:salam
Daripada Nubaisyah Al-Hadzali berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Hari-hari Tasyriq adalah hari-hari makan dan minum (bukan hari berpuasa)."
(Hadits riwayat Muslim)
1. Adakah ini menunjukkan larangan (haram) berpuasa pada hari-hari Tashriq? Jika ya apa rasionalnya? Atau adakah ianya khusus untuk mereka yang sedang mengerjakan haji sahaja?
2. Adakah masih boleh berpuasa sunat yang biasa (Isnin Khamis & 13,14,15hb)? Contoh tahun ini 11 ialah hari Isnin manakala 13 adalah hari Tashriq?
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Naji dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
1. Dari Nubaisyah al-Huzali ra. berkata : Rasulullah :saw telah bersabda :-
Hadith ini menyatakan bahawa tidak dibenarkan berpuasa pada hari tersebut. Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam Fiqh al-Shiyam menyatakan bahawa hari Tashriq merupakan hari lanjutan kepada Eid al-Adha. Ibadat terbaik pada hari tersebut adalah ibadat korban dan bertakbir, serta bertahmid dan bertasbih kepada Allah swt, dan bukan dengan cara berpuasa.
Pengecualian berpuasa diberikan kepada mereka yang menunaikan Haji Tamattu' atau Qiran yang tidak dapat berjumpa dengan binatang korbannya, bolehlah berpuasa. Ini merupakan pendapat mazhab Hanbali, Maliki dan pandangan lama Syafie. [al-Mawsoo'ah al-Fiqhiyyah, 7/323].
Dari A'isyah ra. dan Ibn Umar ra. berkata :-
Berkata Imam al-Nawawi rh :-
2. Larangan berpuasa ini meliputi semua jenis puasa sunat [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 15/381]. Malah kata Ibn Utsaimin rh, bagi mereka yang wajib melakukan 2 bulan puasa pun tidak di benarkan. [Majmu' Fataawa Ibn 'Utsaimin, Jilid 20, soalan# 419].
Kesimpulannya : Tidak dibenarkan berpuasa pada Hari-Hari Tashriq, melainkan jemaah Haji yang tidak menjumpai binatang korban. Ini sebagai ketaatan kepada hadith Nabi :saw, dan ia jelas menunjukkan bahawa hari Tashriq masih merupakan Hari Eid al-Adha.
Sekian, wassalam
خيرالأمين