SU-00371 : buang angin

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00371 : buang angin

sy slalu buang angin lepas ambil wuduk.kadangkali banyak kali. sampai nak dekat lbh 3 kali ambil wudhuk smula pun,still akan membuang. camne ek?masalah ni dah bertaun2...

SU-00371 : buang angin

Kita baru aje jawab dgn detail bab buang angin..sila browse ruangan Fiqh Thaharah kami

URL nya :

SJ-03-0069 : Sambungan sedikit Masalah Kentut/Angin & Ku
sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32749

Tambahan thtl

Bagi settle betul-betul isu kentut ni kita perjelaskan betul-betul.

Fatwa Syaikh Soleh al-Uthaimin dalam syarh al-Mumti'. Penyakit angin dalam perut ini ada dua kemungkinan:

satu: angin atau kentut keluar jarang-jarang atau sekali sekala sahaja. Ini bagi majoriti manusia. Maka ia tertakluk kepada hukum asal, jika keluar, maka solatnya batal dan kena berwudhu'lagi sekali jika dia yakin terdengar bunyi dan tercium bau.

dua: angin keluar secara berterusan dan sukar dikawal. Maka dia hendaklah berwudhu' setiap kali akan solat dan jika angin keluar semasa dia solat, maka solatnya tidak batal hinggalah dia tamak mengerjakan solatnya. Ia termasuk kesulitan yang sukar dihindari. (jld 1/437)

Syaikhul Islam Ibn Taymiyah berkata:

Jika seseorang tidak dapat menjaga kelangsungan kebersihannya walaupun telah mencuba sedaya upayanya, maka dia hendaklah berwudhu' setiap kali hendak solat dan teruskan solatnya tanpa mempedulikan apa yg keluar dari badannya . Yang penting dia telah berwudhu' di permulaan solat. (Majmu' Fatawa 21/221)

sekian

Anonymous (not verified)
mane soklan lepas2....sori...terpakse...nnt tolong delete

mane soklan lepas2..tak leh bace..camne nak tgk..tolong...

SU-00371 : buang angin

soalan yg lepas2 tu kalau dah hilang, maknanya dah dijawab oleh Panelis kami dan di slotkan dalam sistem pengklasan soal-jawab Fiqh mengikut kategori dan susunan lazim dalam kitab2 fiqih...kat ruangan ni cuma bank soalan aje, bila dah berjawab, akan dipindahkan ke ruangan-ruangan yang berkaitan. Jika soalan tu mengenai najis (bila dah dijawab oleh Panel), maka ia akan ditarik keluar dan dihimpunkan dalam bab taharah.