SJ-05-0118 : Sunnah letak tangan atas dada ketika qiam solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0118 : Sunnah letak tangan atas dada ketika qiam solat

:salam

Ketika qiam di dalam solat, mana cara sunnah letak tangan? Apakah dalil yang menyatakan tangan letak atas dada?

SJ-05-0118 : Sunnah letak tangan atas dada ketika qiam solat

:wassalam

alJawab:

Cara yg sahih ialah tangan kanan menggenggam tangan kiri dan meletakkan secara bersedekap di atas dada. Ini kajian al-Albani dalam kitabnya yg famous ' Sifat Solat Nabi' dan alIrwaa' no 353. ini juga kajian alhafidz Ibn Hajar asqolani (alFath 2/224)
Dalilnya: HR Abu Daud, Ibn Khuzaimah, Ahmad dan Abu Syaikh dari Wail bin Hujur, bahawa beliau (Nabi saw) meletakkan kedua tangannya (bersedeqap) di atas dada. (Lihat sifat solat Nabi (arabic), edisi Maktab Islami, cet ke 14, 1987, ms 61). sekian