1]Ana ada berdiskusi dgn satu muslimat yg akan ke mesir utk further studies. statement drpd dia kata boleh muslimah mendengar khutbah jumaat dan bersolat jumaat macam lelaki tetapi muslimat tadi perlu mengqodo' kembali solat tadi dgn solat zuhur.
konfius jugak?
mohon pencerahan.
*muslimat td menyatakan sumbernya dari sebuah kitab.kitab ape?dia x menyatakan ape kitab tersebut.
2]ape dalil yg kata kita ni haram berjuang atas nama bangsa(asobiyyah)
misalnya melayu???
sbb ada satu pertubuhan politik tu kata boleh berjuang atas nama bangsa berdasarkan satu ayat quran yg lebih kurang begini maksudnya:
"xde satu kaum yg dapat mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yg mengubah nasibnya sendiri."
*afwan x tahu ayat quran dari mana.
syukran nye.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ISLAMUNTUKSEMUA dengan kadar kemampuan ilmu yang terhad, Insyallah.
1. Pada dasarnya, solat Jumaat di wajibkan keatas semua orang kecuali empat kategori. Ini berikutan dengan nas sahih dari Tariq ibn Shihaab ra., sebagaimana Nabi :saw bersabda :-
Akan tetapi, sesiapa sahaja yang telah bersolat Jumaat, tidak perlu mengulangi solat zohornya; termasuklah kaum wanita. Berkata Ibn Munzir rh :-
Berkata Ibn Qudamah rh pula :-
Kesimpulannya : sah solat wanita yang menunaikan solat Jumaat, dan tidak perlu bersolat Zohor selepasnya.
----------------
2. 'Asabiyah yang di maksudkan menurut Dr Abdullah al-faqih adalah :-
Sabda Nabi :saw :-
Tidak salah mencintai negara, bangsa atau pun warganegara. Nabi :saw juga mencintai tempat kelahiran baginda, Makkah, akan tetapi beliau tidak menyukai golongan kufar. Ini menunjukkan bahawa kecintaan tidak boleh melepasi tuntutan keagamaan.
Cuba kita lihat semasa kaum Aus dan Khazraj yang telah didamaikan oleh Nabi :saw, telah datang seorang Yahudi yang menghasut mereka kerana tidak suka akan keadaan aman damai tersebut. Peristiwa itu diketahui oleh Nabi :saw dan baginda bertanya : "Apakah kamu menyeru kepada jahiliyah sedngkan aku masih bersama kamu?". Lalu bagidna membacakan sepotong ayat al-Quran :-
Setelah Nabi :saw membacakan ayat diatas, mereka pun menyesal dengan apa yang berlaku, lalu berdamai dan meletakkan senjata.
Ayat yang dinyatakan diatas adalah dari Surah al-Ra'ad ayat 11 :-
Ayat ini tidak hanya menghadkan kepada istilah 'kaum' sahaja, malah ia boleh juga merujuk kepada individu-individu tertentu yang tidak mahu berusaha untuk memperbaiki diri mereka sendiri. Ayat ini tidak boleh dijadikan dalil kepada menjustifikasikan perbuatan 'asabiyah. Islam tidak menghalang Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Silat Melayu, Persatuan Kesenian Melayu, akan tetapi agama Islam merupakan asas pegangan kepada persatuan atau pertubuhan ini. Tahap Taqwa merupakan tahap yang tertinggi di sisi Allah swt. Firman Allah swt :-
WA, wassalam.
خيرالأمين