan salam saya yg pertama tak betul dan saya ulang semula memberi salam pertama tadi?
2. adakah sebutan "bismillahhirrahmaa-nirrahim" sama maksud dengan "bismillahhirrahman-nirrahhim" begitu juga "assala-mua'laikum" dengan "assalam-mua'laikom"?
3. Adakah dibolehkan membaca niat solat tanpa perkataan "tunai" begitu juga solat ganti tanpa perkataan "qadha"?
Jawab:
1. Boleh mengulangi bacaan jika kita dapati ianya salah. (Fiqh Islami)
2. Memang berbedza kedua-dua jenis bacaan itu dan hendaklah diperdengarkan kepada guru-guru yg mahir kerana kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yg kita pelajari semasa kita kecil. Ejaan rumi tidak dapat ditentukan bacaannya dengan sahih, hendaklah kita mampu membaca dari tulisan yg asal dalam bahasa Arab dari sudut makhraj dan tajweednya. Ini kena berguru. Dalam ruangan fiqih yg terhad ini kami tidak dapat menghuraikan pelajaran tajweed secara terperinci.
3. Tidak perlu menyebut kalimah ada'an (tunai) atau qadha'. Ia sesuatu yg diada-adakan shj. (syaikh Ali Mahfudz, alIbda') Allahu a'alam